Selamat Hari Raya Aidilfitri

September 30, 2008



::Kad Ucapan Raya Percuma

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin andai ada tersalah silap terkasar bahasa semasa saya menulis blog ini, atau semasa kita bersua, saya harap tiada yang simpan di dalam hati.

Saya pun manusia kerdil yang tak lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Mungkin dalam tanpa sedar, ada bahasa yang saya gunakan mengguris hati pembaca sekelian. Maafkan saya sekali lagi yea.

Buat teman-teman usahawan internet, Shuth, Dr. Irfan Khairi, Yusri, Labanon, Ammar Zahar, Abooain, Syed Ikhwan, Alang, Zhafran, Amirol, Catzer, Irwan Dahnill, Sifu Lan, Matzis, Shahraduan, Titanium Hijau, Farid, Sabri Saifulsham, Smartusaha dan ramai lagi.

Kalau nak sebut memang ramai. Jadi jom lah kita bermaaf-maafan.

Ikhlas dari,

Noorizam Shah & nor Shalina

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Iklan Raya Petronas 2008 - Untuk My Wife

September 29, 2008

Hari ini saya sibuk sangat kerja. Wife saya di kampung. Sekarang hujan lebat sangat. Handphone saya tertinggal dalam kereta. Tak sedar rupa-rupanya ada 9 miss call. Ada 4 sms tak berjawab.

Itu pun saya perasan bila dia mesej saya di YM. ohhh… maafkan abg bukan sengaja. Sibuk sampai tak sedar handphone tak ada di sisi.

Tengok video tu.

Maaf ya. Abang sayang ayang. :D

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Nak Tutorial Nuffnang Dari A Sampai Z?

September 29, 2008

Saya dah pun tulis panduan pasal Nuffnang berbahasa Melayu. Kemudian seorang rakan (usahawan internet) mohon untuk alih bahasa laporan percuma yang saya tulis tu ke Bahasa Inggeris.

So far, pendapatan saya di Nuffnang, tidak mengecewakan. Setiap bulan mesti dapat cek. Dengar khabar Syamsulariff, sahabat blogger saya juga nak dedahkan rahsia bagaimana beliau boleh menjana pendapatan di laman Nuffnang.

Siap nak buat tutorial dan lakaran lagi. Saya pun tertunggu-tunggu, kot-kot ada trick dan tip baru dari beliau. Maklumlah dengar khabar, earningnya setiap bulan memang banyak. :D

Harap dengan infomasi berbahasa Melayu ini dapat memberi banyak sumber maklumat untuk rakyat Malaysia menjana pendapatan melalui blog.

Rajin-rajinlah jenguk blog Syamsulariff.com

Nang it:  http://innit.nuffnang.com/view.php?id=35825

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Benarkah Manusia Ini Hebat Meniru?

September 28, 2008

Pernah atau tidak anda melihat atau alami masa zaman kanak-kanak, anda suka melihat apa yang orang dewasa buat. Kemudian anda akan meniru aksi yang anda lihat.

Kalau zaman sekolah lagi lah banyak aksi meniru. Contoh meniru dalam peperiksaan (anda pernah buat ke? ;P)

Waktu kecil, kita telah belajar meniru sesuatu perkara itu tanpa kita sedari. Ini realiti. Lihat budak-budak sekarang.

Contoh, kalau kat kampung, perbuatan main meriam besi buluh ini umpama di’warisi’ turun temurun. Kanak-kanak akan bermain mercun buatan sendiri. Memang kita tak sedar, dari siapa mereka tiru. Tapi itulah bakat yang tak pernah kita sedari. (contoh tak baik tu)

Bayi sekarang lagi lah cerdik. Mereka akan cuba meniru gaya bahasa kita. Cara kita makan, cara kita minum, cara kita berjalan dan cara kita bercakap. Kemudian kita berkata, “Wahhhh cerdiknya anak ini!”

Saya petik qoute ini;

“Kanak-kanak tidak pernah dapat mengikut arahan orang dewasa dengan baik, tetapi mereka tidak pernah gagal meniru orang dewasa” - James Baldwin

Kesimpulannya, jika anda hebat meniru, kenapa tidak kita meniru kejayaan usahawan internet yang lain? Ada juga meniru untuk memberi kebaikkan kepada diri kita sendiri.

Jumpa lagi

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Bagaimana DropShipping Berfungsi?

September 27, 2008

Anda ingin menjual produk di laman web eBay menggunakan kaedah dropshipping. Kaedah Dropshipping bermaksud, anda tidak pegang atau sentuh produk, tidak simpan stok, produk-produk ini berada di pihak lain, anda menjual produk-produk ini dan pihak lain akan uruskan pembungkusan dan penghantarannya.

Tahukah anda bagaimana drop shipping ini berfungsi?

Cuba anda lihat carta aliran disini.

1. Anda menjual/melelong produk anda di laman web eBay.
2. Pembeli/pembida membeli produk anda.
3. Pembeli bayar wang kepada anda.
4. Anda bayar kepada dropshipper pada harga kos.
5. Dropshipper membungkus produk dan hantar kepada pembeli.

Dibawah adalah contoh produk dari dropshipper yang berjaya saya jual beberapa hari lalu di laman web eBay.

Jika anda berminat untuk mempelajari bisnes eBay, dapatkan panduan-panduan hebat ini segera. Jangan bimbang, kami bersedia memberi bimbingan kepada anda. Yang penting, anda praktikkan (bukan sekadar berkata-kata) dan rasai pengalaman sebenar berbisnes di sana.

1. http://kuasalelong.com
2. Rahsia Dropshipping

Jumpa lagi. :)

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Rahsia Berfikir Dan Bersemangat Besar

September 26, 2008

Saya ingin petik satu perenggan ayat yang terdapat dalam buku Rahsia Minda Jutawan tulisan Amar Mahmood.

“Ramai antara kita orang-orang berjiwa kecil, merasa selesa dengan kekecilan kita sendiri. Berbelas dan berpuluh tahun hidup dalam kekecilan, dikelilingi komuniti orang kecil, berkawan dan bermasyarakat dengan kekecilan itu sehingga tidak dapat melihat lagi yang besar-besar dan tidak termimpikan yang besar-besar dan tidak teringinkan yang besar-besar… kerana yang besar-besar itu bukan hak orang kecil, tapi hak orang besar.”

- Chef Li
Penulis Jutawan Senyap

Ada perkara tersirat di sebalik kata-kata diatas. Saya ambil contoh diri saya sendiri, jika saya tidak belajar untuk berdikari dan keluar dari cara pemikiran lama, pastinya saya tidak akan berada disini. ;)

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Muka Seterusnya »