Adakah Bagus Menjual Produk ke Luar Negara Ketika Ini?
Sebentar tadi saya semak tukaran wang Dollar Amerika ke Ringgit Malaysia adalah tinggi. Anggaran USD1.00 bersamaan dengan RM3.620.
Persoalannya, adakah sesuai ketika ini anda menjalankan perniagaan di internet kemudian menjual produk ke luar negara?
Jawapan saya ialah YA!
Sebabnya nilai kejatuhan matawang dollar Amerika telah memberi manfaat kepada kita. Jika produk anda terjual dan memperolehi jualan sebanyak USD1000.00 sebulan ini bermakna anda memperolehi RM3620.00.
Dan jika anda mempunyai fund terkumpul yang banyak dalam akaun paypal, inilah masa terbaik untuk anda cairkan dan masuk ke dalam kad debit anda!
Jika dulu semasa era Tun Dr. Mahathir wang ditambat pada nilai RM3.80 bersamaan USD1.00. Siapa yang bawa masuk Dollar Amerika boleh jadi kaya ketika tu. Kini apabila ramai yang memperkatakan mengenai isu pemberhentian pekerja Amerika dan Malaysia, kini semakin ramai pula yang memperkatakan bagaimana mereka boleh berhenti kerja dan memulakan bisnes di internet, menjual produk ke luar negara!
Di internet platform sudah disediakan. Anda boleh masuk mana-mana ruang. Kita ada eBay, Amazon, Clickbank, Google Adsense dan banyak ruang dan peluang. Anda sahaja yang tentukan untuk rebut peluang keemasan ini.
Semasa saya menulis topik ini, telah ada produk yang saya berjaya jual di laman web eBay. Lusa dah boleh cairkan fund dalam akaun Paypal ke Debit Kad. Mungkin duit ini boleh disimpan dalam ASB atau Tabung Haji!
Bagus atau tidak jual produk ke luar negara ketika ini? Jom kita kongsi pendapat!
P.s: Minggu depan sehingga penghujung Februari saya akan berada di Perak. Siapa yang berminat untuk menyertai sesi Personal Coaching eBay di Perak, sila emel saya segera untuk tempah posisi. Tempat adalah TERHAD!!! (Ikut panduan saya, InsyaAllah GERENTI buat duit dengan eBay!!!)
Sphere: Related Content



















































Jom…widraw duit PAYPAL…hohohoho…aku pun dah widraw skit nih..
Memang bagus, ini adalah disebabkan tukaran matawang dan trend pembelian melaui internet di negara asing.
salam,
hehehe .. hari nie pun der sale , setem lagi … memang berbaloi jual di ebay
Salam,
Penjualan produk kita ke peringkat antarabangsa memang digalakkan. Terutama ketika keadaan seperti ini. Sangat menguntungkan.
nk sgt bisnes kt ebay ni tp tkt..hoho
platform dah ada, cari pasaran, cari bakat dan gemblingkan usaha, dipacu oleh fokus pada matlamat. Thanks Noorizam, artikel simple yang memberi semangat, thank you.
-shueQry-
Kesempatan yang ada jika tidak direbut pasti sukar untuk kembali lagi…Begitu juga seperti masa yang hilang tidak mungkin akan dapat kembali semula…Jom rebut peluang…thankz noorizamshah atas info yang mungkin menjadi jalan keluar bagi mereka yang kehilangan kerja sekarang ini ataupun yang bercita-cita untuk menambah pendapatan..
Pak Lah pun dah umumkan dalam berita utama malam tadi, sudah tiba masanya usahawan di Malaysia teroka pasaran ke luar negara!
Em..bro ada kat Perak sesi Personal Coaching eBay..jangan sesi ceramah politik dah..nnt kena ISA..hu3..
Kalu simpan banyak atau lm2 kat dalam paypal bahaya wooo. Waktu sekarang boleh tahan masyuk gak
wawah..datang Perak la plak skang..
hehehe..aku baru jek start Ebay neh..takla masyuk sangat income tu..boleh la tahan..