Wang Itu Perosak Hidup?

Adakah dengan memiliki wang, ini akan merosakkan hidup anda? Sudut pandang setiap individu kepada wang tunai mungkin berbeza.
Ada yang kata wang tunai hanya menjamin seseorang itu untuk terus hidup di dunia tetapi tidak di akhirat. Dalam kehidupan hari ini, boleh dikatakan hampir 100% hidup ini memerlukan wang.
Jika tak cukup wang, maka banyaklah paparan kisah kehidupan seperti yang ditayangkan dalam rancangan Bersamamu – TV3. Tak ada wang tunai, umpama anda hidup merempat. Kais pagi makan pagi.
Orang asli sekarang pun sudah pandai cari wang tunai.
Setiap orang pasti akan melakukan kesilapan demi kesilapan. Wang punca menjadikan seseorang itu tamak, takbur, hasad dengki, ada yang menjadikan rumah tangga porak peranda, menjadi separuh gila, tetapi ada juga wang menjadi seseorang itu pemurah, penderma, belas ihsan, berpendidikan tinggi, dihormati, menjadi sumber inspirasi.
Saya sendiri akui, wang juga telah menyebabkan saya pernah membuat kesilapan. Kesilapan itu membantu mengajar kita supaya lebih berhati-hati dan setiap pengajaran yang kita lalui dan setiap pengajaran itu harus dikongsikan kepada mereka yang ingin belajar.
Mungkin kita tidak boleh memutar masa sekarang kepada suatu masa sebelum kita melakukan kesilapan lalu, tetapi kita harus sedar, tidak ada masa lewat untuk kita mengubah, merenung dan membetulkan setiap kesilapan itu.
Jika hari ini, anda memasuki internet pasti akan menjumpai pelbagai iklan-iklan buat duit di internet. Ia boleh dikatakan tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Jika anda masih hijau dan mentah dalam dunia internet, mungkin anda tidak tahu menilai dan memilih mana satu yang betul dan sahih untuk disertai.
Maka ramai yang mula mengadu apabila mendapat wang yang mereka keluarkan itu tidak mendapat pulangan seperti apa yang dijanjikan. Umpama manis tebu dihujung bibir.
Bagi mereka yang bijak memilih, mereka tidak pula kerugian malah mendapat manfaat besar dengan setiap wang yang dikeluarkan.
Ada yang kata wang itu mampu menjadi perosak hidup? Sejauh mana kebenaran kata-kata itu? Jom kongsikan pendapat.
Sphere: Related Content



















































Benar dan bahkan benar , rujuk balik dengan ulama bertakwa , dalam kitab hadis ada tulis .
betul tu. takda wang dan ada wang tapi takda kawalan adalah 2 pengajran besar. wang ni adalah leverage untuk mencapai sesuatu dan platform di dunia ini utk akhirat. contohnya, kalau ada hutang kat dunia ni, di akhirat tu kantoi lah. kalau sedekah tu, akan bawa pahala walapun kita dah tiada di dunia. jadi, leverage betul2.
Saya setuju. Masaalahnya saya masih hijau dan tercari-cari program yang sesuai dengan saya. Saya bankrap disebabkan arwah ibubapa menggunakan nama saya bagi permohonan pinjaman bank bagi menbayar hutang di mana mereka juga bankrap. Oleh itu, apakah program yang sesuai untuk orang seperti saya. Saya OKU berdaftar dengan masaalah pertuturan, pendengaran dan saraf serta masih mendapat rawatan dari pakar HUSM, Kelantan secara percuma disebabkan saya pemegang kad OKU untuk sepanjang hayat saya. Saya tidak bekerja dan tiada pendapatan tetap. Saya surirumah yang dimadukan. oleh itu saya anat berharap dapat program yang sesuai untuk orang seorti saya. Masih adakah harapan bagi saya membina hidup kembali tanpa pergantungan sesiapapun disegi pembebasan bukuman bankrap yang seterusnya membolehkan saya mendapat hidup saya kenabli. Saya sudah hampir 50 tahun usia saya
Ya wang bukan lah segala-galanya .Tapi dalam kehidupan hari ini segala-galanya memerlukan wang. Tak masuk toilet pn kena bayar. Cuma dalam keadaan ekonomi mcam ni kita lebih berhati-hati dalam penggunaannya.
Kalau korang tak nak wang..kasi kat aku arhhh..aku ada projek besar nih..Projek Dropship Sendiri sendiri…aku nak jadi bos besar plak..hohoho
Wang yg byk perlu diuruskan dgn bijak..klu tak sia2 saja bekerja siang mlm..
saya tak tahu nak uruskan duit yang banyak sebab saya tak pernah ada duit yang banyak, tapi duit itu adalah keperluan…….
Saya telah banyak mencuba memperkenalkan bisnes saya kepada kawan-kawan rapat dan saudara-mara. Tetapi soalan-soalan yang kerap ditujukan kepada saya ialah “apakah itu MLM, Piramid atau Skim Cepat Kaya?”. Dan apabila dijelaskan satu-persatu, masih sangsi yang tidak bertempat. Orang lain yang mempunyai minda positif terus mencapai apa yang diimpikan. Sedangkan orang yang masih mempertikaikan perkara-perkara yang saya sebutkan diawal tadi, masih tidak kemana…
Masih kesempitan. Masih terus berangan-angan macam Mat Jenin tanpa sebarang tindakan susulan. Yang sedihnya, sudahlah tidak berduit, mencari jalan singkat untuk jadi “kaya” dengan berjudi atau membeli nombor ekor…
Jadi, kalau nak berjaya macam oranglain dan bebas wang, tiru lah apa yang orang berjaya buat… insya-Allah kita akan berjaya. Wang akan datang bertali-arus.
bagi sye memang perosak hidup…
n sye ni memang xnk duit byk2…
cukup2 jew sudah…
tpi klu lebih pon x salah gak kn…
huhuhu…
Serban Pak Haji pun kadang2 bley jatuh kalau kena penangan duit dah terlampau banyak…Apapun pokok pangkal semuanya dari hati…Sentiasa bersyukur, ingat dari mana rezeki datang dan siapa yang membuka pintu rezeki….
memang duit bukan penghurai semua masalah…
tapi banyak masalah berpunca daripada tiada berduit…
jadi, jangan sombong dan ego dengan mengatakan anda tidak memerlukan duit… sedangkan anda dah sebenar-benar pokai (satu sen pun takde kat dalam poket)…
lakukan sesuatu… buangkan ego… duit memang perlu dalam menjalani kehidupan seharian kita…
Wang tak bersalah dalam hal ni…
Yang bersalah adalah mereka yang menggunakannya…
Ramai yang bertanggapan wang boleh menyelesaikan masalah, tetapi sebaliknya kerana wang juga manusia itu menghadapi masalah…
duit ni memang perosak…….jgn kene tampar dengan duit sudah
I beg to differ. For me, there is nothing wrong with making money, more money. And when people ask me why I get into business, without hesitation I tell them, “because I want to make more money”. SO nothing wrong with it. Cuba baca my posting kat blog Aidan: http://blog.aidan.com.my/2009/02/making-money-is-not-wrong/ saya bagitau dengan detail kenapa tak salah membuat wang
Banyak pro dan kontra jika memiliki wang tunai. Teruskan perbahasan.