Alat Bantuan Mengedit Gambar Produk Ebay
August 19, 2008
Anda boleh menggunakan software grafik untuk mengubahsuai gambar produk anda. Jika produk anda bersaiz terlalu besar, mungkin akan mengambil banyak masa untuk dimuatnaik (upload) semasa membuat senaraian produk.
Jadi, topik ini akan cuba memberi infomasi tambahan, bagaimana anda boleh mengubahsuai gambar-gambar produk.
Ada 4 cara:
1. Jika anda mempunyai kamera digital, sesetengah kamera ini mempunyai fungsi untuk mengubah gambar anda. Jadi anda boleh menggunakan kamera mengubah gambar-gambar yang telah diambil mengikut kesesuaian.

2. Anda juga boleh menggunakan shareware yang mudah didapati di internet secara percuma. Contohnya Irfanview boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut. Layari http://www.irfanview.com
3. Jika anda mempunyai Adobe Photoshop atau Adobe Photo Duluxe, gambar produk dapat dicantikkan lagi menggunakan software ini. Saya juga menggunakan Adode Photoshop sebagai kaedah mengubahsuai gambar-gambar produk.
4. Atau anda boleh mengubahsuai secara ringkas menggunakan eBay Picture Service yang terdapat di laman web eBay.
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentMentera Beradu - Malique Ibrahim Ft. M.Nasir
August 18, 2008
Lama dah tak layan music dari
Popularity: 18% [?]
Sphere: Related ContentRumah Hartawan India, 27 Tingkat, RM6.6 Bilion
August 18, 2008

Individu ke 5 paling kaya di dunia, Mukesh Ambani telah membina sebuah mahligai termahal di dunia khas untuk isteri tersayang.
Mukesh dengan anggaran aset RM142 bilion (AS$43 bilion) dinobatkan laman web Forbes lelaki kelima terkaya di dunia.
Jika siap rumah ini, rumah yang bernilai RM6.6 bilion ini bakal menjadi mercu tanda di Mumbai, India.
Artikel mengenai rumah ini, boleh anda rujuk sini:
3. Aavaas.com
Popularity: 8% [?]
Sphere: Related ContentDah Baca Laporan Percuma 7 Rahsia Usahawan Internet?
August 17, 2008
Mungkin ada dikalangan anda sudah mengetahui nama-nama mereka ini:
* smartzul
* shuth
* abooain
* yusry
* mohd amirol
* eruwan gerry
Mereka adalah individu yang benar-benar menjalankan perniagaan internet.
Dipendekkan cerita saya ingin maklumkan kepada anda, seorang rakan saya telah melancarkan satu laporan percuma mendedahkan rahsia kejayaan mereka ini.
Rakan saya ini teramatlah baik hati! Dia ingin berikan anda income, jika anda membantu beliau menyebarkan laporan ini kepada rakan-rakan anda.
Dapat ilmu percuma + pendapatan sampingan percuma!
http://www.perniagaaninternet.com/rahsiaIM/index.php?ref=muaturun
Oklah, saya ada kerja nak siapkan. Ada produk yang perlu dibungkus dan perlu dihantar ke Amerika Syarikat esok! Nanti lama pula pelanggan saya dari ebay tu tunggu.
Jumpa lagi!
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentSaiful sumpah Al-Quran… Mahukah Anwar Sahut Cabaran?
August 16, 2008

Foto dipetik dari Agendadaily.com
” Wallahi Wabillahi Watallahi ….Saya, Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pada 26-6-08 iaitu pada tarikh tersebut Dato Seri Anwar IBrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat “
– itulah sumpah mengikut syariat Islam yang dilafazkan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan sambil mengadap kiblat di Masjid Wilayah Persekutuan,Jalan Duta Kuala Lumpur jam 6.15 petang Jumaat.
Berikut adalah sedutan video dari youtube (MalaysiaNews)
Amacam?
P.s: Saya post topik ini untuk menguji keyword dan carian pelawat di search engine ![]()
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related ContentAda Can Ke Minyak Turun Sebelum Pilihanraya Kecil Permatang Pauh?
August 15, 2008
Semalam Perdana Menteri Malaysia telah keluarkan kenyataan seperti berikut:
“Harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini jatuh, oleh itu, harapan untuk menurunkan harga petrol cukup cerah. Bagaimanapun, berapa banyak yang akan dikurangkan adalah mengikut pengurangan dalam harga pasaran. Saya tidak dapat katakan berapa banyak yang akan dikurangkan.
“Lebih banyak harga minyak mentah di pasaran dunia turun, lebih baik,” katanya
Ini berlaku kerana harga minyak mentah di pasaran dunia telah turun (sepertimana jangkaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam debat lalu) dan ianya dijangka turun lagi.
Apakah pengumuman ini akan dibuat sehari sebelum hari mengundi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh?
Tunggu lagi…
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content





