Bagaimana Untuk Berunding Dengan Pembekal
August 30th, 2008, by Noorizam Shah

Bagaimana Untuk Berunding Dengan Pembekal

Selamat berhujung minggu. Esok saya akan adakan kelas one-to-one Ebay. Maklumat lanjut boleh rujuk disini.

Bagi anda yang telah pun mempunyai pembekal untuk dijual di laman web eBay, anda boleh menggunakan strategi rundingan untuk mendapatkan harga yang minima.

Lakukan perbincangan dengan pihak pembekal setelah anda mendapati potensi jualan produk tersebut tinggi.

Saya ambil satu contoh,

Anda ingin menjual gelang kesihatan yang diperbuat dari Tungsten. Sebagai permulaan anda boleh membeli 2-3 unit sahaja. Ia bertujuan untuk melihat, adakah produk ini mendapat sambutan di laman web eBay.

Sekiranya, anda mendapati produk ini mendapat permintaan dan terjual, barulah anda membuat keputusan untuk membeli stok yang lebih.

Menyentuh soal rundingan dengan pembekal, anda boleh berkomunikasi dengan mereka, berbincang untuk mendapatkan harga yang lebih murah, andai anda mengambil stok yang besar. Anda perlu sedar bahawa, tidak semua pembekal mampu memberi anda pada harga yang minima melainkan anda mengambil stok yang banyak dari mereka.

Jika anda hanya membeli 2 atau tiga unit sahaja, agak sukar pembekal mahu menurunkan harga dan memberikan anda pada harga yang lebih rendah. Mereka juga mahu untung dalam perniagaan.

Apa yang perlu anda lakukan adalah, skill berbincang perlu dikuasai sepenuhnya. Anda perlu berani untuk berjumpa dengan pembekal dan membuat tawar-menawar. Anda perlu berani dalam hal ini, kerana pembekal juga memikirkan keuntungan perniagaan. Jika anda gagal mendapat keputusan (harga terbaik), anda wajar meninggalkan meja rundingan.

Jangan hanya tumpukan kepada satu meja rundingan sahaja. Banyak lagi peluang lain yang masih ada untuk anda cuba.

Apa yang lebih penting dalam rundingan perniagaan ini, anda perlulah mencari keputusan win-win situation dimana, tidak ada pihak yang mengalami kerugian. Pastikan anda mendapat harga yang minima dan pembekal pula dapat keuntungan hasil dari meja rundingan itu. Apabila pembekal bersetuju, mungkin pada masa akan datang anda dapat bekerjasama dengan baik atau mungkin boleh menjadikan pembekal ini sebagai rakan perniagaan anda.

Tiada yang mustahil dalam meja rundingan!

Jumpa lagi!

Sphere: Related Content

2 comments Subscribe Comments

  1. huissshhh..saya nie takut sikit kena gertak dengan klien..diorg ‘jerk’ skit saya dah goyang.. :)

  2. biasa lah tu adat meniaga…

    susah nak puaskan hati pembeli….


Add your comment