Berikan Maklumbalas

September 24, 2008

Memberi maklumbalas adalah satu perkara penting dalam membina kepercayaan pelanggan. Jika anda memiliki akaun eBay, biasanya sebagai seorang penjual akan memberi maklumbalas sebaik sahaja mereka menerima bayaran untuk produk mereka.

Manakala pembeli pula akan memberi maklumbalas sebaik sahaja mereka menerima barang yang mereka beli.

Saya pula lebih suka memberi maklumbalas sebaik sahaja pembeli terima produk saya dan mereka terlebih dahulu meletakkan testimonial. Alasannya adalah supaya saya dapat memastikan pelanggan saya berpuashati dengan produk saya dan saya juga ingin pastikan pelanggan saya memberi maklumbalas yang betul dan jujur.

Ada salah satu ID (saya ada lebih dari satu akaun) saya terima feedback yang salah dengan apa yang mereka maksudkan. Ini kerana pelanggan saya adalah newbie dan tidak berapa faham bagaimana untuk menggunakan fungsi feedback.

Dalam kes lain, jika anda mempunyai sebarang masalah dengan pelanggan anda, sebaiknya anda berhubung antara satu sama lain terlebih dahulu sebelum anda membuat keputusan memberi maklumbalas.

Ingat, maklumbalas yang anda berikan adalah tetap dan tidak boleh diubah lagi. Jika tersalah memberi maklumbalas, ia mungkin akan menjejaskan reputasi anda sebagai seorang penjual di laman web eBay.

P.s: Dapatkan tawaran one-time offer kuasalelong disini.

Jumpa lagi!

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Comments

2 Responses to “Berikan Maklumbalas”

  1. nadzal on September 25th, 2008 8:39 pm

    betul. feedback itu penting. kalau tak, kita tak tau produk kita tu bagus atau tidak..

  2. Noorizam Shah on September 25th, 2008 10:43 pm

    gembira bila dapat feedback positif.. tapi kalau dapat feedback negatif, ambilkan ia sebagai peringatan dan pengajaran. :)

    think positif juga!

Got something to say?