Buat Duit Dengan Speed Adsense
Pada hari selasa lalu, saya baru sahaja clearkan duit dari Western Union hasil pendapatan dari Google Adsense. Salah satu cara menjana pendapatan di internet ini ialah melalui Google Adsense. Saya amat beruntung, tahun lepas saya berpeluang bersemuka dengan beberapa otai adsense dalam seminar Jomseminar.
Memang diakui nama seperti Syed Ikhwan, Syamsul Zamzuri (Alang) adalah antara individu di Malaysia yang menghasilkan pendapatan tidak kurang hebatnya.
Saya baru sahaja tonton video yang dihasilkan oleh Syed Ikhwan bagaimana beliau menjana pendapatan sehari menjangkau USD500++!
Saya pasti mereka yang berminat dengan peluang menjana pendapatan melalui adsense pasti ternanti2 apakah rahsia hebat yang bakal dibongkarkan oleh Syed Ikhwan ini.
Awal bulan Ogos ini, Syed Ikhwan dan beberapa rakan dari Speed Adsense akan adakan seminar yang pasti hebat, berbicara pelbagai trik, tips dan teknik menjana pendapatan hebat dalam sehari melalui Google Adsense.
Untuk lebih faham, apakah Speed Adsense ini, saya syorkan anda terus terjah laman web ini hari ini!
Sphere: Related Content



















































Terima kasih kerana berkongsi link speed adsense. Teruja tengok jumlah pendapatan dia.
Mungkin ramai yang dah mengenali team speed adsense yang begitu famous dengan “earning” mencanak2 pada 3 4 bulan yang lepas, tapi SEKARANG ?Sudah hilang entah kemana.
Buat pengetahuan semua, team speed adsense di anggotai oleh “jutawan” temberang adsense iaitu syed ikhwan, “rich(konon)” richie dan hafreze haprak(pemilik ohbulan).
Speed adsense juga telah membuat seminar pada 8 ogos yang lalu yang dihadiri oleh 50 orang yang ingin cepat dan mudah kaya.Selepas 3 4 hari selepas seminar, Berlakulah sesuatu yang tidak diduga iaitu lebih 80% pengguna speed adsense ohbotak telah dibanned oleh google kerana menggunakan sistem ohbotak speed adsense yang kononnya mendapat 2 3 ratus dollar sehari.
Peserta seminar telah mengetahui bahawa syed telah menarik traffik menggunakan trekadvertising yang sememangnya dilarang oleh TOS google.Kemudian syed telah memberi kata putus bahawa semua peserta boleh mintak refund.TETAPI sampai sekarang 13 oktober belum ada yang dapat refund.Hanya orang yg ternama seperti alang sahaja yang baru mendapat refund.Forum “rahsia” speed adsense juga telah senyap sunyi berkubur begitu sahaja.
ramai yg memarahi syed ikhwan yang telah melupakan janjinya utk memberi refund kepada peserta seminar
.Kepada syed ikhwan tolong memberikan penjelasan mengapa anda buat begini kepada kami yang mengharapkan keikhlasan syed ikhwan.Semua menyifatkan syed ikhwan dan rakan rakan speednya adalah tidak bertanggungjawab.
Email tidak dibalas, Call tidak diangkat, Sms tidak dijawab, YM tidak di reply..Mengapa ini terjadi?Nak kata dah lama tak offline kat blog syed ikhwan last update pada 13 oktober 2009 iaitu post tentang adsense for domain .adakah anda ingin membuat seminar kedua iaitu
Speed adsense for domain pula dan menipu semua newbie dan otai yang percaya kepada anda?
Cakap dapat 500 dolar sehari tapi refund peserta seminat pun tak dapat bayar?
Syed tolong berikan penjelasan kerana kami sudah letih menunggu refund dari anda.
Salam