Masalah Teknikal Berjaya Diatasi! Rahsia Didedahkan lagi!

Alhamdulillah,
Seminar eBay di Melaka selamat diadakan dengan jayanya. Walaupun hujan di sebelah pagi, ia tidak menghalang kepada semua peserta untuk hadir ke Hotel Orkid Melaka bersama-sama saya untuk mempelajari cara buat duit di laman web eBay ini.
Tahniah diucapkan kepada semua yang hadir!
Sebelum sesi bermula, saya dah mula risau sedikit bilamana LCD projektor tidak connected dengan laptop saya. Sampai cuba dengan 3 biji laptop dan 2 biji LCD projektor, masalah masih lagi tidak boleh diselesaikan.
Saya pikir, kalau tak juga berfungsi, saya kenalah ajar menggunakan whiteboard dan tunjukkan di screen laptop sahaja. Sewaktu sesi ice breaking, nasib baiklah datang senior staff di hotel tu untuk membantu.
Alhamdulillah, ianya berjaya!
Lepas pekena coffee break,
Sesi memecahkan pelbagai RAHSIA, TRICK dan TIPS didedahkan kepada peserta-peserta yang hadir!
Pesanan saya kepada mereka semua, praktikkan ilmu yang diberi. Jangan share ilmu tu selagi anda tak menjana pendapatan 4-5 angka sebulan! Itu rahsia yang saya berikan hanya untuk anda yang hadir dalam seminar saya.
Saya menanti berita baik mengenai kisah kejayaan anda seperti mana student saya yang telah berjaya!
Kepada peserta seminar di Shah Alam, ahad ini, kita jumpa disana!
Noorizam Shah
Sphere: Related Content



















































Memang best couching yand diberi oleh saudara Norizam. Rasanya memang tak cukup satu hari. Kepada rakan-rakan yang sama-sama berseminar teruskan usaha untuk mempraktik rahsia yang diberi itu.
Tak sempat join sifu buat coaching..bila nak datang Miri??
saya asyik terlepas je bila ada sesi coaching di perak…bila agaknya nak ada di perak ni bro zam
Owh…buat kat sana
Berapa ramai yang mai sana zam???
Jangan lupa belanja aku makan…hehehhe
Kampungboy: 8 orang yang hadir! banyak rahsia saya dedahkan selain dropshipper AN.
Shahraduan: aku belanja kopi jantan la yea.