Siapa Sangka Pengemis Itu Orang Kaya
October 11, 2008
Seingat saya lagi, ketika bulan Ramadhan, saya sering ke bazar-bazar juadah yang menjual makanan dan minuman. Bila memerhatikan orang yang datang berpusu-pusu membimbit pelbagai juadah di tangan dan kiri, bersyukur rasanya melihat masyarakat kita masih lagi boleh menikmati bermacam-macam juadah. Pilih sahaja yang selera. Bayar.
Siapa kata rakyat kita tak cukup makan?
Nampaknya masih ada mereka yang tak cukup makan. Ke mana sahaja lokasi bazar yang saya pergi, pastikan akan bersua pelbagai jenis pengemis jalanan. Adakah mereka ini tidak cukup makan? Tiada wang untuk beli makanan?
Yang kudung kaki.
Yang kudung tangan.
Yang mengendong anak.
Bapa tua merintih mengangkat tangan.
Si ibu dan anak mengharapkan belas ihsan.
Si anak, tidak tahu apa juga mahukan wang.
Dari mana mereka datang? Siapa mereka? Kenapa mereka mengemis? Apakah kerajaan tidak membantu? Atau mengemis adalah satu pekerjaan yang mudah untuk mendapatkan wang?
Dalam topik lalu, saya pernah sentuh hal mengemis dan kali ini, kisah itu muncul lagi.
Baca ini.
Percaya atau tidak, seorang pengemis wanita yang ditahan dalam satu operasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan di sini baru-baru ini memiliki wang tunai di tangan sebanyak RM9,786.
Lebih memeranjatkan selepas diperiksa, akaun bank wanita berusia 64 tahun itu mempunyai simpanan RM15,000 hasil daripada kegiatan mengemis di bandar ini.
Dalam operasi yang sama, anggotanya turut menahan seorang pengemis lelaki berusia 54 tahun dan terdapat wang tunai RM1,100 di tangannya
Jabatan itu turut menahan empat pengemis Myanmar dan ketika ditahan ada di antara mereka sudah memperoleh pendapatan harian RM423
JKM turut menahan beberapa pengemis dari China yang mampu memperoleh pendapatan RM300 sehari dan duduk di hotel
Jika mereka mahu wang, banyak cara lain yang lebih elok dari mengemis.
Sekarang anda tanya diri sendiri. Jika anda terjumpa mereka yang seperti ini, adakah anda juga akan hulurkan wang?
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentComments
8 Responses to “Siapa Sangka Pengemis Itu Orang Kaya”
Got something to say?





















































Thanks 4 backlink ..
Tapi sekarang ni hangat keyword Datuk Shahrukh Khan…
He he he
wow lagi best pada bisnes internet tapi duit tak berkat
Zool: hang taip Datuk Shahrukh Khan pun dah beri traffik percuma! :p
Hehehehe.. teringat kat secondlife ada ramai begger wanita.. mungkin diaorang tu semua kaya raya…
Daripada kita memberi kepada pengemis lebih baik dah afdal hulur dekat tabung masjid..nak lebih afdal..derma dekat rumah2 anak yatim @ anak2 yatim.
kaya tul diorang yek. teknik marketing diorang power tu.
hohohoo… pengemis kaya ke? Memang kaya laa derang nih… dapat duduk hotel woooo…
Datuk shah rukh khan pun duduk hotel. Tan Sri Datuk Shah Rukh Khan bila nak dapat?
kan kecoh pulak nanti pasal datuk shahrukh khan punya skandal…
[…] Siapa Tersangka si pengemis itu orang kaya. […]