Cara Untuk Withdraw Paypal ke Local Bank Indonesia
June 5th, 2009, by Noorizam Shah

Cara Untuk Withdraw Paypal ke Local Bank Indonesia

Selepas ni, ramai pula seller dari Indonesia yang akan menyertai eBay. Bagi pembaca blog dari Indonesia yang ingin mendaftar akaun eBay, anda boleh daftar di eBay.com. Namun buat masa ini, anda boleh mendapatkan pemahaman mengenai eBay dalam bahasa Indonesia di http://id.ebay.com

Bagi anda yang menjalankan perniagaan di eBay, kini pendapatan yang anda perolehi terus ke akaun paypal boleh dipindahkan ke bank-bank tempatan anda seperti BCA, Mandiri, Lippo Bank dan mana-mana bank yang terdapat di Indonesia.

Syarat untuk memindahkan dana paypal tersebut, anda mestilah seorang pemilik akaun paypal yang telah verified. Syarat seterusnya, bank tempatan tersebut mesti dapat menerima dana dalam matawang Rupiah.

Sama seperti bank di Malaysia, proses untuk pengeluaran dana ke bank tempatan, ia mengambil masa 5-7 hari bekerja. Manakala syarat minima jumlah pengeluaran adalah sebanyak USD10 atau Rp100.00.

Anda juga perlu membayar fee proses sekitar Rp16.000 jika pengeluaran dibuat dibawah Rp1.500.000.

Untuk maklumat lanjut macam mana untuk keluarkan dana tersebut anda boleh rujuk link ini. Semoga ia membantu anda!

P.s: Terima kasih kepada rakan pembaca blog dari Indonesia yang sudi membaca post-post di sini.

Sphere: Related Content

2 comments Subscribe Comments

  1. Tu bapaknya bisa mau ke indonesia buat seminarnya bila yak ??

  2. Macam ada bunga nak buat seminar kat Indon aja?
    haha…


Add your comment