Mampukah Teori RAHMAN Menjadi Kenyataan?
October 9th, 2008, by Noorizam Shah

Mampukah Teori RAHMAN Menjadi Kenyataan?

Bapa Kemerdekaan Malaysia Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pernah mengetengahkan teori RAHMAN. Menurut Almarhu, Perdana Menteri Malaysia nombor satu hingga enam boleh diramalkan dengan menggunakan huruf pangkal nama mereka. Walaupun ramalan tidak dibenarkan dalam Islam, ramai pemimpin UMNO taksub dengan telahan ini, sungguhpun Almarhum Tunku cuma berseloroh.

Kononnya:

R ialah Rahman Putra, iaitu Tunku sendiri, Perdana Menteri Malaysia yang pertama (Feb. 1955- 20 September 1970) A ialah Abdul Razak Hussain, iaitu Tun Razak, yang menjadi Perdana Menteri kedua (21 Sep 1970 - 14 Januari 1976) H ialah Tun Hussein Onn, iaitu Perdana Menteri ketiga (15 Januari 1976 - 17 Julai 1981) M ialah Tun Mahathir Mohammad, Perdana Menteri keempat (17 Julai 1981 - 2003), A ialah Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, Perdana Menteri kelima (2003 hingga Mac 2009) dan N Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri keenam (2009 hingga ….)

Berikut adalah petikan kenyataan dari PM Paklah semalam;

“Saya harap Datuk Seri Najib… anda tahu mengapa saya kata ‘harap’? Sebab beliau perlu bertanding dalam pemilihan dahulu.

“Beliau perlu tanding dalam pemilihan sebagai Presiden Umno dahulu, tapi saya percaya beliau boleh lakukannya…saya harap beliau jadi Presiden,” kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini.

Siapa yang nak halang Datuk Seri Najib jadi Perdana Menteri?

Sila buka panggung

Popularity: 7% [?]

Sphere: Related Content

7 comments Subscribe Comments

  1. zyn write on October 9th, 2008 at 6:34 pm

    Wah..saya dah lama terfikir tentang teori ni iaitu sejak zaman Dr M. Ini disebabkan sejak saya kecil lagi saya dah pernah dengar tentang teori RAHMAN. Cuma dulu saya ingat Anwar yang akan mengisi pangkal nama A.

    Mungkin kata-kata usikan Tunku dulu menjadi kenyataan.

  2. Noorizam Shah write on October 9th, 2008 at 9:34 pm

    Saja juga sejak kecil zaman TUN M, juga dimainkan teori ini. Wallahualam.

  3. titan write on October 10th, 2008 at 12:14 am

    hehe. tak taula. kita tengok. jadi kenyataan atau tak.

    soalan aku. sape bakal PM yang ke 7 dan ke 8??

  4. Noorizam Shah write on October 10th, 2008 at 12:35 am

    PM yang ke 7 atau ke 8 tu mungkin teori gostan kot? NAMHAR

    start dengan Najib. hehehe

    A = Ali Rustam (dok tawar bertanding jawatan timbalan perdana menteri)
    A = Anwar Ibrahim (dok rancang nak tumbangkan kerajaan sedia ada)

    Tapi Tan Sri Muhayuddin Yassin bukan start dengan A.. macam mana tu?

    :D

    Tunku Razaliegh Hamzah pun dok intai jawatan Perdana Menteri.

  5. SuhaimiSahar write on December 29th, 2008 at 1:00 am

    Teori RAHMAN tu nampak gayanya kan jadi kenyataan dan boleh jadi juga negara kita akan guna pakai Teori RAHIM plak selepas ni sekiranya benar ianya mengikut turutan ungkapan lafaz dalam bacaan Bismillah Hir “Rahma” Nir “Rahim”. Teori RAHMAN = Pemurah, Teori RAHIM = Penyayang. Wallahualm.. nampaknya takde can la kita nak jadi PM yer bro Noorizam :)

  6. Dr.Ariffaizal write on April 7th, 2009 at 10:35 am

    Hehe.. sebenarnya nama PM yg betul ialah Mohd Najib. PM yang pertama pula ialah Tungku Abdul Rahman. Makanya bukan RAHMAN, tapi TAHMAM

  7. Bola write on April 16th, 2009 at 11:52 am

    Selepas sempurnanya teori RAHMAN ni, maka berakhirlah pimpian UMNO/BN di Malaysia yg dimulakan oleh Rahman dan di akhiri oleh Najib. Maka Pakatan Rakyat akan mengambil alih…!!



Add your comment