Bagaimana Mencari Dropshipper Yang Terbaik?
November 10th, 2008, by Noorizam Shah

Bagaimana Mencari Dropshipper Yang Terbaik?

Memang sukar untuk mencari dropshipper yang terbaik di internet. Anda perlu berhati-hati jika anda terima tawaran di dalam emel menyatakan mereka adalah pembekal dropship, bersedia memberi anda produk yang berkualiti pada harga yang begitu menarik.

Apa juga yang anda lakukan di internet, pastikan anda berhati-hati dengan golongan scammer ini. Jika anda ingin mencari maklumat-maklumat secara online, pastikan anda mengambil kita beberapa kateria sebelum memilih dropshipper yang terbaik:

[1] Adakah mereka ini mengenakan yuran-yuran yang membebankan anda? Untuk pengetahuan anda, dropshipper yang sebenar tidak akan mengenakan caj-caj yang membebankan kepada anda. Mereka hanya mengenakan caj apa yang anda jual sahaja. Terdapat juga syarikat-syarikat dropshipper ini hanya akan mengenakan yuran langganan secara bulanan atau tahunan atau sesuatu yuran yang kecil sahaja.

[2] Disyorkan supaya anda menyemak usia laman web mereka. Untuk membina syarikat dropshipper atau wholesalers, mereka perlu mengambil sedikit masa untuk membina kejayaan. Saya tidak galakkan anda berurusan dengan syarikat yang memiliki laman baru (usia laman web mereka berbeza dengan usia sebenar perniagaan online mereka).

[3] Perkhidmatan pelanggan adalah satu perkara yang amat mustahak untuk anda memilih syarikat dropshipper yang terbaik. Ini penting untuk pelanggan bertanyakan sebarang soalan atau masalah terutama sekali melibatkan perkara-perkara yang mustahak. Sebelum anda membuat sebarang langganan, pastikan anda cuba ruangan customer service mereka samada ia berfungsi dengan baik atau sebaliknya. Lihat juga, berapa lama mereka membalas emel yang anda hantar kepada mereka. Jika mereka membalas dalam masa 24 jam, anda boleh mengambil kira kateria ini.

[4] Jangan takut untuk bertanyakan soalan mengenai waranti, gerenti, polisi penghantaran dan polisi pemulangan produk. Perniagaan online juga berhadap dengan risiko produk dipulangkan. Jika anda tidak pernah menghadapi masalah ini sepanjang menjalankan perniagaan secara online, soalan-soalan diatas sememangnya wajar diambil kira. Jika anda memilih syarikat droshipper tersebut (tidak kira syarikat kecil atau besar) pastikan anda memperolehi hitam putih perjanjian berserta tandatangan.

Diharap info sedikit sebanyak ini dapat membantu anda mencari syarikat dropshipper yang bagus.

- – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – -
Anda ingin memulakan bisnes online di eBay? dapatkan panduan memulakan bisnes eBay di laman http://www.kuasalelong.com -Ebook panduan terlaris di internet 2008!-

[1] percuma – bimbingan dan support dari forum tertutup kami!

Pelajari bisnes eBay hanya dari “eBay Education Specialist anda”
http://www.noorizamshah.com/ebay-workshop

Sphere: Related Content

4 comments Subscribe Comments

  1. Nasihat yang bagus bro… Thanks..

  2. Infomasi ini untuk mereka yang ingin mencari dropshipper seperti produk pakaian, kasut, barangan hiasan, telefon bimbit, pemain mp3 dan sebagainya.

    :)

  3. IKS pun sebenarnya boleh menjadi dropshipper yang bagus. mereka perlupakan pasaran untuk produk mereka, dan kita boleh la menggunakan peluang yang ada. contoh IKs seperti Produk Kraf, Tembikar dan sebagainya.

  4. skang ni byk dropshipper yg scammmer la….isk2….


Add your comment