Nak Tahu Di Mana Nak Cari Pembekal (Tawar Harga Murah?)
Saya ada terima beberapa emel yang ingin mendapatkan maklumat bagaimanakah mereka boleh mendapatkan pembekal pada harga borong.
Saya tidak dapat memberitahu setiap nama syarikat pembekal tersebut, akan tetapi anda boleh mempraktikkan cara yang sering digunapakai atau dipraktikkan oleh penjual lain. Saya juga menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan bekalan-bekalan stok untuk dipasarkan di laman web eBay.
Ada pembekal kita temui secara temujanji dan ada juga kita mendapat pembekal secara tidak sengaja. Jika anda berminat untuk menjual produk fizikal di internet, pastikan anda mengenalpasti apakah produk yang ingin dijual.
Apabila anda sudah tahu, produk yang ingin dijual, anda bolehlah mula mengenalpasti siapakah mereka yang boleh membekalkan produk tersebut kepada anda.
Sebagai contoh, anda ingin menjual telefon bimbit di internet. Suatu hari, anda telah meluangkan masa untuk ke pameran telefon di PWTC dan disana anda telah berminat dengan booth yang menjual telefon bimbit jenama Nokia.
Anda mula berkenal-kenalan dengan peniaga tersebut dan menyatakan minat untuk menjual produk mereka di internet. Akan tetapi, mereka tidak mahu bekerjasama dengan anda kerana mereka juga penjual seperti anda. Disinilah kepakaran anda diuji. Anda perlu bijak untuk mendapatkan maklumat pembekal dari penjual.
Jangan takut untuk bertanya, jika bernasib baik, anda akan dapat maklumat tersebut dan jangan bimbang jika anda gagal mendapatkan maklumat pembekal kerana di pameran itu berpuluh-puluh booth yang boleh anda kunjungi dan dapatkan lebih banyak maklumat.
Ini hanyalah contoh, mungkin anda boleh praktikkan kaedah ini dengan mendapatkan maklumat dalam buku-buku perniagaan seperti Superpages atau White Pages.
Saya pula lebih suka keluar meluangkan masa ke pusat membeli belah, ke pasar-pasar jualan atau ke expo-expo perniagaan. Di sana saya akan melihat produk yang berpotensi untuk dijual dan kemudian membuat carian lanjut di internet.
Kaedah yang seterusnya adalah membuat carian melalui internet. Anda boleh mencari maklumat-maklumat ini seperti di laman-laman forum, blog, laman web jualan atau di enjin pencari.
Contoh carian seperti wedding comforter wholesaler, baby stroller suppliers, USD vacuum suppliers dan lain-lain.
Akhir sekali, anda boleh terus mendapatkan maklumat dari laman-laman direktori pembekal luar negara seperti www.alibaba.com, www.salehoo.com, www.mkenterprise.com
P.s: Bijak tawar-menawar, bijak membuat keputusan, anda boleh mendapatkan harga yang murah untuk produk anda.
Sphere: Related Content



















































Terima kasih Noorizam atas info ni..
Saya pernah tanya diorang nak jual barang mereka di internet dan saya dapat jawapan:
“kitorang pun dah ada laman web laa..tak perlu jual di internet”
Namun saya tak berputus asa dan akhirnya berjaya memujuk selepas berjaya buat sales (barang mereka) walaupun sedikit, akhirnya mereka percaya..:D
@AmmarZahar tak sangka ade orang jawab mcm tu..sepertinya,mereka tak tahu menggunakan bhsa perbualn yang lebih sopan..
saya ada perancangan nak bertanya..tapi saya takut komitmen je takde..saya bz study..hehe..assignment belambak..semester ni kena buat talk/seminar untuk budak2 SPM and STPM..
Thanks bro noorizam shah.. Saya memang tengah praktik stile nie..
Harap akan berjaya.. AMIN…
Richie- buat satu persatu dahulu.. Kalau betul2 free.. Buatlah..
apa kata gi pasar borong ke, atau ke hypermarket ke atau KP&K tanya senarai pengeluar barangan disana
kalau la sayur dengan buah-buahan tu laku kat ebay, memang dah jual kat situ sebab pemborong sayur dengan buah-buahan dekat je dengan tempat keje ni ha. huhuhu…
hai,saya tengah memcari pemborong kerongsang kristal
saya berminat untuk membuka sebuah kedai telefon bimbit taapi saya tak tahu bagaimana nak dapatkan pembekal yang boleh memberikan harga borong kepada saya. Saya betul-betul perlukan bantuan cik Norizam untuk memberi khidmat nasihat kepada saya.
Kalau cik Norizam Sudi bantu sila hubungi saya di talian 013-2466130
Martin Kahar
salam..cik..sy tgh cari senarai pembekal atau pemborong org2 bumiputera utk pernigaan sy..utk pembekal ikan,sayur,buah-buahan.kalau ade ladang lg bagus..kalau ada boleh hubungi sy 019-383 3847..email pun boleh..khairi_united@yahoo.com…t.kasih.
salam kepada semua..
saya akan mengadakan satu seminar bagi mendapatkan semua jenis barangan terus kepada pengeluar di China..
Selagi anda belum mendengar seminar tersebut, anda masih tidak terdedah hal-hal sebenarnya berkenaan dgn produk china, termasuk hal kualiti.
dengan kerjasama sebuah syarikat Bumiputera yang telah bertapak di negara China hampir 10tahun (baru setahun buka cawangan di Malaysia), kami memberikan servis kepada anda utk mendapatkan produk dari China, dan anda tidak perlu memikirkan soal pengimportan. Ini kerana, harga seunit barang yg telah dipersetujui adalah termasuk semua kos2 yg terlibat, termasuk penghantaran ke pintu kedai anda. pastinya, harga produk tersebut masih rendah jika dibandingkan dengan pembekal tempatan.
berminat, email ke malay.wholesalers@gmail.com
rujuk link ini juga: http://www.noorizamshah.com/2009/11/03/panduan-mencari-sumber-produk-untuk-jualan-di-ebay-di-sini.html
salam… sesiapa yang tercari2 pembekal loose product untuk kristal dan mutiara bolehlah lawati blog sy di http://noirjewelry.blogspot.com terima kasih
membekal ikan keli ke permis perniagaan anda harga sekilo rm4.oo hubungi saya 0105155029/0192515113 en amy
saya pembekal segala jenis sayur dari thailan.hubungi saya 0123083284
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Saya dari Zufin Holdings Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat bumiputera yg berdaftar di bawah Lembaga Pelabuhan Klang(LPK) membekal khususnya bahan-bahan mentah seperti daging,ikan,ayam,buah2an,sayur2an dan peralatan serta keperluan kapal seperti engine,kipas dan lain-lain kepada pihak kapal. Kami kini sedang mencari pembekal, khususnya bumiputera yang mampu berkerjasama dengan kami mengikut kualiti yang telah kami tetapkan. Kepada mereka yang berminat bolehlah menghantarkan sebut harga serta kualiti barangan ke email saya intelligenceinvest@hotmail.com atau menghubungi saya di 0122469704. Terima Kasih.
Saya mencari pembekal brg loose untuk perhiasan wire dan kristal. Harap hubungi saya di http://www.blouseku.com
salam semua…saya nak cari sesiapa yg berminat ingin menjual baju kaftan dari kelantan..(KAIN FUJI)boleh lah menghubungi saya di talian 0196635862…saya tolak dengan harga yang berpatutan…tq
Asm,
Saya ada pembekal dari Lampung Indonesia yang berminat hendak membekalkan rumput laut ke Malaysia.
ini no hp saya:- 0162529913
Salam Semua, sy membekalkan serunding asli dari kelantan pada harga berpatutan. Murah shj and boleh dijual sepanjang tahun. tiada musim.
serunding handmade, dibuat secara tradisional menggunakan dapur kayu-rasa yang asli.
call sy di 013-935 5961 untuk mendapatkan serunding pada harga borong.