Kenapa Anda Perlu Miliki Akaun Facebook?
Hari terakhir saya bergelar penuntut/pelajar ialah pada tahun 2003. Selepas itu saya mula masuk ke alam pekerjaan. Dari sekolah rendah sampailah dewasa, tak terkira kawan-kawan yang saya kenal. Malah ada juga bila berjumpa, ada yang ingat rupa tapi tak ingat nama. Begitu juga sebaliknya.
Bila kita ni dah semakin “matang” mungkin ada yang berubah dari segi fizikalnya dan ada juga yang “maintain” macam tu juga. Bak kata orang, dunia sekarang dah berubah.
Topik hari ini mungkin boleh membantu anda untuk buat jejak kasih dengan rakan-rakan anda yang telah lama menyepi. Mungkin merantau, mungkin menghilangkan diri, merajuk membawa hati yang luka lara jauh ke hujung dunia. Facebook, boleh membantu anda!
Facebook adalah sebuah laman social network yang paling hangat pada masa ini. Mereka yang tidak memiliki akaun Facebook, umpama terlepas sesuatu yang amat-amat-amat berharga.
Anda boleh mencari kawan. Anda boleh mencari perniagaan. Anda juga boleh mencari hiburan di Facebook!
Di Facebook, banyak kawan-kawan lama yang mungkin sudah hampir saya lupakan, kini kelihatan semula. Di sini juga, saya dapat menjalinkan hubungan rakan perniagaan dengan usahawan-usahawan internet kerana hampir kesemuanya memiliki akaun Facebook.
Kepada rakan pembaca yang terus setia mengunjungi blog saya ini, jika anda punya akaun Facebook, saya jemput anda untuk “add” saya sebagai salah seorang rakan anda!
Selamat ber’facebook!
P.s: Klik pada badge Facebook saya disebelah kiri anda!
Sphere: Related Content




















































Add lah facebook saya sekali…hehehe http://www.facebook.com/profile.php?id=1141347056
Salam..
Yergh.. Salah satu marketing pun leh kita gunakan FB nie.. Dah add bro berdua.. Dlm FB saya.. http://facebook.com/ijamidayu
Ye betul.. Dari dulu hingga sekarang ni saya tetap dengan facebook… oOOo yea.. add la saya http://www.facebook.com/eshanne
Facebook memang sgt popular…
Jarang dah orang sebut Myspace
sesuai jugak dengan keadaan sekarang nie
FB ramai himpunkan golongan profesional
friendster aku pun dah bersawang dah
kuasa viral facebook ada pointnya kenapa ramai memilih facebook