Bila eBay Malaysia dibuka?
Hari ini antara bisnes internet yang popular di Malaysia adalah berniaga di laman web eBay.
Jika anda pergi ke kedai-kedai buku tempatan, pasti anda akan menjumpai buku mengupas kisah perniagaan di eBay.
Malah di internet juga, begitu banyak perbincangan atau artikel-artikel ditulis bagi memberi pemahaman kepada pengguna dan pembaca mengenai apa itu eBay.
Bagi mereka yang baru laman web ini www.ebay.com mungkin boleh memberi gambaran kasar bagaimana laman web ini menjadi pemangkin kepada ramai orang untuk menghasilkan pendapatan kecil dan lumayan setiap hari.
Jika kita singkap kembali sejarah eBay Malaysia, ia mula dilancarkan kepada umum pada 1hb Disember 2004
dimana link ini www.ebay.com.my sudah boleh diguna oleh rakyat Malaysia untuk membeli dan menjual produk.
Laman ini diwujudkan untuk memberi galakan kepada rakyat Malaysia utamanya untuk menjalankan bisnes samada secara persendirian atau kecil-kecilan yang berkonsepkan e-dagang.
Bahasa utama yang digunakan ketika ini adalah bahasa inggeris dan setiap butiran harga disenaraikan dalam matawang ringgit Malaysia.
Cuba anda bayangkan, jika anda baru sahaja ingin memulakan bisnes di internet, pastinya anda membina laman web perniagaan dan mendapatkan traffik atau bakal pembeli.
Di eBay, platform untuk anda memulakan bisnes sudah tersedia ada. Apa yang perlu anda lakukan dapatkan produk dan senaraikan produk anda di sana.
Sphere: Related Content


















































