Orang Asli/Asal Kini Sudah Hebat!

Alhamdulillah, minggu lepas seminar perniagaan di eBay telah berjaya diadakan. Sepanjang saya anjurkan sesi ini, ramai yang telah berjaya praktik ilmu malah mampu menghasilkan jualan di eBay. Ya! Matlamat utama ialah JANA PENDAPATAN DI EBAY.
Tidak kira samada anda menjual produk dari stok sendiri ataupun menggunakan servis dropshipping. Jika anda mendapat panduan yang betul, pastinya untuk menghasilkan jualan di eBay bukanlah satu perkara yang mustahil.
Yang penting anda tidak jemu-jemu untuk belajar dan menuntut ilmu.
Ahad lalu, kali pertama peserta dari kalangan masyarakat orang asli/asal. Sebelum ini, saya ada berkongsi kisah bagaimana seorang penjual di eBay berbangsa cina, menjadikan penempatan orang asli sebagai lubuk beliau mendapatkan material untuk di jual di eBay.
Kali ini, orang asli/asal juga berminat untuk mempelajari perniagaan internet khususnya di laman web eBay. Dari perbualan kami, beliau (saudara Arma a/l Achom) adalah lepasan dari Politeknik Shah Alam dan kini bekerja di Kuala Lumpur. Malah ibu beliau juga menjalankan perniagaan kraftangan.
Saya berasa kagum kerana semua lapisan masyarakat di Malaysia tidak dipinggirkan dan terus mendapat pendidikan dengan sempurna. Bagi mereka yang ingin berjaya, sewajarnya setiap orang merebut peluang.
Saya mengharapkan selepas ini, lebih ramai rakyat Malaysia tidak kira apa jua latar belakang, bangsa dan kaum, menggunakan medium internet semaksimum mungkin untuk kebaikan dan faedah bersama.
Saudara Arma A/l Achom,
Anda adalah seorang peserta yang bertuah dan pastinya, usaha anda datang ke seminar saya tidak akan dipersiakan. Saya ingin sekali melihat kejayaan anda!
Saya tunggu berita hebat dari anda!
P.s: Peserta lain pun hebat juga, ada yang buat bisnes VCC (virtual card credit)!
Sphere: Related Content



















































nak verified paypal/ebay beli vcc di epassporte lagi mudah tanpa perlu orang tgh ini linknya https://www.epassporte.com/
Hohohoho…bagus tu…byk brg kraf, jual rotan pun ok kot..hehehe
epassport tak boleh lawan vcc kot..vcc boleh buat byk akaun ..nak 10 pun boleh, nak 100 pun boleh..nak 1000 lagilah boleh…
ada duit semua boleh…Vcc no limit
Caiyok2! Mai ramai2 meniaga kat ebay… Hari2 pasti masyukkk….
Orang asli pn dah celik IT skang nie
Salam bro norizam…tahniah atas usaha menyedarkan ramai org tentang berniaga di Ebay..Sampikan org Asli pun dah mula celik tentang berniaga di Ebay tue..
Owh.. 4 hari bercuti, baru dapat online semula. terima kasih kepada yang memberi komen.
Sudah tiba masanya org asli menunjukkan kehebatan…