2 Penulis Blog, Seorang Wartawan Di Tahan ISA

September 13, 2008

Huh! Selepas berbuka puasa dengan 2 orang pelanggan berbangsa Cina di sebuah hotel malam semalam, kami sempat berbual mengenai isu semasa.

Dalam perbualan kami pada malam itu juga menyentuh kisah Raja Petra Kamarudin (RPK), seorang penulis laman web yang mendapat 1 juta hit sehari. Kini Raja Petra dikhabarkan telah ditahan ISA atas tulisan artikel yang menyentuh sensetiviti agama islam.

Pagi ini, dikhabarkan seorang wartawan, Tan Hoon Cheng dari Sin Chew Daily telah ditahan kerana menulis berita bahawa Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang menyentuh sensetiviti kaum Cina.

Kemudian seorang penulis blog, Teressa Kok (exco kerajaan negeri Selangor) ditahan kerana menulis artikel menyentuh sensetiviti agama islam.

Kesemua penahanan ini berlaku dalam tempoh 12 jam sejak tengah hari semalam.

Difahamkan kira-kira 100 pemimpin dan penyokong parti politik termasuk MCA, Gerakan dan DAP berkumpul di luar perkarangan IPK sambil menyalakan lilin sebagai tanda membantah penahanan wartawan itu.

Nota: Walaupun macam-macam kisah dalam negara hari ini, saya tidak nampak hubungan saya dengan pelanggan saya berbangsa Cina ini terjejas dan kami boleh makan, duduk semasa dan bergelak ketawa bersama.

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Comments

9 Responses to “2 Penulis Blog, Seorang Wartawan Di Tahan ISA”

  1. shahraduan on September 13th, 2008 11:54 am

    hahhaha…itu politik

  2. Noorizam Shah on September 13th, 2008 12:16 pm

    shahraduan.. mana boleh kata ini politik. Bukan ke Menteri Dalam Negeri kata mereka mengancam keselamatan negara..

  3. along on September 13th, 2008 2:22 pm

    ataupun ada pihak ketiga yang “menampakkan” mereka ini seolah-olah mengancam keselamatan negara?

  4. zool on September 14th, 2008 10:58 am

    Harap2 kita masih bersatupadu..
    Takut bila isu-isu racist ni diperkatakan..

  5. pemerhati politik on September 15th, 2008 8:30 am

    petikan dari akhbar online:

    Kerajaan tak wajar guna ISA - Zaid

    Oleh AZRAN FITRI RAHIM

    KOTA BHARU 14 Sept. - Kerajaan tidak sewajarnya menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan tiga individu kelmarin, sebaliknya mereka diadili mengikut sistem perundangan negara ini bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata, pelbagai undang-undang terdapat di negara ini yang boleh digunakan untuk mengadili atau menghukum individu yang dikatakan menimbulkan ketegangan kaum.

    Pada masa yang sama, beliau sama sekali tidak dapat menerima alasan yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar untuk menahan ketiga-tiga individu terbabit bahawa ia dilakukan setelah polis mempunyai cukup bukti bagi mengelakkan ketegangan kaum dan mengancam keselamatan negara.

    “Saya rasa gembira apabila wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng dibebaskan dan berharap kerajaan akan membebaskan dua lagi tahanan ini.

    “Kita ada undang-undang Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan yang boleh menjelaskan kepada rakyat kenapa mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang tanpa menggunakan ISA,” katanya pada sidang akhbar di rumahnya di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas penahanan tiga orang di bawah ISA dalam satu operasi polis ke atas beberapa individu yang terbabit mencetuskan isu perkauman dan persengketaan agama pada Jumaat lalu.

    Mereka ialah Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok; pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

    Mereka ditahan mengikut Seksyen 73 (1) akta berkenaan. Bagaimanapun Hoon Cheng dibebaskan di Pulau Pinang pada pukul 3.30 petang semalam.

    Zaid berkata, ISA masih boleh digunakan tetapi ia perlu kembali kepada tujuan asalnya iaitu untuk menahan pengganas yang menggunakan senjata untuk mengambil alih kerajaan dan bukannya disalahgunakan bagi kepentingan politik.

    “Kalau kita tahan mereka dengan ISA ini bererti kita percaya bahawa polis dan tentera tidak boleh jaga keselamatan dan yang kedua, akta ini pun tidak digunakan kepada semua orang, ramai yang keluarkan kenyataan ada unsur hasutan termasuk pemimpin tertinggi tetapi kita tidak guna ISA.

    “Jika kita tidak gunakan dan tidak mampu untuk laksanakan ISA dengan adil lebih baik gunakan terhadap pengganas bersenjata,” katanya.

    Beliau yang mengakui wujud masalah perkauman berkata, kerajaan perlu proaktif untuk menyelesaikan masalah tersebut dan penggunaan akta terbabit akan menjadikan keadaan lebih buruk.

    Katanya, masalah perkauman tersebut harus diselesaikan dengan perbincangan ilmiah dan kerajaan perlu terbuka malah beliau turut bersetuju dengan cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

    “Saya akan berjumpa dengan Datuk Seri Abdullah untuk membincangkan perkara ini dalam minggu ini dan jika beliau melihat pandangan yang berbeza ini serta meminta saya ‘turun’ (letak jawatan) saya sedia lakukannya, saya tidak mahu menyusahkannya.

    “Niat saya ikhlas saya hanya mahu tolong Perdana Menteri, ini perbezaan saya dengan orang yang meminta Perdana Menteri melakukan peralihan kuasa secepat mungkin ialah mereka mahukan kuasa tetapi saya tidak,” katanya.

    Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa media tersalah tafsir berhubung kenyataannya berkaitan isu peralihan kuasa yang dikatakan oleh Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    “Saya bukan menyatakan Muhyiddin perlu dipecat, siapalah saya untuk menasihatkan Pak Lah. Maksud saya ialah sebagai menteri di bawah kepimpinan Abdullah, beliau berhak memecat mana-mana menterinya yang tidak sependapat dengan beliau kerana beliau yang memilih jemaah menteri dan ini termasuk juga saya.

    “Dan jika Muhyiddin tidak bersetuju dengan dasar Perdana Menteri, beliau perlu meletakkan jawatan,” katanya

  6. untungatasangin on September 15th, 2008 1:29 pm

    Kalau tak buat salah kenapa mesti takut dengan ISA….???

  7. titan on September 16th, 2008 5:46 am

    sebab tu aku rasa bush pun takut ISA kalau dia menetap kat mesia..

  8. Abooain on September 19th, 2008 8:52 am

    Betul cakap kao Titan …. :D

  9. Noorizam Shah on September 19th, 2008 9:00 am

    bukan bush je takut. kalau letak beruang koala, mesti takut kot?

Got something to say?