Wallet Saya Keciciran!

October 26, 2008

Ceritanya begini,

Pagi tadi saya telah ke Sunway Pyramid untuk temujanji sesi Personal Coaching eBay. Sebelum sesi bermula pada 1.00 petang, saya ambil kesempatan untuk berjalan-jalan sebentar dengan isteri.

Tapi sebelum nak berjalan, saya ke tandas di Sunway Pyramid Level G.

Habis pusing satu Sunway Pyramid, saya terus ke StarBucks untuk selesaikan masalah bandwith hosting saya yang dah makin kritkal.

Saya luangkan masa seketika “melepak”.

Jam ditangan dah tunjukkan angka 12.00 tengahari. Saya dan wife keluar dari StarBucks dan bercadang untuk membeli makanan di Dunkin Donuts.

Masa itulah, saya dapati wallet tidak ada dalam poket saya. Saya dah mula risau. Dalam fikiran saya, mungkin wallet tertinggal dalam kereta.

Saya bergegas ke kereta. Tidak ada. Kemudian saya bergegas ke StarBucks. Juga tidak ada.

Macam mana ni? Sesi Personal Coach dah nak mula jam 1.00 petang?

Saya risaukan duit dalam kad debit saya, yang mungkin orang boleh keluarkan bila-bila masa sahaja.

Kebetulan saya teringat Maybank di Sunway Pyramid beroperasi hari ini. Terus saya bergegas ke bank untuk batalkan kad debit saya.

Kemudian, saya pindahkan separuh wang ke akaun wife saya, begitu juga dari akaun-akaun bank lain.

Semua bank saya telah hubungi dah minta batalkan segala transaksi dari kad saya. Semua
proses di terima dan kad pun telah dibatalkan.

1.00 petang hingga 4.00 petang, saya teruskan sesi Personal Coaching saya seperti biasa. :)
Tiada sebarang masalah dan pelanggan saya amat berpuashati. :)

Selesai sesi tersebut, saya terus ke balai polis berhampiran untuk buat laporan kehilangan IC, lesen memandu dan kad bank saya.

So, kena tunggu hari selasa ini untuk buat semua kad dan dokumen baru.

P.s: yang saya pasti, wallet tu tercicir dalam toilet dan orang yang terakhir berada berhampiran saya ketika itu adalah, mamat bangla pencuci tandas. Siapa agaknya yang ambil wallet tu?

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Comments

15 Responses to “Wallet Saya Keciciran!”

  1. shahraduan on October 26th, 2008 7:35 pm

    hohohoho..mesti berpeluh kan kan..wallet hilang..aku pun pernah sekali wallet hilang..mcm tak bermaya jer jadinya…dah lah tu..duit gaji aku dok byk dlm tu…ehehehe

  2. Noorizam Shah on October 26th, 2008 9:39 pm

    ini pengalaman saya yang ketiga hilang dompet. Saya tak kesah duit dalam wallet tu, tapi yang saya risau, IC, lesen memandu dan kad bank.

    kad bank tu pula kalau lambat block, boleh kaya orang tu.. :-w

    Nampaknya kena tunggu lepas cuti Deepavali baru boleh buat urusan pembaharuan kad dan dokumen.

  3. AmmarZahar on October 26th, 2008 10:29 pm

    Sabar je la bro..Haritu akak saya baru ilang wallet. Kalau ada cctv kat tandas tu kan bagus.. :-p Tapi nanti nak buat kad bank baru ada kena bayar..

    Sabar je.. Tu tandanya nak kena usaha lebih keras lagi tu cover balik yang dah hilang..

  4. Noorizam Shah on October 26th, 2008 10:52 pm

    Bro mmg sabar Ammar, Bro tak kisah pun, setakat duit dlm wallet tu, sehari dah boleh cover selamba je.. Cuma kad tu je la, byk urusan yg nak dibuat nnt.. dari takde keje kene buat byk keje.. nak kena JPJ, Pejabat Pendaftaran, dan bank-bank semua. Harap semua urusan ni boleh settle dlm satu hari.
    Terima kasih atas sokongan anda. :)

  5. leephian on October 27th, 2008 1:49 am

    Bro,
    Allahamdulillah saya belum pernah mengalaminya lagi. Tapi kat shopping complex atau public toilet mmg kena waspada. Lebih-lebih lagi kalau toilet kat RNR, mmg kena hati-hati giler.
    Nak citer ttg nasib kawan saya, dahlah wallet hilang masa nak beli kueh buka puasa, balik rumah kereta kena tarik. Besok pegi office…tup-tup dia kena buang kerja pulak. Bukan sasau lagi, tapi dia hampir jadi gila. 3 bulan saya bawa dia duduk rumah saya. Skrang dia dah jadi taukeh besar kat JB.

  6. |1f34|-|1r3 on October 27th, 2008 10:57 am

    huhuhuhuhu~~ kesian kat ko n member leephian. ni semua dugaan ni…aku pon pernah ilang gak wallet dulu…mmg leceh la nak pegi sana sini wat report n wat kad2 baru….kalau aku pegi memana skang…aku xletak wallet kat blakang dh..aku letak kt poket tepi esp kalau aku pakai jeans….kalau pakai slack…slack yg pocket belakang ada button jer aku berani letak wallet kt situ…

  7. Mady on October 27th, 2008 3:39 pm

    simpati kat bro…pernah alami situasi yang sama,ntah mamat mana pecah umah sedang tido.Alhamdulillah kami sekeluarga selamat, cuma kene byk keja..repot polis..n bla..bla..blaa….

  8. pakteh on October 27th, 2008 4:56 pm

    dulu jadi kat saya sebab saya keluarkan wallet tu dari poket utk lebih selesa lg bila ‘melepaskan hajat’. lepas semua beres terus blah aje lupa terus kat wallet yg saya letak kat tank. nasib saya baik wallet tu masih ada di situ bila saya dapatkan semula.

    pengajaran: Jgn sekali-kali keluarkan wallet dari poket bila lepak kat toilet! :)

  9. bard on October 27th, 2008 7:59 pm

    Salam simpati dan berbanyak sabar diucapkan.

    Inna lillahiwa inna ilaihiraa jii’un..

    Semoga sdr ketemuinya kembali dlm jangka masa yg terdekat oleh orang yg menjumpainya.. Maka perbanyaklah berbaik sangka.. dan berdoa agar apa yang anda sangkakan itu (menemui kembali) menjadi realiti dlm hidup anda.

    Fikirkan positif anda akan menerima situasi yg positif juga, jika disebaliknya tentu ada pengajaran dan ada sesuatu yg boleh difikirkan bagi mengelakkan dari berlaku semula.. Insya allah..

  10. Mohd Ismail on October 28th, 2008 4:02 am

    nasib baik ko cekap.. aku pernah keciciran kad bank dan sedar beberapa hari lepas tu bila nk guna, masa tu kering da duit dlm bank.. siot je sapa yg amik..

  11. Matt Dha on October 28th, 2008 8:54 am

    Saya pun simpati dengan abg..
    Kalau bole amalkan wallet letak poket depan,
    Lagi satu saya nak kongsi satu doa yang Nabi tercinta kita ajar apabila nak kuar rumah amalkan doa ini :
    ”Ya Allah Ya Tuhan ku Dengan Nama Mu saya mohon perlindungan ke atas diriku ini,
    hartaku ini,agamaku ini,
    Ya Allah jadikan hamba Mu ini reda atas segala qada’ Mu dan berkatilah saya
    terhadap segala yang Mu tetapkan untuk ku”

  12. Sifu LAN on October 28th, 2008 11:45 am

    Tercicir wallet takpe bro.. jangan tercicir bini hang dah la.. haha.. Memang bahaya kad debit hilang.. Nasib baik sempat batalkan.. Kalu tak, huh… habis PS3, TV LCD semua orang yang jumpe wallet tu shopping… Hati2 next time..

  13. reddebt on October 28th, 2008 5:53 pm

    wa. kalau time drive, tetibe ada police tahan. naya je tak dapat tunjuk ic..

  14. eyeman on October 31st, 2008 3:18 pm

    bahaya tul. biasanya..bawa kad bank dengan ic je gi mana-mana..duit pun tak lebih rm50 melainkan kalau nak beli barang..

  15. Richie on November 3rd, 2008 4:12 pm

    pernah hilang wallet time kecik2 dulu…masa tu g rombongan skolah…siap wat derma kilat sekali untuk aku..hoho…terharu…

Got something to say?