Betul ke BuluhMas Ni?
Ramai juga yang menghantar emel kepada saya bertanyakan program-program yang dianjurkan rakyat Malaysia. Adakah ia mendapat kelulusan pihak berkuasa atau sebaliknya.
Antara pertanyaan yang sering diajukan kepada saya adalah mengenai program pengiklanan bergerak dari BuluhMas.
Untuk pengetahuan anda, saya belum ada masa untuk review program ini kerana pertamanya, saya tidak menyertai dan kedua saya tidak lagi nampak iklan-iklan yang dipaparkan dari BuluhMas.
Selalu juga saya nampak stiker BuluhMas ini di kenderaan persendirian. Masa saya memandu pulang berhari raya ke Perak minggu lalu, banyak juga kenderaan yang memasang stiker ni. Yang saya nampak cuma perkataan BuluhMas sahaja. Tak ada iklan dari mana-mana syarikat seperti mana yang dimaklumkan pengirim emel kepada saya.
Mungkin ada kawan-kawan lain yang tahu kaedah pengiklanan sebenar dari BuluhMas dan jika ada yang menyertainya, boleh juga kongsi-kongsikan dengan pembaca blog ini.
Ada beberapa versi yang saya dengar mengenai BuluhMas.
1. Tiada pun iklan dari syarikat-syarikat besar, sebaliknya, ahli menjana pendapatan dari rekrut ahli.
2. Ada yang kata ini skim cepat kaya. Ada juga kata ia adalah program yang sah dan bukan taja menaja.
3. Ahli bakal menerima “pencen” sampai bila-bila, setelah menyertai program ini.
Terlalu awal untuk saya kupas mengenai BuluhMas.
Cuba try baca post ini http://earncent.com/blog/2008/07/09/edisi-siasat-buat-duit-dengan-buluhmas/
P.s: Test main keyword BuluhMas
Popularity: 10% [?]
Sphere: Related Content





















































memang macam ok. tapi tak kurang jugak ada yang tidak puas hati.
appleblogger: agen BuluhMas ke?
kalau nak kaya … join la etika emas.. pada jual2x ebook nie..
aku pun nak tahu juga kesahihan program tersebut. supaya tidak berlaku sebarang penipuan terhadap orang kita.
raya ke 2, aku balik kampung orang umah. belum lagi panas punggung rehat. kakak ipar aku buka cerita pasal buluhmas ni.
macam-macam lah dia kata. ada pakejlah (RM3600, bebulan dpt RM700), kena buka akaun bank i-giro lah.
tapi bila aku tanya bagaimana ianya boleh manghasilkan duit terus senyap. aku rasa lagi senang buat duit dari adsense atau review atau jual theme international dari program tersebut.
apa yang aku dapat simpulkan, sesuatu perkara yang tak tahu hujung pangkalnya kena lah siasat. jangan terlalu terikut dengan apa yang dikatakan oleh sedara-mara mahu pun adik beradik.
kan lebih selesa jika dapat bikin duit depan mata, tahu ujung pangkalnya eheh.
BuluhMas pada pemerhatian saya hasil dari temubual yang dibuat dengan agen dan ahli berkenaan dapat disimpulkan seperti berikut:-
1) BuluhMas hanya menjual Sticker ‘BuluhMas’ semata-mata , tiada melibatkan pengiklanan daripada lain-lain company..
2) Sticker berkenaan dijadikan sebagai ‘Bahan Jualan’ yang dipakejkan…kemudian pendapatan itu dipusing-pusingkan …kepada agen-agen yang kemudiannya..
Ada yang tidak logik pada perniagaan ini, bagaimana mungkin hanya dengan menjual dan memasang sticker yang ditampal pada cermin kenderaan boleh memberi pulangan yang begitu ‘menghairahkan’………..!
Wallahu’alam
Yang lebih melucukan….tentang BuluhMas nie…
“Anda Tidak Dibenarkan menaggalkan sticker dicermin kereta anda selagi anda mempunyai kontrak….”
saya ada satu soalan?
“siapa yang akan buat semakan pada cermin kereta anda?…..????
Thinkerich: Saya pun berpendapat macam tu juga. BuluhMas jual stiker sendiri ke? Dan siapa yang nak tentukan stiker tu wajib dipasang kat cermin? Mungkin kontrak ini berlandaskan kejujuran dan kesetiaan ahli kot?
Kot-kot kawan-kawan ada jawapan bernas mengenai pendapatan dengan BuluhMas nie. Kita tunggu pendapat dan pandangan kawan-kawan yang lain.
in my opinion
sticker tu just sekadar menarik perhatian orang..
tak wajib pun diorang tampal..tapi kalau tampal
mesti ada yang berminat…mcm melabur je masuk buluhmas ni..
tiap2 bulan dapat duit..rekrut downline pun dpt duit juga..
tapi yg risaunya..smpai bila buluhmas boleh bertahan dengan sistem mcm tu?
takut lingkup je nanti..
kalau keuntungan buluhmas buka buluh mart cantik boleh la support kot…
saya dah layari web buluh mas ni.tapi ..saya tak paham mcmmana dia orang nak kasi duit bila ahli dah banyak nanti?rasa.. teringin nak masuk jer..
tapi takut kantoi pula
hehe. aku dah cite kat blog aku. ada 3 artikel pasal buluhmas dan aku faham konsep benda nih.
Tapi aku malas nak cite lebih-lebih. Sebenarnya, ramai yang dah salah konsep. diorang join benda ni nak dapat untung BESAR. walhal..buluhmas cuma upah kita jadi ajen pengiklanan bergerak.
So, fahamkan dulu la apa itu pengiklanan.
Stop sampai sini. Aku tanak cite apa-apa lagi. Nak tahu details, direct call leader atau ceo. Kalau cakap dengan promoter baru, memang ramai yang tak faham sebab diorang join semata-mata nak untung BESAR.
Ps: Fahamkan dulu bende ni untuk apa..
Pss: Betul. Wat duit dari adsense, jual ebook dan lelain. Lagi mudah. Income instant pun leh dapat. Lagi power dr buluhmas. Tapi kenapa buluhmas femes? Hehe..
Banyak juga pendapat berbeza-beza kat sini. Ada sesiapa nak kongsi pandangan lagi?
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari ARB Dagang.Com
buluhmas?? ndak ngerti sy
Salam semua.
Tentang BuluhMas ni memang banyak sangat persoalannya….
Jika nak tahu lanjut tentangnya, sila layari web saya kerana saya adalah webmaster laman web ini : http://www.buluhmas.katalogbisnes.com
cerita terbaru http://www.wangcyber.com/forum/sembang-umum/9506-bnm-serbu-4-syarikat-pengambilan-deposit.html
nih saya copy pasal citer buluhmas terkini
siapa yang suka sgt ikut jalan pintas nak kaya.
BNM serbu 4 syarikat
Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK dan TAN MING WAI
KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.
Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.
BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.
Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.
Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.
Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung.
Sementara itu, Jazmeen dalam laman webnya mendakwa dengan permulaan modal sebanyak RM1,000, pendeposit mampu mendapat pulangan 120 peratus dalam tempoh 12 bulan pertama dan jumlah itu terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya.
BNM dalam kenyataannya menambah, tindakan ke atas keempat-empat syarikat itu diambil setelah Unit Penyiasatan Khas BNM menjalankan siasatan terhadap aktiviti syarikat berkenaan.
“Kesemua penganjur skim pelaburan itu akan ditahan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram,” jelas kenyataan itu.
Seorang jurucakap BNM ketika dihubungi memberitahu, jumlah sebenar ahli terlibat dan nilai deposit yang dikumpulkan oleh keempat-empat syarikat itu hanya akan diketahui apabila kes mereka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.
Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit.
Katanya, jika sabit kesalahan pegawai dan pemilik syarikat-syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.
Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Menurut kenyataan BNM, skim pelaburan yang dianjurkan oleh keempat-empat syarikat yang diserbu hari ini menyatakan kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain.
Dakwaan itu, kata BNM, hanya rekaan semata-mata.
“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim yang ditawarkan melalui Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM,’’ jelas kenyataan itu.
Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM di http://www.bnm.gov.my.
[…] kena serbu, saya ada tulis pasal topik ini kat blog. kesian pakcik makcik dikampung lagi sekali. Betul ke BuluhMas Ni? : Noorizam Shah (dot) com __________________ Jana $xxxx Dengan Panduan EBAY Terlaris Berbahasa Melayu | Sistem Kaji […]
buluhmas dah kena serbu ke? hangus laaa jawabnya…. hangus terbakarrrrrr…..
[…] Betul ke perihal buluhmas? […]
akhirnya menimpa padah..tak gitu bro noorizam..nasib baik tak terlibat..hehe
dia punya perniagaan dengan mart tu dah nampak ok. Sama macam kes MIRSB, Jai Network dan SwissCash. Ia ada kaitan dengan akta BAFIA.
Wallahualam, kesemua kes ni masih berjalan. Tak ada keputusan lagi.
Apapun mungkin ia boleh kita jadikan pengajaran apabila kita menjalan perniagaan di internet dan bukan internet.
Saya harap BNM bersikap lebih adil dan saksama dalam membuat keputusan serbuan tersebut.
Apapun, saya tak join BuluhMas ini. Sekadar nampak iklan di stiker kereta pengguna lain.
[…] ada join tak? Buluhmas makin hangat sure heboh? BNM arah Buluhmas hentikan operasi selama 3 bulan Betul ke perihal buluhmas? BuluhMas antara 4 syarikat diserbu bank […]
[…] 6. Betul ke perihal buluhmas? […]
[…] Lagi komen dan perbincangan tentang Buluhmas: Norizamshah […]
http://www.ridzuanrichie.com/2008/10/15/buluh-mas-diserbu-bnmbuluh-mas-diserbu-bnm.html
huhu. semua blog cite benda nih dalam 1-2 hari nih.
macam minat jek nak masuk buluhmas ni..tapi sampai skang masih ragu2..korang rasa patut ke tak eh??
hauahauahahahahahahaha padan muka korang sumuaaaaa yg join!!!
Korang tahu tak bank pun ade yg bankrupsi… inikan melabur duit just berdasarkan mart jer. ASB pun ade rate interestnyer. Ni kan pulak seumur idup dpt RM 1/bln just melabur RM 15. Did you believe it.. Dont believe it.
Hai anak Adam, berusahalah kamu dengan tulang empat kerat kamu, nescaya engkau akan dapat keberkatan dan kejayaan diatas usaha kamu sendiri.
kalau korang tengok kat list BNM syarikat yg blh ambik deposit org awam semuanya bank. so kalau ikut kan undang2 semua sykt x bleh ambik deposit org awam kecuali bank. kita tgk hasil siasatan mcm mana nanti…macam noradz pun dh kena serbu thn lepas tapi x de kena saman pun….
salam dri saya.pemahaman yg cuba di berikan kpd mereka diluar sana tentang BM dll.kenapa nk peningkan kepala tentang BM ni.jika anda semua biasa dgn MLM anda akan lihat bagaimana semua sistem MLM ni di suruh bekerja(cari org)yg mana web nya terdiri dr luar sana yg entah apa2.secara x sedar duit kita mengalir keluar tanpa d sedari (usd).BM ni klau d kupas sistemnya memang cantik knpa.stiker yg kita dpt.ianya supaya dpt mereka iklankan d mana2 anda berada.(jimat kos)betul x.klau BM iklankan d dada akhbar,tv setiap masa dan saat memang mahal kosnya.jd dgn cara ni lah BM lakukan dgn guna stiker saja dia dpt kumpulkan ahli sehingga lebih 1.5 juta d M’sia(bkn luar M’sia).duit kita x lah mengalir keluar negara.BM cuba nk tolong org melayu khasnya dan kaum lain pun bleh join juga.BM utama kan produk IKS tempatan utk ahli membelinya d kedai2 BM Mart dgn guna voucer pembelian.Pakej yg lain utk anak sek,ibu tggal,anak yatim & remaja d sini kebajikan ahli yg join di pecah2kan(ikut pakej).Bagi yg ada produk jual aje d bm dan d bayar tunai @ cash cek.bg yg nk cari org cari sebyk mgkin supaya pendapatan anda lebih juga yg x nk cari org dduk diam2 aje dpt duit.itu sb knpa d suruh buka akaun Giro-I krana komisyen nya murah 50sen jika d bank lain kosnya lebih mahal biasalah bisnes namanya(pembayaran d buat selepas 47hari tempoh matang mula daftar).sekian saja dari saya cuba renung2kan BM nk tolong org melayu tp org melayu yg mudah lupa,tipu diri sendiri dan bangsa sendiri.sedarlah bangsa lain dah lama lakukan mcm BM kenapa kita nk hancurkannya.jika anda tahu BM ni mendapat sokongan padu dari pengusaha IKS seluruh M’sia, tanpa henti.
Buluh mas adalah benar. Program sebenar walaupun belum dijalankan lagi, tetapi sudah boleh menjana pendapatan. Jika program telah dijalankan, insya Allah pendapatan akan berterusan dan sungguh kukuh.
Buluh mas ialah inovasi yang sungguh hebat. Atas kehebatan ini maka tidak hairan ramai yang iri hati dan khianat. Siasatan daripada Bank Negara juga mendapati ia bukan mirip skim cepat kaya. Kemungkinan ia akan beroperasi semula seperti biasa lebih cepat daripada yang diarahkan oleh Bank Negara
Lebih baik masuk dulu sebelum membuat andaian dari luar.
Ada yang mendapat pendapatan antara RM40,000 ke RM200,000 sebulan kerana usaha gigih dan berterusan. Untuk mengetahui bukti atau penjelasan lanjut, boleh tanya saya sendiri.
Terima kasih.
salam smua,,,, amcm sekarang dengan perkembangan buluhmas… ramai promoter2 tertunggu2 satu keputusan yang bakal dikeluarkan dr BNM. harap semuanya berjalan lancar… amin