Adakah Pos Daftar Selamat Dipraktikkan?
September 18th, 2008, by Noorizam Shah

Adakah Pos Daftar Selamat Dipraktikkan?

Hari ini saya ingin menyentuh mengenai bisnes ebay. Walaubagaimana pun, topik ini juga sesuai untuk mereka yang kerap menghantar produk fizikal ke luar negara.

Jika anda menjual produk yang kecil dan ringan, apakah perkhidmatan penghantaran yang biasa anda gunakan?

Adakah anda memilih perkhidmatan kurier seperti DHL atau Fedex?

Atau anda hanya menggunakan perkhidmatan pos Malaysia.

Dari pengalaman saya sendiri, saya kerap menghantar produk-produk kecil ke luar negara menggunakan pos Malaysia sahaja. Jika pembeli anda tidak ada masalah untuk menunggu masa penerimaan barang, saya syorkan anda menggunakan servis pos daftar.

Memang diakui, menggunakan pos daftar mengambil masa yang lama antara 10 hari hingga 15 hari mengikut lokasi-lokasi tertentu. Akan tetapi, kosnya lebih murah dari anda menggunakan khidmat kurier lain.

Contohnya anda ingin menghantar stem-stem lama kepada pembeli di negara Canada. Dengan menggunakan pos daftar, pelanggan anda akan diberikan “tracking number” bagi memudahkan mereka mengetahui status terkini penghantaran tersebut.

Saya menggunakan sampul surat yang disertakan “bubble wrap” di dalamnya.

Seperti mana yang saya praktikkan, belum ada sebarang kegagalan atau barang tidak sampai. Pelanggan saya tetap berpuashati dengan servis ini.

Jika anda pengalaman barang tak sampai, mungkin boleh kongsikan di ruangan komen.

Nota: Info ini mungkin tidak sesuai bagi penghantaran produk yang kecil tetapi berharga (melainkan ada insurans).

Sphere: Related Content

9 comments Subscribe Comments

  1. satu info best pasal dropshipping

  2. Aku dari dulu sampai sekarang…guna pos malaysia jerkk…reg. post. So far tak dak masalah..kalau brg tak sampai refund saja.

    Ada sesetengah negara saja boleh kita track REG. POST tu. Aku gamble saja…

    Sampul surat yg ada buble wrap tu tak mahal ker ? hohoho

    Aku beli buble wrap kat TESKO..sekali beli tok sah dok katalah..habis semua aku rembat. hohohoh

  3. aku beli sampul surat keras je. buble wrap aku ada stok terpakai. aku guna semula.. hehehe.

  4. By fakhrudin on October 18th 2008

    kalau barang yang berat nak guna servis apa? Pos Malaysia mahal! Contoh produk harga RM10.00, caj kiriman RM20.00

  5. Guna pos malaysia saja..pandai2 lah ko timing dekat shipping cost dlm ebay ke ape ker..Kalau pakai yg lain Mahal woo..

  6. By Maiakmar on January 3rd 2009

    Salam..Dekat dlm website pos malaysia ada kadar bayaran bungkusan dan kadar bayaran poslaju..Untuk bungkusan murah sikit banding dgn poslaju..Kalau masukkan barng dlm sampul surat tu kira bungkusan ke?berat kurang dr 500 gram.
    Berapa hari agaknye baru sampai kalau guna kadar bayaran bungkusan?

  7. By Andy on January 21st 2009

    For more information, please contact :

    Level 1, Subang Jaya Post Office
    Lot 20913
    Jalan Subang Utama
    Section 15
    47500 Subang Jaya
    Selangor

    Operating Hours : 8.30 am to 9.30 pm, Monday to Saturday
    ( except 1st Saturday of the month and Public Holiday )
    Fax : 03-5039 9001
    E-mail : csc@pos.com.my
    PosLine : 1 300 300 300

    I call at 6.00pm already no body pick up the phone.Dont know have people working not or the number is just for display only Haiz…

  8. Kat mana agaknya nak dapat bubble wrap murah? kat ebay lah kot? kena beli banyak pulak.

    kat tesco semua yang kecik tu RM2+ satu.. hmm


Add your comment