Ramadhan Super Brand Sales di Sogo!
September 7th, 2008, by Noorizam Shah

Ramadhan Super Brand Sales di Sogo!

Kelmarin saya telah ke Sogo, Kuala Lumpur dan dimaklumkan memang Sogo sedang buat sale besar-besaran dan kali ini jualan sempena bulan Ramadhan.

Kebetulan, sewaktu saya nak pergi ambil stok produk eBay saya di Kuala Lumpur, saya, isteri dan kakak ipar singgah sebentar di Sogo. Pada 5 haribulan lalu, pusat membeli belah ini telah mengadakan preview sales, potongan harga sehingga 80%. Sales bermula pada 5hb hingga 17hb September ini.

Contoh seluar jeans Diesel yang berharga RM99++ hanya dijual pada harga RM22++ sahaja. Baju Polo Authentic yang berharga RM130++ dijual pada harga RM40++ sahaja.

Bagi penjual-penjual pakaian di laman web eBay, inilah peluang anda mendapatkan stok-stok pakaian dari jenama terkenal pada harga rendah dan kaut keuntungan semula dengan menjualnya di pasaran antarabangsa!

P.s: Sambil-sambil kepala berfikir pasal bisnes internet, sempat juga membeli-belah pakaian sendiri untuk hari raya. :)

Sphere: Related Content

6 comments Subscribe Comments

  1. Gile ah.. potongan 80% tapi nak beratur bayar mesti penat tunggu…

  2. hohohoho…aku dah pun shopping raya utk anak2 aku..ehehehhe, dok pulun tarik duit ebay plak..cover..hahahaha

  3. tapi jualan macam ni kena jaga..sbb saya dah terkena jualan 80%, produk asli tapi stok lama..bila nak beli kena check betul2 barang tu..ada juga yg dia orang jual barang2 reject..apa2 nasihat saya berhati-hati ketika membeli.. :D

  4. Saya pun ada juga pergi ke Sogo sempana member card sale hari tu.
    saya pergi pada hari sabtu sebab jumaat kerja.
    Orang rumah saya la yang yeye sangat nak pegi.
    Jualan Member Card ni memang selalu jadi tumpuan pengunjung tetap sogo.
    biasanya dia akan buat sale ni dua ke tiga kali setahun.

    tapi apa yang saya perhatikan, harga potongan hari tu berbeza dengan tahun lepas.
    tahun lepas saya dapat beli satu baju arnold palmer bawah rm30,
    tetapi pada sabtu lepas dengan design dan kain yang hampir sama, harganya diatas rm50.

    bawah rm 40 ada juga tapi tampak seperti baju lama untuk habiskan stok.

    Macam tu juga dengan pakaian2 lain..macam seluar panjang pun sedikit tinggi berbanding tahun sudah.

    tapi pakaian bayi tak nampak beza sebab memang kebanyakannya masih murah sama seperti tahun lepas.

    ada kalanya sogo ada buat membercard sale pada tingkat 7 sahaja.
    biasanya sale masa ni lagi murah berbanding sale satu bangunan, cuma jenis barang dan stocknya terhad :)

  5. skg ni sume wat diskaun sale sempena bln ramadhan ye……
    pas ni dkt2 nk raye lg la byk diskaun sale…….
    hehehehehe………….

  6. hahaha besar bijik mater saya….huiii bilaa nak gi shopinggg ni…tak tertahan jiwa….hehehe


Add your comment