Apabila Memey Suhaiza dan Norman Hakim…

October 31, 2008

Kisahnya bermula begini…

Memey Suhaiza (bukan nama sebenar) mula menjalankan perniagaan secara offline sejak 2 tahun lalu. Perniagaan berasaskan produk kecantikan ini telah memberikan pulangan yang agak lumayan kepada Memey Suhaiza sehingga pendapatan bulanan beliau mencecah RM10,000 sebulan.

Itu pun berkat usaha seorang rakan perniagaan beliau, Norman Hakim (juga bukan nama sebenar) memperkenalkan peluang perniagaan ini kepada beliau.

Berkat usaha gigih, Memey Suhaiza telah memiliki pejabat sendiri yang beroperasi di Kuala Lumpur. Kini Memey dan Norman mengembangkan pasaran produk mereka di internet. Permintaan produk ini macam goreng pisang panas.

Amat ramai pengguna internet mencari maklumat terkini mengenai produk yang dipasarkan. Jualan bulanan untuk produk kecantikan ini meningkat 200 kali ganda. Kini Memey dan Norman sudah cukup selesa dengan pendapatan bulanan mereka mencecah RM200,000 sebulan.

P.s: Cerita ini hanya kisah rekaan sahaja. Tidak ada kena mengena dengan mereka yang masih hidup atau pun mati. ;)

Popularity: 17% [?]

Sphere: Related Content

Earning Dari Nuffnang Yang Terkini

October 30, 2008

Di atas adalah beberapa kempen iklan yang saya perolehi dari Nuffnang utk dipaparkan di blog NoorizamShah.com

Jika dilihat pada kempen Global_CPC, komisyen saya dikira untuk tempoh 1 minggu iklan. Saya pernah mendapat komisyen kempen Global_CPC sebanyak RM400.00 untuk tempoh 1 minggu.

Di atas, adalah antara gambaran jumlah komisyen yang saya perolehi untuk tempoh 1 bulan.

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Adakah Gambar Ini Beri Anda Motivasi?

October 29, 2008

Satu gambar, seribu erti! Motivasikan diri anda hari ini!

P.s: Tawaran November masih dibuka! Rujuk sini

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content

Wajah SOHO “Small Office Home Office”

October 28, 2008


Untuk pengetahuan, saya telah menjalankan perniagaan internet dari rumah sejak tahun 2006. Pada waktu itu, saya langsung tidak memiliki meja komputer.

Seingat saya lagi pada masa itu hanya berbekalkan laptop sebuah bersama line 3G Celcom, saya habiskan masa membuat kajian dan penyelidikan mengenai potensi peluang pendapatan di internet.

Saya pernah mencuba dan menyertai program-program yang memberikan pulangan tinggi dalam masa singkat dan ketika itu saya tidak tahu sejauh mana kebenaran program-program ini sehinggalah wujud perbincangan di forum-forum tempatan dan luar negara mengenainya.

Bagi saya HYIP atau program High Yield Investment Program bukanlah program yang selamat untuk disertai kerana ia memang berisiko tinggi. Jadi sebelum apa-apa berlaku dan sebelum program ini bermasalah, ada baiknya saya keluar dari menyertai program-program sedemikian.

Syukur kerana dengan pengalaman-pengalaman seperti itu, saya sedar tidak ada satu jalan yang mampu memberikan kepuasan peribadi kepada saya selain menjalankan perniagaan internet yang sebenar. Jual produk secara digital atau fizikal. Jalankan transaksi jual-beli. Itu lebih baik dari duduk diam tanpa dan tunggu duit jatuh ke riba.

Saya juga menyertai program-program affiliate sebagai salah satu sumber pendapatan saya di internet.

Berbalik kepada cerita SOHO,

Selepas beberapa tahun, saya mula sediakan sebuah meja komputer di dalam bilik tidur ke-2. Bilik ini tidak guna. Maklumlah hanya tinggal berdua dengan isteri. Ada 3 lagi bilik kosong. Dari tidak buat apa-apa, elok saya buat pejabat mini. Bilik ini menjadi medan saya mempelajari ilmu-ilmu keusahawan internet. Belajar bagaimana menghasilkan pendapatan di internet yang sebenar dan disini jugalah tempat saya menghasilkan pendapatan sampingan yang lumayan dari bilik tidur!

Kini saya mengorak langkah lagi dengan membesarkan lagi ruang kerja saya dan disini juga saya tempatkan stok-stok produk yang saya jual di eBay. Bilik ini memang beri kenangan yang manis kepada saya kerana disinilah saya mencari idea-idea untuk menambah baik kerja saya dan segala urusan bermula disini…

Semalam, saya sekali lagi telah tambah sebuah komputer lengkap dengan printer dan scanner untuk memudahkan isteri saya membantu dalam hal-hal berkaitan dengan perniagaan internet, seperti jemputan ke sesi personal coaching, seminar, tempahan produk dan perkhidmatan.

Kini boleh dikatakan saya telah memiliki SOHO yang lengkap

Jadi inilah sedikit sebanyak rupa atau wajah SOHO atau workstation saya. Mungkin ia tidak lengkap seperti mana rakan usahawan internet berjaya yang lain. Apa yang saya tunjukkan ini dapat dijadikan motivasi kepada rakan-rakan lain yang baru atau sedang bermula.

Ingat topik saya sebelum ini, jangan jadikan alasan sebagai batasan untuk anda berjaya.

P.s: Siapa yang belum dapatkan panduan bagaimana saya memulakan bisnes di eBay, dapatkan disini segera: http://kuasalelong.com sebelum harga tawaran dinaikkan!

Jumpa lagi!

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Apakah Alasan itu Membatas Matlamat Anda?

October 27, 2008

Saya telah berjumpa dengan ramai orang. Saya juga telah membaca pelbagai emel yang dihantar.

Masih ramai yang saya baca dan lihat, meletakkan batasan kepada apa yang mereka ingin capai. Sering kali matlamat mereka tidak dapat dicapai kerana mereka tidak yakin untuk melakukannya.

Saya percaya dan pastinya anda juga percaya bahawa mereka ini mempunyai sikap atau tidak mempunyai disiplin apabila berfikir. Mereka selalu beranggap mereka tidak pandai, tidak ada tuah, tidak ada tenaga untuk berusaha, tidak ada kemahiran seperti orang lain seperti mana yang mereka harapkan.

Sebagai contoh, apabila kita menuntut ilmu dengan cara kita membayar untuknya, adakah kita akan terus melengah-lengahnya? Adakah anda perlu menunggu wang yang secukupnya untuk mulakan perniagaan atau mencapai matlamat anda?

Jangan ada dorongan untuk berfikiran seperti ini;

1. Apabila duit saya cukup nanti, barulah saya nak mulakan perniagaan saya di internet.

2. Apabila saya nak boleh bersikap terbuka, barulah saya akan terima pendapat itu.

3. Apabila saya tidak lagi sibuk, barulah saya rancang perniagaan saya ini.

Jangan letakkan alasan sebagai batasan untuk anda berjaya. Pengalaman saya yang lalu sudah cukup mengajar betapa ruginya saya meletakkan batasan-batasan itu.

Soal masa, wang, tenaga dan kemahiran bukan lagi batasan yang besar untuk menghalang anda dari berjaya.

Jika ada kemahuan, disitu ada jalan. Contohnya, jika anda ingin pelajari memulakan perniagaan di eBay, anda harus berani untuk luangkan masa, membaca, mempelajari, memahami dan mempraktikkan ilmu yang diberi.

Apabila anda mengeluarkan wang untuk membeli ebook panduan, pastikan anda tidak buang masa begitu sahaja. Jika anda tidak praktikkan, nescaya sama juga anda buangkan wang anda membeli panduan-panduan lain dan dibiarkan begitu sahaja.

P.s: Ilmu itu besar ertinya, Ilmu itu adalah satu pelaburan yang amat-amat-amat berharga. Ilmu inilah membantu kita mencapai matlamat. Untuk mendapatkan ilmu itu, jangan takut untuk melabur sedikit wang. Dengan pelaburan yang sedikit itu, kita perolehi ilmu yang bakal memberikan kita kesenangan pada masa akan datang.

P.p.s: Buang batasan-batasan yang menghalang anda hari ini dan mula sekarang!

P.p.ps: Jika anda perlukan khidmat saya dan berminat untu sesi personal coaching, sila rujuk disini

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Wallet Saya Keciciran!

October 26, 2008

Ceritanya begini,

Pagi tadi saya telah ke Sunway Pyramid untuk temujanji sesi Personal Coaching eBay. Sebelum sesi bermula pada 1.00 petang, saya ambil kesempatan untuk berjalan-jalan sebentar dengan isteri.

Tapi sebelum nak berjalan, saya ke tandas di Sunway Pyramid Level G.

Habis pusing satu Sunway Pyramid, saya terus ke StarBucks untuk selesaikan masalah bandwith hosting saya yang dah makin kritkal.

Saya luangkan masa seketika “melepak”.

Jam ditangan dah tunjukkan angka 12.00 tengahari. Saya dan wife keluar dari StarBucks dan bercadang untuk membeli makanan di Dunkin Donuts.

Masa itulah, saya dapati wallet tidak ada dalam poket saya. Saya dah mula risau. Dalam fikiran saya, mungkin wallet tertinggal dalam kereta.

Saya bergegas ke kereta. Tidak ada. Kemudian saya bergegas ke StarBucks. Juga tidak ada.

Macam mana ni? Sesi Personal Coach dah nak mula jam 1.00 petang?

Saya risaukan duit dalam kad debit saya, yang mungkin orang boleh keluarkan bila-bila masa sahaja.

Kebetulan saya teringat Maybank di Sunway Pyramid beroperasi hari ini. Terus saya bergegas ke bank untuk batalkan kad debit saya.

Kemudian, saya pindahkan separuh wang ke akaun wife saya, begitu juga dari akaun-akaun bank lain.

Semua bank saya telah hubungi dah minta batalkan segala transaksi dari kad saya. Semua
proses di terima dan kad pun telah dibatalkan.

1.00 petang hingga 4.00 petang, saya teruskan sesi Personal Coaching saya seperti biasa. :)
Tiada sebarang masalah dan pelanggan saya amat berpuashati. :)

Selesai sesi tersebut, saya terus ke balai polis berhampiran untuk buat laporan kehilangan IC, lesen memandu dan kad bank saya.

So, kena tunggu hari selasa ini untuk buat semua kad dan dokumen baru.

P.s: yang saya pasti, wallet tu tercicir dalam toilet dan orang yang terakhir berada berhampiran saya ketika itu adalah, mamat bangla pencuci tandas. Siapa agaknya yang ambil wallet tu?

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Muka Seterusnya »