Dua biras hadapi tuduhan pengubahan wang haram RM61j
October 10, 2008
Dua biras yang juga rakan kongsi syarikat Hitech Objective Enterprise, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan pengubahan wang haram, masing-masing berjumlah lebih RM45 juta dan RM16 juta.
Mohd Riezuan Jalil, 28, menghadapi 162 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM45,026,063 manakala Basri Samsudin, 35, dengan 60 tuduhan sama berjumlah RM16,133,009.
Mereka didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM1 juta atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
Kedua-dua tertuduh yang juga pengarah syarikat itu turut menghadapi tuduhan di mahkamah sama kerana menerima deposit daripada pendeposit tanpa memegang suatu lesen yang sah mengikut Seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.
Mohd Riezuan dan Basri dari Felda Palong, Gemas, Negeri Sembilan masing-masing didakwa melakukan kesalahan itu di Naza Hotel, Jalan Tun Ali di sini, antara 13 September 2006 hingga 19 September 2007.
Tuduhan mengikut Seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 itu membawa hukuman penjara 10 tahun atau denda RM10 juta atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
Hakim Zamri Bakar menetapkan 12 November ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM1 juta bagi kedua-dua kes dengan seorang penjamin dan dokumen perjalanan mereka diserahkan kepada mahkamah
P.s: Ada juga orang Felda yang jadi jutawan ya?
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentComments
3 Responses to “Dua biras hadapi tuduhan pengubahan wang haram RM61j”
Got something to say?





















































ramai gak orang felda jd jutawan hasil MLM mengikut kata member aku…hehe
kagum tu.
menarik sungguh cite nih…