Kenali Barisan Penulis MajalahIM.com

October 24, 2008

MajalahIM.com telah diasaskan orang dua orang perasan jejaka tampan iaitu Zhafran dan Adly dari Team FlareBiz. Adly yang lebih dikenali sebagai Labanon pernah menggemparkan industri perniagaan internet apabila menjana pendapatan RM10,000 dalam masa 1 minggu.

Team FlareBiz mula mengasaskan Majalah IM dengan matlamat ingin menyedarkan para pengguna Internet tentang potensi untuk menjana wang di Internet.

Banyak kerjasama yang telah dilakukan oleh team ini dengan usahawan-usahawan internet tempatan tanah air. Siapa sangka dalam usia muda mereka telah mengorak langkah menjadikan perniagaan internet sebagai pekerjaan sepenuh masa mereka.

Untuk pengetahuan anda juga, saya merupakan antara barisan penulis yang diundang menghiasi ruangan-ruangan topik terpilih dalam majalah elektronik ini.

Sejak Majalah ini dilancarkan, telah beberapa kali artikel saya disiarkan dan sudah tentu topik yang saya tumpukan adalah berkaitan perniagaan internet dan eBay.

Jika anda ingin membaca artikel tulisan saya, anda boleh melawat laman web MajalahIM.com hari ini. Antara barisan penulis terdiri dari usahawan-usahawan internet terkenal Malaysia. Mereka ialah SmartZul, Zamri Nanyan, Alang, Team Saifulsham, Galadriel, Irwan Dahnil, Mohd Amirol, Noorizam Shah, Syed Ikhwan, Fuad Latip, Mdpai, Osman Affan, Ammar Mahmood, Shamsuddin Kadir, Sham Raja Adsense, Kidino dan Kartunis Ubi.

Maklumat lanjut mengenai barisan penulis boleh dirujuk disini.

MajalahIM.com kini berwajah baru! Terjah!

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Comments

2 Responses to “Kenali Barisan Penulis MajalahIM.com”

  1. kita on October 26th, 2008 1:20 am

    fuhh ramai gak n otai2 semua tu

  2. appleblogger on October 26th, 2008 8:28 am

    huhu. penuh dengan otai2 yang terer. Memang best. Tunggu majalah im keluaran terbaru plak..

Got something to say?