Ingin Mula Belajar Internet Ebiz?
November 12th, 2008, by Noorizam Shah

Ingin Mula Belajar Internet Ebiz?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebentar tadi saya sempat menonton drama Renjis 2 di Astro Ria. Ia mengenai kisah masyarakat yang mudah terpengaruh dengan pelaburan yang memberi pulangan tinggi dalam masa singkat.

Pengajaran di dalam drama ini, tidak mudah untuk menjadi kaya dengan hanya mengharapkan pulangan pelaburan besar dalam masa singkat.

Sepatutnya kisah-kisah seperti ini dapat mengajar kita dan menjadikan kita serik dan takut untuk membuang duit kita pada pelan atau program yang tidak jelas dan kabur hala tujunya.

Itulah lumrah manusia.

Bercerita mengenai perniagaan internet dan bidang pemasaran internet sebenarnya telah membuktikan betapa pentingnya ilmu. Tanpa ilmu ini, jika kita laburkan duit sebanyak mana pun, ia tidak akan memberi pulangan yang hebat kepada kita. 

Kuasa ilmu ini memang lain macam. Lihat sahaja di internet ini, bagaimana ilmu itu dimanipulasi ke bentuk produk, kemudian di pasarkan untu menghasilkan jualan.

Jika kita sebut mengenai perniagaan internet, ia mesti melibatkan 3 perkara.

1. Penjual

2. Pembeli

3. Produk/Servis 

Apabila anda menjalankan perniagaan internet, anda boleh dianggap sebagai seorang penjual. Penjual produk atau penjual perkhidmatan.

Kemudian ia mestilah mempunyai produk dan produk ini juga mesti melibatkan pembeli. Pembeli ini yang melengkapkan proses akhir jual beli ini.

Sebelum saya berjaya menjadi seorang penjual produk di laman web eBay, saya banyak belajar dan memahami pelbagai teknik dan taktik dari ebook, buku, video dan bertanya dengan mereka yang pakar dalam bidang ini.

Dibawah saya kongsikan sedikit cara bagaimana untuk memulakan ebiz anda di internet: 

Cara 1 : Belajar dari ebook, video atau perisian yang mungkin anda boleh perolehi secara percuma di internet. Cara ini boleh dilakukan dengan mencari di enjin carian seperti Google, Yahoo dan sebagainya.

Namun, ia hanya akan membazirkan banyak masa anda depan komputer dan hanya akan membuatkan anda menghadapi masalah atau gangguan ‘overload information’ kerana terlalu banyak ilmu yang anda belajar sehingga anda tak tahu nak mulakan yang mana satu.

Diakui, saya sering terima emel sedemikian mengatakan mereka ini terlalu overload information sehingga tidak tahu dimana mahu bermula.

Syor terbaik, jika anda minat kepada bisnes eBay, cari infomasi berkenaan eBay sahaja.

Cara 2 : Cara yang kedua untuk belajar tentang perniagaan internet adalah melalui pengalaman dan kajian sendiri. Ia memerlukan proses ‘try and error’ untuk mencari formula terbaik dan paling tepat untuk menghasilkan pendapatan impian. Cara ini memerlukan banyak masa diperuntukkan bagi mencari jawapan atau strategi yang paling berkesan. Proses ‘try and error’ mungkin memakan masa sehingga berbulan-bulan, malah bertahun-tahun lamanya.

Seperti yang saya lakukan, saya mengambil masa hampir 1 tahun mencuba menjual di eBay sehinggakan sampai satu tahap saya geram kerana masih lagi tidak menghasilkan jualan di eBay.

Tak dinafikan, ini adalah antara cara yang setiap usahawan internet perlu lalui. Sekurang-kurangnya, anda telah mula bertindak.

Bertindak membuat kajian & mencari strategi pemasaran internet. Namun, cara ini hanya membawa pengalaman perit kepada anda jika anda mencuba tanpa sebarang ilmu di dada.

Cara 3 : Cara ke-3 adalah belajar dari usahawan-usahawan internet yang telah berjaya. Cara ini adalah cara yang paling singkat dan paling efektif. Teknik & strategi yang telah digunakan oleh usahawan-usahawan berjaya ini, anda boleh pelajari dan manfaatkan serta terus aplikasikan apa yang mereka ajar!

Bukti telah ditunjukkan. Antara nama yang mula dikenali di internet adalah Labanon, Mawardee dan Ammar Zahar. Mereka ini anda boleh jadikan contoh jika ingin berjaya.

Menurut statistik tak rasmi, hanya 10% yang akan mempraktikkan apa yang mereka pelajari dari sifu-sifu internet mereka. Diingatkan, JANGAN salahkan mereka jika anda tak berjaya.

Jika anda tidak praktikkan apa sahaja ilmu yang diberi, jangan pula anda salahkan mereka yang sudah berjaya dan jangan pula anda berkata ilmu yang mereka curahkan kepada anda itu tidak bermanfaat malah tidak memberi kesan langsung kepada hidup anda.

PERCAYA atau tidak,

Belajar dari usahawan yang dah berjaya, akan menjimatkan masa anda. Anda tak perlu lagi melakukan proses ‘try and error’ yang sama dan berulang-ulang. Anda boleh gunakan terus ilmu, teknik-teknik dan rahsia-rahsia yang mereka bongkarkan.

Adakalanya mereka kongsi di blog-blog mereka, melalui laporan atau newsletter secara PERCUMA. Jika diberi peluang subscribe email dari mereka yang pakar!

Sphere: Related Content

5 comments Subscribe Comments

  1. setiap orang berbeza. Jadi mungkin penyampaian dan pembawaan untuk bab2 ebiz juga berbeza. :)

  2. hehe..yang penting fokus..

  3. Apa-apa pun, jangan ada sikap cepat putus asa dalam diri anda kalau nak jadi usahawan internet yang berjaya.

    Satu lagi, pelan atau strategi perniagaan itu amat penting sekali. Ia membawa kita kepada matlamat yang ingin kita capai.

  4. hehe yg plg pntg adalah minat..tnpa minat, xkn bermula sesuatu itu..hehe bila kita dh slalu lakukan apa yg kita minat, perkara tu akn jd cam habit kita..xsah klu xwat dlm ms satu ari..cam berblogging..hehe

  5. erm saya rasa yg paling penting minat n fokus aper yg kita nak…tp jgn la plak hangat2 taik ayam…huhuhu


Add your comment