Pentingnya Perkhidmatan Pelanggan
December 2nd, 2008, by Noorizam Shah

Pentingnya Perkhidmatan Pelanggan

Dalam banyak laman web, web manakah yang memberikan anda kepuasan tertinggi dari segi khidmat pelanggan?

Perasankah anda, ada masa anda pasti akan melenting dan marah pabila servis yang anda terima tidak menepati dengan kepuasan anda. Lagi teruk jika anda tidak dilayan dengan sewajarnya!

Contoh, anda membeli barang baru tetapi ia tidak berfungsi, kemudian anda ke kaunter khidmat pelanggan, dan pekerja tersebut melengah-lengahkan masa, membuat kerja lambat dan lembab.

Pelanggan-pelanggan lain juga sedang beratur menunggu dan anda pula orang yang berdiri dibarisan ke-12.

Sebenarnya, apa yang berlaku disini, perbuatan pekerja ini bakal menjejaskan reputasi dan keuntungan mereka untuk jangka masa panjang.

Siapa lagi yang mahu menghantar barang yang rosak ke kedai yang tidak boleh membaiki dalam masa yang ditetapkan?

Jika saya sendiri, pastikan juga akan beralih mencari kedai lain yang mungkin boleh memberi servis yang lebih bagus.

Sama juga kisahnya jika kita menjalankan perniagaan di internet, servis atau perkhidmatan pelanggan itu amat penting bagi menentukan jatuh bangun perniagaan anda.

Contohnya, jika anda mensasarkan penyelesaian masalah pelanggan dalam masa 24 jam, maka sasaran ini haruslah dipatuhi.

Jangan biarkan pelanggan anda menunggu terlalu lama sehingga berhari-hari. Jika anda terlepas pandang sekali pun, pastikan anda memberi alasan yang munasabah kepada pelanggan anda, supaya pelanggan-pelanggan ini memahami sebab dan kenapa anda tidak boleh selesaikan masalah mereka dalam masa yang ditetapkan.

Sphere: Related Content

9 comments Subscribe Comments

  1. bg saya ebay merupakan laman yg menawarkan khidmat cekap kpd pelanggan.
    tetapi x semua laman web yg boleh di percayai.
    perlu ade bukti,dan knl laman tersebut dgn lbih mendalam.
    jd kite x boleh melenting apabila berlaku pnipuan kerana kite x siasat terlebih dahulu.

  2. aku rasa kita tetapkan jangkamasa utk settle problem yang dihadapi oleh pelanggan kita apabila barang yg dihantar tu ada masalah.

    Komunikasi amat penting , biar kita saling berhubung dengan pelanggan kita utk menyelsaikan masalah yg timbul.

    *kalau servis tip top , repeat customer akan ada .. :)

  3. Yes Betul tu. I setuju dengan post you kali nih. Customer servise kena tip top baru ada repeat sale dan sesuatu website tersebut lebih dipercayai dan ‘reliable’

    WanZ

  4. Yup customer service memang penting

    pernah jugak saya dapat email dari customer mengatakan jangan biar dia bercakap dengan robot..ho ho…sistem pengurusab pelanggan kena betul baru pelanggan percaya tul tak :smile:

  5. Betul tu bro.
    Tips bro sentiasa marvellous

  6. salam perkenalan

  7. aku terlepas pandang email customer..dpt merah terus feedback aku..hantu raya betul ler…jangka masa nak sampai dah kasi tau dlm keterangan urusniaga pun dok email tanya…haduss…buang masa betul..tak jawab susah plak..kena jawab gak..

  8. shahraduan – maybe boleh bold kan perkataan penting dan tukar ke warna merah bagi terang sikit pembeli tu lihat jangka masa nak sampai :)

  9. betul2.. Kalau khidmat lepas jualan tak best pelanggan mesti lari punya


Add your comment