Duit RM40,000 lesap sekelip mata
September 22, 2008

Gambar dari kosmo online
Inilah kalau dah mata kelabu. Apa sahaja sanggup dilakukan. Pelbagai cara yang dicari oleh masyarakat kita pabila mendengar begitu mudah untuk menggandakan wang dalam sekelip mata.
Lagi-lagi dah nak raya ni, macam-macam modus operandi digunakan untuk meyakinkan orang ramai supaya melaburkan wang beribu-ribu ringgit.
Macam itulah kisahnya apabila baru-baru ini seorang peniaga berputih mata apabila kerugian RM40,000 selepas menjadi mangsa penipuan.
Ini bukan penipuan di internet. Ini penipuan yang berlaku di luar sana.
Beliau dipujuk seorang lelaki dan kemudian terpedaya dengan taktik lelaki ini yang mana beliau mampu menggandakan wang sehingga tiga kali ganda menerusi satu pelaburan yang mengambil masa dalam tempoh tiga hari sahaja.
Aduhai.
Kenapa masih ramai lagi yang bersikap ‘bijak’ dan yakin dengan pelaburan sedemikian? Walhal sudah terlalu banyak kes dan kisah penipuan berlaku yang didedahkan di dada-dada akhbar.
Kenapa masih ramai lagi yang tidak serik dengan pelaburan-pelaburan yang tidak memberi jaminan hitam putih ini?
Lain pula kisah pelaburan yang ada perjanjian hitam putih ini, dengar kisah satu program ala-ala laman “lelongan” dan “sms” telah pun diserbu pihak berkuasa, malah ada sumber-sumber mengatakan ibu pejabat perniagaan ini yang beroperasi di Kuala Lumpur telah pun disita dan ‘pelabur-pelabur’ sudah tidak mendapat wang mereka kembali.
Nasihat yang tidak putus-putus kepada pakcik dan makcik dikampung, jangan digadai lagi tanah dikampung!
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentComments
9 Responses to “Duit RM40,000 lesap sekelip mata”
Got something to say?





















































haaaa…kan dah ckp..kena hati2..diorang ni degil..haiyoooo
kena hati2 dlm kes mcm nie…….
byk sgt penipuan yg berlaku di sana sini……..
woww 40k tu..kalau bagi kat aku kang senang…boleh aku gandakan menjadi ratusan ribu rm dlm masa terdekat dengan ebay…hohhoohoh
itu keje bodo namanya. Patutnya berhati-hatila. Tanye sedara mara dulu..
Peluang yg datang perlu direbut sepantas yg mungkin. dah tak sempat nak selidik…biar jadi orang yg pertama join…. dan akhirnya merana sorang-sorang.
Tipah Tertipu Lagi…
tu gambar kat atas tu.. nasi dah jadi bubur la tu
hai,nak tahu tang ebook mas kawin yg hilang blh?hehe
Emmm…dewasa ni memang banyak kes-kes penipuan sebegini telah terjadi… kalau kita fikirkan semula, kenapalah dia orang nie sering-kali terpedaya dengan taktik-taktik yang kita memang dah tau tapi still lagi kena tipu…kita kena cari puncanya dahulu baru lah kita tau…
Pendapat sayalah; ianya macam sebuah perniagaan pula…kalo ada demand mestilah ada supplynya…betul tak? hehehe…
So, bagi saya untuk merungkaikan permasalahan ini kita kena buat satu journey dan research…setuju tak?
Kalau ramai yang setuju, saya dengan rasa tak malunya akan buat satu research tentang perkara ini dan harap semua kawan-kawan sebarkan research nanti kepada rakan-rakan lain…result yang kita dapat nanti kita dedahkan kepada semua tentang permasaalahan ni…
Thanks..
Adwanigallery
mana ada benda senang nak buat duit semua kena usaha