Benarkah WiFi Memberi Ancaman?
November 30th, 2008, by Noorizam Shah

Benarkah WiFi Memberi Ancaman?

RANGKAIAN wayarles atau lebih popular dengan panggilan WiFi bukanlah suatu yang asing di negara kita.

Setelah lebih 12 tahun Internet diperkenalkan di Malaysia, bilangan pengguna rangkaian yang menggunakan frekuensi radio ini semakin bertambah.

Jika dahulu, WiFi hanya terhad kepada pengguna komersil seperti kafe eksklusif dan organisasi, kini ramai pengguna memasangnya di rumah bagi memudahkan mereka melungsuri Internet.

Namun masih ramai pengguna yang tidak melindungi rangkaian mereka dengan ciri keselamatan yang terdapat pada AP atau Access Point. Ini menyebabkan rangkaian tanpa wayar mereka terdedah kepada penjenayah siber - penipu, lanun siber dan pencuri maklumat.

Pernahkah anda terfikir, rangkaian anda yang tidak dikunci boleh digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti seperti menghantar emel ugutan, mencuri kata laluan perbankan dalam talian, menulis blog berunsur subversif serta menggodam laman web organisasi tertentu?

Lebih menakutkan lagi, jika pihak berkuasa mengesan alamat IP capaian Internet anda sebagai punca aktiviti jenayah yang dilakukan, menyebabkan anda menjadi ‘pak sanggup’ di atas kesalahan orang lain.

Ya!, anda berhadapan dengan risiko ini sekalipun tujuan tidak mengaktifkan ciri sekuriti pada rangkaian anda ialah bertujuan untuk berkongsi akses Internet dengan jiran-jiran anda. Ramai juga yang tidak melindungi rangkaian mereka kerana kekurangan pengetahuan teknikal.

Golongan tidak bertanggungjawab ini lazimnya akan menumpang rangkaian wayarles yang tidak dilindungi - secara automatik membolehkan mereka menyamar seolah-olah pengguna sah pemilik sesuatu rangkaian itu.

Ia tidak ubah seperti mencuri talian telefon, cuma bezanya pemilik tidak akan perasan kerana kebanyakan pengguna rangkaian ini merupakan pelanggan jalur lebar tanpa had.

Rujukan: Kosmo.com.my

Popularity: 9% [?]

Sphere: Related Content

20 comments Subscribe Comments

  1. usri write on November 30th, 2008 at 4:37 pm

    So, perlengkapkan dirimu dengan pengetahuan teknikal tentang wifi. Kalau pakai line streamyx hackers boleh curi line x??

  2. SHIMI write on November 30th, 2008 at 11:32 pm

    TQ Bro. Saranan bro banyak membantu. Salam pada semua

  3. limpong85 write on December 1st, 2008 at 2:35 am

    banyakkan ilmu anda tentang internet.pasti berjaya

  4. Shahraduan write on December 1st, 2008 at 8:07 am

    aku baru saja beli switch buat network semua laptop2 yg ada…yeahh 1 lagi akaun ebay telah siap..

  5. WaidaKmy write on December 1st, 2008 at 9:08 am

    Nak menghalang orang curi (atau menumpang) wireless, hanya beri kebenaran pada komputer yang dah register MAC address saja. memang leceh, tapi berkesan.

  6. WaidaKmy write on December 1st, 2008 at 9:10 am

    nak halang orang curi/menumpang, sekat dengan beri kebenaran pada komputer yang dah register MAC address saja. leceh tapi berkesan.

  7. AliF write on December 1st, 2008 at 11:18 am

    wah..bagus info nie…nampaknya aku kena pakai pelindungan nie….
    tak kisahlah orang nak kata kedekut line ke ape…wakakaka

  8. Richie write on December 1st, 2008 at 11:35 am

    bahaya betul nie..dah mula risau

  9. zienil write on December 1st, 2008 at 2:15 pm

    Tapi apa yang berlaku mesti ada sebab n cara penyelesaianya…. Kalau tidak mahir mengunakan wayarles / WiFi kita boleh mnggunakan streamyx… Tawaran yang diorg berikan hebat2 belaka..hehe.. Tp x rugi mencuba WiFi.. Klu x mcm mana kt nak belajar.. belajar dari kesilapan..
    Jaaneh :)

  10. eizlin write on December 1st, 2008 at 2:19 pm

    Dua2 bagus… WiFi ataupan streamyx… Yang penting kit atahu camner nak menggunakannya dengan betul… Kalau bnda yang dihasilkan tidak baik..nak buat apa diorang pasarkan..btol x?

  11. rajapayloadz write on December 1st, 2008 at 3:31 pm

    em. tak pernah guna wifi. selalu streamyx aje. hehe..

  12. Sifu LAN write on December 1st, 2008 at 4:49 pm

    Secure wireless connection tu guna WEP 24bit nyer key. Buat masa nie takde teknik lagi nak hack.. Klu WEP 8bit ada teknik.. tapi itupun hanya boleh dibuat bila admin network tu terlupa nak set network permission. Jangan sesekali pasang tanpa security.. Kita bayar mahal2, orang lain suka2 hati free je guna.. resiko pun tinggi..

  13. zepp write on December 2nd, 2008 at 2:46 am

    Salam bro Noorizam,

    Saya ada hantar email 2 3 hari lepas pasal ebook kuasa lelong.Kot ada terlepaspandang.

    Harap dapat reply

    Thanks

  14. WanZ write on December 2nd, 2008 at 6:59 am

    Kalu mcm tu guna fix line ajerla…heheh..

    WanZ

  15. Noorizam Shah write on December 2nd, 2008 at 12:47 pm

    zepp: sila emel saya kembali.

  16. normah write on December 2nd, 2008 at 10:10 pm

    wahh.info ini bagus.
    jd kite perlu memuatkan internet kite dgn perisian keselamtan
    bg menjamin keselamatan internet kite drpd diceroboh.

  17. khalifah write on December 2nd, 2008 at 10:29 pm

    eee… bahaya jugak..

    tapi kita kena ada sikit ilmu ttg internet ni camne nak elak perkara x elok berlaku.. hehe

    dr.khalifah

    JUTAWAN EBAY

  18. leeyaAS write on December 4th, 2008 at 3:21 am

    eee… bahaya nii.. camner ni?? Saya newbie yg baru jer berjinak-jinak dg biznis online ni.. bleh ke norizam cadangkan sistem apa yg patut digunakan utk elakkan masalah ni? kalau guna broadband selamat ke?

  19. zepp write on December 4th, 2008 at 5:59 am

    Saya dah email balik.Harap dapat respon

  20. Farid write on December 12th, 2008 at 8:48 pm

    Hi,

    Convert your wifi at home to a paid wifi.

    Earn extra profit by charging your customers of your cafe, club, shop,
    hotel, etc. when they
    connect their laptops, PDAs or any other mobile devices to your access
    point (Wi-Fi hotspot).

    http://www.cellnet2u.com/loginpage.JPG for sample login page

    Kindly contact us for more details.

    Regards,

    h/p : +6019 326 3939



Add your comment