Mereka Umpama Haiwan Yang Tiada Otak!

September 17, 2008

Tergamak sungguh mereka! Memang tidak berperikemanusian. Tidak kira sama ada mereka orang tua atau orang muda, bila dah tak ada otak, mereka sama juga macam haiwan!


Gambar mangsa culik, bunuh dan bakar, Lai Yin Xing (16 tahun)

Lepas kes main tikam-tikam, hari ini kita digemparkan dengan kisah tragis pabila seorang remaja telah diculik kemudian mangsa dibunuh dan dibakar sehingga rentung.

Ini bukan kes culik main-main. Yang pelaku pula bukannya orang dewasa sebaliknya sekumpulan remaja berusia belasan tahun.

Lepas bakar, budak-budak ni boleh pula minta wang tebusan RM33,000 dengan keluarga mangsa. Keselamatan kita tidak dapat dijamin kerana jenayah boleh berlaku dimana-mana sahaja.

Siapa pelakunya? Sesiapa sahaja boleh melakukannya!

Jaga keselamatan anak-anak anda!

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Comments

6 Responses to “Mereka Umpama Haiwan Yang Tiada Otak!”

  1. Shukor on September 17th, 2008 12:33 pm

    betul tu noorizam, zaman sekarang ni, macam2 boleh jadi. Kena sentiasa aware and beware.

    Pada zaman moden sekarang ni, sepatutnya manusia semakin waras…tapi ini sebaliknya.

    Betul kata Berita Harian…Dunia Dah Maju, Zaman Dah Berubah :D

  2. titan on September 17th, 2008 12:51 pm

    dunia dah berubah..

  3. Abdul Rashid Basar on September 17th, 2008 3:11 pm

    Pembetulan. Bukan takde otak tetapi gunakan otak tak macam manusia…ARB Dagang

  4. amrie on September 17th, 2008 6:44 pm

    Zaman sekarang nih bunuh manusia da jadi cam lumrah. Macam takde ape² yang berlaku. Macam bunuh semut je..

    Rosak..rosak..

    Amrie
    Relax Your Mind

  5. PRODUK RESELL RIGHT PERCUMA on September 20th, 2008 4:09 am

    Hah..aku orang kulai nak cerita sikit tentang insiden culik dan bunuh yang mendapat liputan meluas di TV baru2 ini di Kulai.Saya tinggal di Taman Puteri Kulai tempat dimana keluarga mangsa tinggal.Kat taman ni sekarang suasanya agak muram dimana penduduk kat taman ni masih trauma bersimpati dengan keluarga mangsa.

    Kejadian culik dan bunuh memang cukup mengejutkan.Sekarang ini walaupun pembunuh tu dah ditangkap,tetapi polis sentiasa meronda sekitar kawasan ini dengan lebih kerap.Suasana aman damai yang dinikmati sebelum ini tercemar dengan insiden ini.

  6. Richie on September 20th, 2008 3:08 pm

    diorang ade otak..tapi otak b*** hutan..dah kena reject sudah la..ni nak paksa2 pulak orang terima jadi Bf..dasar muka pecah..gila punya olang

Got something to say?