Senaraikan Secara Kerap Produk Anda.

October 23, 2008

Selamat pagi semua,

Apabila anda sudah mula menjual produk anda, sudah pasti anda mengharapkan bayaran dari pembeli.

Untuk menghasilkan pendapatan yang berterusan, adakah cukup dengan menjual satu atau dua produk sahaja? Dari pemerhatian dan pengalaman saya sendiri, untuk menghasilkan jualan yang berterusan, anda perlu menjadi seorang penjual yang aktif.

Anda perlu bijak mengambil kesempatan dan peluang di eBay untuk menghasilkan pendapatan. Secara praktikalnya, cuba fokus dengan menjual produk yang berkos rendah terlebih dahulu. Tempat terbaik untuk timba pengalaman dengan memasuki laman web eBay Malaysia.

Berikan pendedahan kepada diri anda secukupnya. Biasakan diri dengan persekitaran pasaran eBay Malaysia. Kemudian baru beralih eBay international.

Cuba buat senarai dan masuk ke dalam pelbagai kategori. Janga tumpukan kepada satu kategori sahaja. Cuba juga bermain dengan description dan harga.

Tujuannya adalah untuk menarik perhatian dan minat sesiapa sahaja yang melawat listing anda. Produk-produk yang selalunya terjual di laman web ebay berkait rapat dengan;

gambar, diskripsi, tajuk, harga jualan dan sebagainya.

di eBay, saya bukan membuat senaraian 2 atau 3 produk sahaja, malah saya ulang kali produk-produk tersebut sehingga 100 listing. Minima 1 produk saya akan listkan sebanyak 10 kali dalam 1 masa. Jika saya ada 5 produk, saya telah pun buat list sebanyak 50 kali untuk satu masa.

Anda boleh guna software turbo lister untuk memudahkan anda membuat listing. Jadi dengan menyenaraikan produk anda secara kerap, ia dapat membantu anda menarik perhatian pelawat.

Timing juga mainkan peranan dan membantu produk anda untuk dilihat seterusnya dibeli oleh pembeli.

Anda boleh rujuk ebay offical time disini

Dah dapatkan panduan bisnes eBay - Best Seller? Dapatkan di http://kuasalelong.com

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Comments

4 Responses to “Senaraikan Secara Kerap Produk Anda.”

  1. syarani on October 24th, 2008 11:38 am

    Tips yg sgt menarik bro,kdg2 igtkn list 1brg sekali je trus org berminat rupa2nya kena byk kali list utk tarik perhatian buyer.Thanks for such a great tips.

  2. appleblogger on October 26th, 2008 8:44 am

    satu info yang menarik. Memang kene buat list agar visitor tahu tentang produk kita. kalau tak, rugi la..

  3. abdfatah on October 27th, 2008 10:19 am

    satu soalan : camner dengan promosi melalui squidoo? apakah keberkesanan tambahan yang boleh kita dapat???

  4. Ebay 4 You » Blog Archive » Senaraikan Secara Kerap Produk Anda. : Noorizam Shah (dot) com on December 7th, 2008 1:38 pm

    […] Noorizam wrote an interesting post today onSenaraikan Secara Kerap Produk Anda. : Noorizam Shah (dot) comHere’s a quick excerptTempat terbaik untuk timba pengalaman dengan memasuki laman web eBay Malaysia. Berikan pendedahan kepada diri anda secukupnya. Biasakan diri dengan persekitaran pasaran eBay Malaysia. Kemudian baru beralih eBay international. … […]

Got something to say?