Tahun 2009 Adalah Tahun Berfikir Secara Positif!
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!
Terima kasih kerana terus setia membaca blog Noorizam Shah dot com!
Jika tahun 2008 lalu, anda banyak melalui perkara yang negatif, apa kata tahun ini kita mulakan azam baru dengan berfikir secara positif.
Bagi anda yang baru sahaja membuat keputusan untuk bekerja dengan majikan, bekerjalah dengan tekun, sabar dan berdedikasi.
Bagi mereka yang merancang untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan dari rumah, anda perlu sentiasa fokus kerana kini anda tidak lagi mempunyai gaji yang tetap seperti mana anda berkerja dengan majikan terdahulu.
Saya ingat lagi, tahun lalu saya mengambil masa yang begitu lama untuk membuat keputusan berhenti kerja. Untuk memulakan bisnes sendiri di rumah bukan satu perkara main-main dan saya tidak boleh melakukanya dengan sambil lewa.
Saya mengambil masa selama 6 bulan, melihat aliran pendapatan bulanan yang saya lakukan secara sambilan di internet. Apabila saya yakin pendapatan yang saya perolehi itu konsisten dan ia melebihi gaji yang saya perolehi setiap bulan (sebenarnya melebihi gaji x-boss saya) saya pun nekad untuk berhenti bekerja.
Kini saya memiliki SOHO sendiri dan semua kerja-kerja saya beroperasi dari rumah saya.
Benar seperti apa yang saya baca dalam buku Law of Attraction hasil karya penulis Michael J. Losier, apabila kita sentiasa berfikir secara positif, kuasa itu akan menarik kita dan membawa ke arah itu.
“Jangan sesekali fikirkan perkara yang anda tidak inginkan dan jangan sesekali menginginkan perkara yang anda tidak fikirkan.
Apabila anda memikirkan sesuatu yang anda tidak ingini, anda akan menarik perkara itu, dan apabila anda menginginkan perkara yang anda tidak fikirkan, anda akan mensia-siakan kuasa minda yang bernilai. sebaliknya apabila anda memikirkan apa yang anda inginkan secara berterusan, maka kemampuan anda menarik sesuatu yang diingini menjadi semakin kuat. Minda adalah magnet yang menarik apa sahaja yang selaras dengan konsepnya”
- Dr. Raymond Holliwell
Fuhhh.. benarlah apabila setahun lalu saya meletakkan fikiran supaya pendapatan sampingan saya akan melebihi gaji seorang boss, ia memang benar-benar berlaku!
P.s: Terima kasih sdr. Fakharoll Rodziee kerana hadiahkan saya buku itu.




















































MMM….terfikir nak buat full time internet marketing…insyaallah…artikel yang memberi semangat..thanks bro
Betul kita harus sentiasa berfikiran positif. Fikiran positif boleh membawa kepada kejayaan..Apa2 pun kita harus berblogger. Thanks dengan infonya
Salam,yep.kalau dahulu kuasa fizikal menjadi keutamaan kini ianya bertukar kpd kuasa minda,malah dlm satu kajian.kita sebenarnya hanya menggunakan 10% sahaja keupayaan minda kita,jadi kalau kita berjaya mengoptimumkan kuasa minda sehingga 100%,bagaimana agaknya?
http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/
Berfikiran Positif adalah bagus tetapi tidak semua kejayaan itu boleh dicapai dengan berfikiran positif, kita juga perlukan tindakan!
Salam kekayaan,
THINKERICH
http://www.pemikirkaya.com
Motivasi Kekayaan, Kewangan & Peribadi
Thank bro..sesungguhnya tanpa usaha mana hendak datangnya kejayaan..tanpa keinginan mana hendak datangnya impian…setiap kejayaan pasti ada pengorbanan..berfikiran positif in your mind…selamat maju jaya…
semoga saya dapat ikut langkah saudara utk mjalankan perniagaan di internet 100%!! amin..