Kagum Saya Dengan Isteri…
June 19th, 2009, by Noorizam Shah

Kagum Saya Dengan Isteri…

Ceritanya begini,

Pada Isnin lepas, isteri saya sibuk mengemas almari pakaian dan barang-barang anak kesayangan saya. Memandangkan banyak pakaian dan barang yang masih elok, beliau ambil keputusan untuk jual semula.

Tetapi kali ini bukan di laman web eBay. Beliau ingin mencuba untuk jualnya di laman web Mudah.my. Jika anda nak tahu, laman mudah.my adalah antara laman jual beli yang popular di Malaysia.

Dalam laman Top Site Ranking Alexa.com, laman web Mudah.my berada dikedudukan 10 laman paling popular di lawati di Malaysia.

Berbalik kepada kisah isteri saya, apa yang mengkagumkan saya, beliau telah berjaya memperolehi jualan pertama beliau di Mudah.my tak sampai pun 24 jam membuat senaraian (iklan). Antara produk yag dijual adalah pakaian dan barangan bayi serta pakaian wanita.

Jualan pertama terjual ialah Baby Carier pada harga RM27.00 (tak termasuk kos penghantaran)! Malam buat listing, esok pagi dapat payment. Oklah, bagi seorang suri rumah yang baru berjinak-jinak dengan laman Mudah.my. :)

Sehingga artikel ini ditulis, lebih dari 10 item berjaya dijual dengan listing sebanyak 15 item. Syor saya kepada anda diluar sana, jika ada barang-barang terpakai yang masih elok di rumah, mungkin anda boleh cuba jualnya di laman web Mudah, lelong ataupun eBay.

Tahniah untuk isteri saya.

Kepada anda, cubalah!

Sphere: Related Content

11 comments Subscribe Comments

  1. Mudah.My hohohoh..jual apa saja..asal brg jadi harga..Barang Replica macam baju/jersey M.U/LIVERPOOL bla bla bla…kena reject sebab tak ori..aiyakk..

  2. aaa…ah shah
    mudah.com nie banyak songeh
    haha
    barang baru mmg xley jual
    betul ker??
    byk jugak ptg larang mudah.com nie

  3. Kampungboy, saya tengok kebanyakkan yang jual kat situ semua barang second hand tapi masih lagi elok dan bagus. Mengenai barang baru susah nak jual itu saya tak pasti, sebab saya tak pernah cuba lagi.

    Menariknya, ada seorang student seminar saya, pernah jual dua buah kereta terpakai di laman web mudah.my ni.

  4. memang betul. kalau kena gayanya. mudah.com.my ni memang mudah. saya pernah jual buku kat situ. Bayangkanlah…orang dari kuantan turun JB beli buku komputer saya dengan harga RM200-00 sebab dia nak sangat buku tu yang saya beli dari US.

    Ni tengah nak advertise golf set pulak sebab nak pencen main golf kerana dah kemaruk nak berbloging.

  5. By zue on June 20th 2009

    hubby sy pun jual keta dia kat mudah.com. Pagi masuk iklan, x sampai 15min. x berhenti2 org call tanye. Dlm seminggu lebih dah jual. Kat sini ada gak brg baru yg dijual. X tau la mcmane boleh lps…

  6. aku pun pernah nak jual kot kerja aku di mudah.my. ramai gak yang tanya. belum sempat aku nak jual, aku dan family terbang ke UK sebab wife aku further study. tak sempat nak jual. so aku bagi rakan sekerja aku jer kot tu…hahaha..rezeki dia.

  7. anyway, antara lelong, mudah n ebay, which one is more better. ingat nk gak jual sumting tapi blom decide nk jual kat ner…

  8. Yanz- The better is all..lelong,mudah and ebay..gurante make money..kuikukui…asal barang jadi harga korang jual sajelah…jgn pikir panjang.. tapak dah ada..masukkan saje barang…

  9. aku lak pnh jual kasut,cincin dan duit lama kat mudah.my ni…mmg masyuk..rmai pembeli dan tukang tny je..hehe..tp klau senjata mmg kna reject..

  10. By demimasa on June 22nd 2009

    so far ada gak jual barang pre-loved n barang baru kat mudah.com….alhamdulillah sambutan ok malah ada gak customer yang minta tolong carikan barang yang diaorang nak….pada newbie yang nak berjinak-jinak biz online leh cuba kat mudah.com….

  11. uikkkss.. hebat penangan mudah, sampai macam tu sekali. Belum pernah guna servis mudah setakat ni….


Add your comment