Wajah SOHO “Small Office Home Office”

Untuk pengetahuan, saya telah menjalankan perniagaan internet dari rumah sejak tahun 2006. Pada waktu itu, saya langsung tidak memiliki meja komputer.
Seingat saya lagi pada masa itu hanya berbekalkan laptop sebuah bersama line 3G Celcom, saya habiskan masa membuat kajian dan penyelidikan mengenai potensi peluang pendapatan di internet.
Saya pernah mencuba dan menyertai program-program yang memberikan pulangan tinggi dalam masa singkat dan ketika itu saya tidak tahu sejauh mana kebenaran program-program ini sehinggalah wujud perbincangan di forum-forum tempatan dan luar negara mengenainya.
Bagi saya HYIP atau program High Yield Investment Program bukanlah program yang selamat untuk disertai kerana ia memang berisiko tinggi. Jadi sebelum apa-apa berlaku dan sebelum program ini bermasalah, ada baiknya saya keluar dari menyertai program-program sedemikian.
Syukur kerana dengan pengalaman-pengalaman seperti itu, saya sedar tidak ada satu jalan yang mampu memberikan kepuasan peribadi kepada saya selain menjalankan perniagaan internet yang sebenar. Jual produk secara digital atau fizikal. Jalankan transaksi jual-beli. Itu lebih baik dari duduk diam tanpa dan tunggu duit jatuh ke riba.
Saya juga menyertai program-program affiliate sebagai salah satu sumber pendapatan saya di internet.
Berbalik kepada cerita SOHO,
Selepas beberapa tahun, saya mula sediakan sebuah meja komputer di dalam bilik tidur ke-2. Bilik ini tidak guna. Maklumlah hanya tinggal berdua dengan isteri. Ada 3 lagi bilik kosong. Dari tidak buat apa-apa, elok saya buat pejabat mini. Bilik ini menjadi medan saya mempelajari ilmu-ilmu keusahawan internet. Belajar bagaimana menghasilkan pendapatan di internet yang sebenar dan disini jugalah tempat saya menghasilkan pendapatan sampingan yang lumayan dari bilik tidur!

Kini saya mengorak langkah lagi dengan membesarkan lagi ruang kerja saya dan disini juga saya tempatkan stok-stok produk yang saya jual di eBay. Bilik ini memang beri kenangan yang manis kepada saya kerana disinilah saya mencari idea-idea untuk menambah baik kerja saya dan segala urusan bermula disini…

Semalam, saya sekali lagi telah tambah sebuah komputer lengkap dengan printer dan scanner untuk memudahkan isteri saya membantu dalam hal-hal berkaitan dengan perniagaan internet, seperti jemputan ke sesi personal coaching, seminar, tempahan produk dan perkhidmatan.
Kini boleh dikatakan saya telah memiliki SOHO yang lengkap
Jadi inilah sedikit sebanyak rupa atau wajah SOHO atau workstation saya. Mungkin ia tidak lengkap seperti mana rakan usahawan internet berjaya yang lain. Apa yang saya tunjukkan ini dapat dijadikan motivasi kepada rakan-rakan lain yang baru atau sedang bermula.
Ingat topik saya sebelum ini, jangan jadikan alasan sebagai batasan untuk anda berjaya.
P.s: Siapa yang belum dapatkan panduan bagaimana saya memulakan bisnes di eBay, dapatkan disini segera: http://kuasalelong.com sebelum harga tawaran dinaikkan!
Jumpa lagi!
Sphere: Related Content



















































gini rupanya bilik orang buat duit kat internet…sempoi jer..tp teratur…sbb ada isteri kot…aku nyer bilik serabut giler..maklum la…org bujang…hehe
Wah, telah maju satu langkah lagi kehadapan nampaknya Bro Noorizam. Saya belum ada SOHO office lagi, lebih gemar suasana santai di resort-resort untuk buat kerja. Tapi nak kena plan untuk buat SOHO juga rasanya baru kerja lebih tersusun dan teratur untuk mencapai objektif yang lebih besar!
Syabas bro!
orang kata kalau tempat kerja kemas dan tersusun, kepala pun tak berserabut
Wah menarik..small soho office. Aku pun blom ada lagi macam kau..ehehehe
Saya menggunakan bilik tamu sebagai ofis. Ada perkara yg basic spt rak bg menempatkan barangan utk ebay & alatulis, laci utk ebook, fax & printer cuma kena tambah meja komputer yg dah dicilok anak buat meja tulis dia. Bilik yg kemas juga memudah & melapangkan fikiran kita bila hendak membuat urusniaga.
Saya tunggu nak dapatkan mesin fax je lagi.. sekarang guna emel je untuk sebarang tempahan dan mendapatkan butiran pembayaran dari pelanggan.
Nape bro tak guna perkhidmatan di bawah ini je..
http://www.efax.com
http://www.myfax.com
http://faxzero.com/
Nabieel, so far memang sedang merancangan nak guna faxzero.com
Bestnya………. Memberi semangat ni..
Mungkinkah rumah kosong saya akan digunakna sebagai SOHO ni…
uish..idolaa ni….nak ugak bilik macam nieee
Tahniah dengan kejayaan saudara..gambar menceritakan 1000 makna.
Semoga saudara boleh pergi lebih maju lagi.
Triple A
http://www.binausahawan.com
ahaha.. tak sempat aku tengok office nie… ingat kan nak rasmikan potong reben ke ape..
caya la bro..makin maju setapak nampaknya..ni bikin wa lg SEMANGAT ni…huhu
Uniceed ok ok juga. Macam kat ofis ni.
http://uniceed.com
pergh…plastik tak bukak lagi..
Salam Noorizam,
Nampaknya PC kita adalah dari brand yang sama hehe..
Ok, saya juga usahawan SOHO. Saya menjalankan bisnes ini serentak iaitu dengan menggunakan pendekatan mail order konvensional dan juga medium Internet.
Potensi untuk bisnes ini juga adalah besar dan yang paling penting ia menjimatkan kerana tak perlu sewa ruang pejabat hanya berurusan dari keselesaan rumah sendiri.
Wassalam,
jai
Daya Glokal Enterprise
http://www.glowglokal.com