Bagaimana Jika Idea Anda Ditiru?
September 9, 2008
Tahun lepas, sewaktu anda balik dari solat terawih di Masjid, anda telah singgah di sebuah gerai untuk minum secawan teh panas.
Sambil menunggu air minuman anda siap, anda termenung dan leka memerhatikan gelagat tukang pembancuh air menyediakan teh yang anda minta.
Kemudian anda mendapat idea untuk menulis kisah seorang pembancuh air di gerai menjana pendapatan sampingan yang lumayan.
Anda yakin, tidak ada lagi penulis yang menulis mengenai kisah pembancuh air teh dan menjana pendapatan hasil menulis kisah ini.
Anda mula berbangga dengan idea anda dan beranggapan inilah idea yang terbaik dari anda yang mungkin menghasilkan kekayaan dengan menjual kisah ini. Kisah-kisah pembancuh air teh ini anda simpan di dalam diari anda. Cukup setahun anda mengumpul maklumat serta gambar aktiviti seorang pembancuh air teh dan tibalah masanya kesemua idea ini diterjemahkan menjadi sebuah buku.
Apabila anda mula hendak menghasilkan sebuah karya, anda telah terlihat telah ada karya baru yang masuk dipasaran dan karya tersebut juga menceritakan kisah seorang pembacuh air teh. Semangat anda mula luntur pabila melihat karya yang anda hendak tulis, telah pun ditulis oleh orang lain.
Umpama anda melihat idea anda telah ditiru.
Anda sudah ada idea, tetapi sedikit lewat untuk keluarkan idea anda itu. Maka idea anda itu telah pun digunapakai oleh orang lain. Malah mereka lebih pantas dari anda.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Di atas mungkin sedikit kisah yang pernah dialami oleh segelintir penulis.
Sebenarnya idea hanya satu cetusan rasa yang TIDAK AKAN mengubah apa-apa sekiranya idea tersebut tadi tidak digilap, diperkembangkan dan yang paling penting DILAKSANAKAN!
Banyak idea-idea yang hebat, terhenti di pertengahan jalan akibat tidak digilap dan dikembangkan pada awalnya dan tentunya banyak idea yang HANYA hebat di minda kerana kegagalan untuk melakukannya DENGAN BETUL.
Jika anda berada dalam situasi ini, jangan takut sekiranya idea anda diciplak orang. Sekiranya anda benar-benar rasakan idea anda bernas, kembangkan idea tersebut. Bila kita bercerita tentang idea kita kepada orang lain, mereka akan memberi pendapat walaupun akan ada segelintir yang akan mentertawakan kita.
Gunakan pendapat-pendapat bernas dari mereka yang memberi komen yang positif. Pendapat inilah sebenarnya yang berguna untuk memperhebatkan idea kita.
Sebenarnya, bila kita rasa idea kita mudah diciplak orang, kita akan terus berfikir dengan kreatif, dan akhirnya idea kita akan terus berkembang, berkembang dan berkembang!
Kita akan cuba mengubah idea-idea yang sedia ada menjadi lebih baik dan cantik.
Jangan takut untuk memberi idea! Jangan kedekut!
Idea yang hebat hanya akan menghasilkan perniagaan yang hebat sekiranya orang yang memberikan idea tadi tidak henti-henti mengembangkan idea tersebut. Menjana idea sebenarnya elok untuk minda kerana sedar atau tidak, itulah sebenarnya kegunaan sebenar otak kita iaitu menghasilkan idea-idea baru yang bernas.
Tengok Aznil Hj. Nawawi, nampak awet muda sebab selalu mencari idea-idea baru. Orang kata, otak yang selalu digunakan akan melambatkan proses penuaan kita. Wallahualam.
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentComments
8 Responses to “Bagaimana Jika Idea Anda Ditiru?”
Got something to say?























































hohooo… kena cepat dan pantas ler kalo dah bernilai tinggii akan idea tersebut…
otak kalau tak digunakan. akan berkarat. Badan pun samala. Ikut berkarat gak..hehe
jangan takut memberikan idea-idea baru..
Kalau peram lama sangat hancur..
Dekat pasaran banyak buku tentang perniagaan internet,tp masih ramai yang ingin mencipta buku berbentuk sedemikian.
Jawapan yg terlintas di fikiran saya adalah, setiap orang mempunyai idea dan gaya penyampaian yg berbeza.
Menjadi seorang yg hebat mestilah mencari satu kelainan walaupun tajuknya sama.
Berani mencuba juga adalah satu faktor Aznil Hj. Nawawi berjaya.
Idea aku berkisar ebay or lelong…tapi byk ke arah ebay…memandangkan ramai dah ebuku @ buku2 pasal ebay ni berlambak dipasaran…so jadi malaslah skit…hohohoohoh…fokus utama kepada jualan ebay lagi LUMAYAN…!!! jeng jeng..
Jika anda seorang penjual di ebay, mungkin akan tercicir 3 perkara ini.
1. Kenal pasti negara pemenang bidaan - kalau negara pelik2 tu pejabat pos akan tanya dok tang mana negara ni..( senang saja nak tau )
2. Ebay currency tool - untuk memudahkan berkenaan mata wang..setiap web ebay berlainan mata wang.. ( mungkin ada yg dah tahu )
3. Perkara terpenting - Kenal pasti negara-negara yg boleh check REG. POST secara online - bukan semua negara ada…( ini bagi menggelakkan penipuan / raud paypal )
Bagi aku 20 ringgit duit raya…aku kasi tahu…hohoohohhoho
bagi 20 ringgit? haha..nak dalam ang pow ke nk dalam bank??
haih…naik hangin la kalau idea kena tiru!!!
hehehhee
wat penat je fikir,tengok2 dah ade org lain buat..