Jangan Terjah, Jangan Main Redah
Apabila kita ingin mulakan sesuatu, kita seharusnya mengambil sikap membuat kajiselidik, membaca, mendapatkan panduan dan infomasi dan membuat perancangan.
Kita jangan terlalu terikut-ikut dengan budaya meniru atau mengejar trend semasa semata-mata untuk menjadi orang yang berjaya.
Apabila kita tiada ilmu banyak perkara yang kita buat mengalami kegagalan dan kita sering melakukan kesilapan.
Samalah jika anda ingin belajar berniaga di eBay, ia juga menuntut anda supaya memiliki ilmu dan pengetahuan.
Anda tak boleh main terjah atau main redah sahaja.
Banyak emel yang saya terima, mengatakan mereka gagal dan sering melakukan kesilapan sehinggakan mereka mengalami kerugian. Malah perasaan jelek, muak, bosan dan putus asa sering dialami oleh mereka ini.
Kita perlu tahu, tidak semua orang memiliki tahap pengetahuan yang sama. Jika anda seorang yang expert dalam mengendalikan komputer dan internet, anda perlu sedar begitu ramai lagi yang tidak tahu memetik keyword dan menggunakan mouse.
Sebab itu perlu adanya pengetahuan asas atau basic. Bagi mereka yang terlalu basic, jangan pula anda terlalu ghairah sehingga anda melangkah jauh dari apa yang patut anda belajar.
Jangan terlalu berharap menjadi seorang yang expert dalam masa begitu pantas. Saya sendiri mengambil masa yang begitu lama, membuat kajiselidik, memerhati gelagat pasaran, mencuba dan silap. Ia melibatkan masa, tenaga dan wang.
Kejayaan di eBay tidak akan datang melainkan beri fokus dan minat kepada apa yang anda buat. Sentiasa baca dan faham apa yang berlaku.
Sentiasa rajin untuk explore. Sesuatu yang sukar akan menjadi mudah, pabila anda mengetahui dan menimba pengalaman melaluinya.
Kebetulan saya dan beberapa orang usahawan eBay sedang merancang projek hebat untuk didedahkan kepada mereka yang minat dengan perniagaan eBay ini. Selepas ini anda akan ketahui bagaimana hebatnya eBay dan kenapa saya memilih laman web eBay sebagai lubuk buat duit!
Sphere: Related Content



















































Memang benar.. Untuk mempelajari sesuatu, sepatutnya kita berguru.. InsyaAllah sesiapa yang ingin berguru dengan Noorizam, akan mampu menerokai perniagaan eBay dengan cara yang betul..
Kalau yang memang banyak modal, no hal la main terjah saja. Proses pembelajaran jugak tu, yang kita gelar sebagai try and error
Moneyceo…kalau yg byk modal main terjah..lama2 habis ler. Rugi woo!! Baik bagi kat aku ja duit tu…hohohoho
Wahhh noorizamshah….ada projek hebat dgn beberapa usahawa ebay!! perhh power2..
makin busy lah ngko ngan projek hebat ebay tu nanti yer!! ada benar, jangan terjah dan jangan main redah….. kalau nak terjah jugak leh join pencegah maksiat pi terjah rumah tumpangan
shahraduan, projek ni saya, sifulan dan beberapa orang lagi.
Afzai. bila nak mai rumah aku.
waa..semua otai ebay ada kat sini..
ramai lagi yang low profile tu.
Hm.. menarik bila tengok orang jual barang kat ebay ni..
Saya mungkin akan cuba juga ebay ni.. Tapi kena carik barang yang betul2 sesuai..
Er boleh ker dapat ym ke.. senang nak borak…ym saya seperti di emel ni..
nak minta pendapat dulu..