Segelas White Kopi & Rahsia Hebat eBay
April 4th, 2009, by Noorizam Shah

Segelas White Kopi & Rahsia Hebat eBay

Saya dapat panggilan telefon dari Sifu Lan pada petang khamis dan semalam kami bertemu di Old Town White Coffee untuk bersantai sambil berbicara topik eBay.

Kesempatan menghirup segelas kopi putih panas, saya bertemankan beberapa rakan (otai eBay low profile) berbicara beberapa topik hangat di eBay.

Menariknya banyak info dapat dikongsikan antara kami antaranya topik kaji selidik pasaran. Hujan lebat seketika tidak menghalang perbincangan kami dan yang bestnya pertengahan bulan ini, saya dan Sifu Lan akan bergabung untuk satu program khas!

Apa dia? nantikan info dari saya pada 12hb April ini disini!

Berbalik pada kisah berbisnes di laman web eBay, sebenarnya banyak ruang dan peluang boleh anda rebut. Anda tidak semestinya memberi fokus kepada sesuatu niche sahaja.

Tidak semesti fokus kepada produk dropshipping sahaja. Produk fizikal dari simpanan stok sendiri juga tidak harus diabaikan. Sekarang adalah masa sesuai untuk anda menjalankan bisnes di eBay memandangkan kuasa beli di eBay masih lagi konsisten.

Walaupun kegawatan ekonomi melanda negara dan dunia, bisnes eBay masih lagi relevan untuk mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan atau sepenuh masa.

Kaji selidik seperti terapeak.com boleh membantu mereka yang ingin mensasarkan matlamat pendapatan 4-5 angka sebulan. Semua ini bukan satu perkara yang mustahil untuk dilakukan.

Apa yang perlu sekarang ini adalah anda perlu sematkan matlamat dalam diri anda. Berikan fokus dan jangan abaikan sesekali untuk membuat kajiselidik pasaran.

Setiap kejayaan bergantung kepada seberapa kerap anda membuat kajian. Jangan buang masa menjual produk yang belum tentu mendapat permintaan. Jangan buang duit anda membayar fee yang menimbun disebabkan anda gagal menjual.

Jangan buat masa anda hanya kerana anda main “bantai” sahaja membuat senaraian sehinggakan bulan depan pun belum tentu anda boleh menghasilkan jualan.

Jadi fikirkan semula,

Wajarkah anda perlu buang masa untuk membuat sesuatu yang sia-sia?

Jika anda tidak mahu semua ini berlaku, maka perlulah anda mencari seseorang untuk membimbing anda supaya kesilapan-kesilapan tersebut boleh diatasi dan kalau boleh tidak ada langsung kesilapan “kurang bijak” dilakukan.

Sempena cuti umum Ulang Tahun Keputeraan Sultan Johor pada 8hb April 2009 (hari rabu) ini, saya akan ke Johor Bahru.

Inilah masa KEEMASAN anda untuk mempelajari sesuatu dimana hari ini ramai yang menganggap eBay adalah LUBUK DUIT yang memukau!

Saya akan berada sehari di sana. Peluang ini datang sekali dan tidak pasti lagi bila saya boleh meluangkan masa bersama anda di sana.

Alasannya adalah masa saya amat terhad. Banyak permintaan yang datang tetapi ada yang saya tolak. Saya juga perlu tumpukan perhatian kepada bisnes eBay. Dah tau eBay tu lubuk duit, takkan saya pula nak abaikan. :)

Jadi, jangan sia-siakan peluang ini, jika anda dapat tahu saya akan berada di tempat berhampiran anda, ambillah peluang ini. Pelajari sesuatu yang bermanfaat untuk faedah masa depan anda.

Untuk mengetahui sesi terkini atau jadual dimana saya akan berada, layari http://noorizamshah.com/ebay-workshop

“RAHSIA LUBUK EMAS BUAT DUIT DENGAN EBAY SEMAKIN HAMPIR DI TEMPAT ANDA”

Oklah, saya nak sambung buat research lagi. Sibuk nooo….

Sphere: Related Content

12 comments Subscribe Comments

  1. Ohoooo…sudah dapat byk idea kot ?? huhuhuhu bagi aku skit…Tunggu…aku pun nak pi join minum kopi gak..hekhekhek

  2. aku memang tunggu kehadiran ko je ni shahraduan. hehe

  3. Aku dah bagi ‘ayat-ayat cinta’ kat kengkawan aku di JB insyaAllah mereka akan join.. emm bila lah nak pi minum white coffee bersama otai2 ebay nie.. huhu

  4. boleh jumpa dhiaqis nanti! boleh juga pelawa kawan2 sertai sesi bermanfaat ini.

    kali terakhir saya ke Johor Bahru 5 tahun lalu.

  5. fuhhh.. power ni.. nakkena blajar ni

  6. Dah kira tahap roadshow ebay nie…

  7. Tempat ke seminar ebay di Johor Bahru semakin penuh. Daftar segera disini http://noorizamshah.com/ebay-workshop

  8. tinggal 4 seat kosong sahaja lagi!

  9. wa..johor bertuah dapat dulu,,,we all kat utara….bila nak dapat ilmu ini…he…hee kedah pun ada white coffee mcm tu…cepat la ke sini kami nak segunung ilmu e..bay
    tnq

  10. Em…sifu lan ada gaya masuk sumo.. :)

  11. nampaknya bolehlah org johor jual jembatan bengkuk diebay dulu

  12. Thanks, bro..

    Saya dah dpt first income dr jualan kat Ebay USD300 lepas follow your book..thanks again..hope rezeki makin murah amiin.
    thanks again.


Add your comment