Apakah Alasan itu Membatas Matlamat Anda?
October 27, 2008
Saya telah berjumpa dengan ramai orang. Saya juga telah membaca pelbagai emel yang dihantar.
Masih ramai yang saya baca dan lihat, meletakkan batasan kepada apa yang mereka ingin capai. Sering kali matlamat mereka tidak dapat dicapai kerana mereka tidak yakin untuk melakukannya.
Saya percaya dan pastinya anda juga percaya bahawa mereka ini mempunyai sikap atau tidak mempunyai disiplin apabila berfikir. Mereka selalu beranggap mereka tidak pandai, tidak ada tuah, tidak ada tenaga untuk berusaha, tidak ada kemahiran seperti orang lain seperti mana yang mereka harapkan.
Sebagai contoh, apabila kita menuntut ilmu dengan cara kita membayar untuknya, adakah kita akan terus melengah-lengahnya? Adakah anda perlu menunggu wang yang secukupnya untuk mulakan perniagaan atau mencapai matlamat anda?
Jangan ada dorongan untuk berfikiran seperti ini;
1. Apabila duit saya cukup nanti, barulah saya nak mulakan perniagaan saya di internet.
2. Apabila saya nak boleh bersikap terbuka, barulah saya akan terima pendapat itu.
3. Apabila saya tidak lagi sibuk, barulah saya rancang perniagaan saya ini.
Jangan letakkan alasan sebagai batasan untuk anda berjaya. Pengalaman saya yang lalu sudah cukup mengajar betapa ruginya saya meletakkan batasan-batasan itu.
Soal masa, wang, tenaga dan kemahiran bukan lagi batasan yang besar untuk menghalang anda dari berjaya.
Jika ada kemahuan, disitu ada jalan. Contohnya, jika anda ingin pelajari memulakan perniagaan di eBay, anda harus berani untuk luangkan masa, membaca, mempelajari, memahami dan mempraktikkan ilmu yang diberi.
Apabila anda mengeluarkan wang untuk membeli ebook panduan, pastikan anda tidak buang masa begitu sahaja. Jika anda tidak praktikkan, nescaya sama juga anda buangkan wang anda membeli panduan-panduan lain dan dibiarkan begitu sahaja.
P.s: Ilmu itu besar ertinya, Ilmu itu adalah satu pelaburan yang amat-amat-amat berharga. Ilmu inilah membantu kita mencapai matlamat. Untuk mendapatkan ilmu itu, jangan takut untuk melabur sedikit wang. Dengan pelaburan yang sedikit itu, kita perolehi ilmu yang bakal memberikan kita kesenangan pada masa akan datang.
P.p.s: Buang batasan-batasan yang menghalang anda hari ini dan mula sekarang!
P.p.ps: Jika anda perlukan khidmat saya dan berminat untu sesi personal coaching, sila rujuk disini
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentComments
7 Responses to “Apakah Alasan itu Membatas Matlamat Anda?”
Got something to say?





















































yup, better melabur kat ilmu berbanding kat rokok..hoho
Adabanyak sebab kenapa kebanyakan orang meletakkan batasan/alasan untuk mencapai impian. Saya anatara orang yang sering pandang rendah kepada orang yang tidak mempunyai impian yang tinggi. Namun, pengalaman tinggal selama 3 bulan di Kota Surabaya, Indonesia membuatkan saya tersedar bahawa bukan semua orang mempunyai akses kepada peluang berimpian. Alhamdulillah syukur saya diletakkan oleh Allah S.W.T dalam persekitaran yang penuh dengan peluang untuk mencipta jutaan Ringgit. Peluang kali ini tidak akan saya sia-siakan lagi untuk mencipta kekayaan yang konsisten, Insyaallah untuk membantu ramai saudara kita yang lain yang tidak mempunyai akses kepada peluang seperti kita semua.
emmm….ilmu tidak akan habis walaupun kita sudah tiada di dunia ini…selagi orang mengunakan ilmu yang kita bagi selagi itu kita akan memperoleh pahala….
belajar dari kesilapan adalah ilmu yang paling mujarab,,,pengalaman juga mengajar saya tentang kehidupan….
mulakan langkah tinggalkan alasan….
Yup.. sesetengah orang meletakkan limit ke atas diri mereka sendiri tanpa mereka sedari.. Ada satu pepatah inggeris “Always Aim For The Sky, For If You Fail, At Least You Can Reach The Clouds”..
ehm..betul tu. tak semua orang bertuah. tapi kita boleh cuba dan terus mencuba.
Jika ingin mencari alasan..macam-macam boleh di cari..
Satu cara untuk mencapai matlamat yang berkesan adalah menulis di sehelai kertas atau nota dan pastikan ia selalu di lihat oleh kita sendiri..Ini adalah cara yang di turunkan oleh Dr. Irfan Khairi..
Jika tidak percaya..cuba le…
betul kata Bakery, tulis kat kertas. Tampal kat dinding atau almari. Tengok hari2. Itu satu motivasi yang bagus.