Siapa Pendorong Anda?

Apabila anda berbuat sesuatu, pasti ada yang mendorong anda melakukannya. Pendorong ini pasti menjadikan seseorang itu lebih bersemangat dan membantu menceriakan semula ketika motivasi tengah menurun.
Setiap orang ada pendorongnya. Ia mungkin datang dari orang yang paling rapat dengan anda seperti isteri, suami, ahli keluarga, tokoh-tokoh ternama atau individu-individu hebat yang memberi kesan mendalam kepada anda.
Saya ingat lagi, masa tu saya di tingkatan lima. Mata pelajaran yang saya tidak suka ialah pelajaran sains. Setiap kali ada kelas sains, saya dan pelajar lain akan ke bilik makmal. Makmal ini pula betul-betul tepi tandas. Dah la dalam bilik tu, tempat duduk kerusi tiada penyandar. Keras, kecil, tinggi. Duduk kenalah duduk menegak. Cikgu yang mengajar pula, berbangsa india tetapi bahasa melayu dia bagus sekali. Cuma kelas tu saya rasa tak selesa ditambah lagi dengan bau “keharuman” tandas. Lagi la berpinau biji mata.
Waktu belajar tak pernahnya pagi. Kalau tak tengahari, mesti sebelah petang. Ohhhh.. Itu yang membuatkan saya selalu tak ambil perhatian semasa cikgu mengajar. Apabila ada ujian mingguan dan bulanan, saya mesti dapat 8 atau 9.
3 bulan sebelum peperiksaan SPM, saya mendapat dorongan yang hebat dari seorang guru Geografi saya. Sejak itu dalam tempoh 3 bulan saya fokus kepada pelajaran dan akhirnya saya berjaya dapat pangkat 1 dalam SPM. Dengan adanya pendorong ini, maka ia telah mengubah perjalanan hidup saya.
Pendorong utama saya kini adalah isteri tercinta. Beliau banyak mendorong saya dalam banyak hal. Malah ramai juga rakan-rakan yang menjadi pendorong untuk saya bertindak bijak merencanakan sesuatu kejayaan. Pendorong ini umpama “hidupnya memberi semangat, perginya menjadi ingatan“.
Siapa pendorong anda?
Sphere: Related Content



















































Pendorong kuat aku…bila aku tgk ketiga-tiga org anak aku yg masih kecil..aku kena kuar bertindak.
Orang yang paling dekat dlm kehidupan seharian..
Isteri Tercinta
Penyeri Kehidupan
Anak
Penguat Semangat DiKala Patah Semangat
Ibu Bapa
Penghibur Lara
Kawan2 lepak minum kedai mamak!
Saya tiada pendorong. Semanagt saya sudah lemah disebabkan bankrap. Tapi saya didorong dan dipaksa belajar komputer dan IT ini secara bertubi-tubi oleh kawan sedarjah sewaktu sekolah rendah dulu yang secara kebetulannya guru kepada anak sulung dan menantu sewaktu mereka di MRSM dulu. Anak sendiri kata, ‘Mami belajar nak buat apa’, walhal dia pemegang masters dlm Pembangunan p
Perisian. Tapi sekarang, dia berubah menjadi tenpat untuk saya bertanya apa2 berkenaan IT ini serta mudah pula dapat bantuannya. Syukurlah. Sememangnya secara lahiriahnya dan fizikal, saya kelihatan lembab dan bodoh serta tak berkemampuan. Terima kasih tidak terhngga kepada kawan saya itu yang sanggup berulang alik untuk mengajar saya
seronok baca blog awak ni…. saya betul teringin nak berjaya macam awak tapi tak tahu macam mana nak mulakannya……
kisah hidup awak lebih kurang sama dengan kisah hidup saya
macam isi tanah dalam polibeg……..teringat kesusahan dulu……
saya ingin mengubah hidup saya tp tak tahu macam mana caranya…
jika awak@pembaca lain tak keberatan email saya ummie_ain@yahoo.com