Ramai Kerusi dari Orang… Pulak…
August 22, 2008
Nak pergi Permatang Pauh, masa tak mengizinkan. Jadi, saya buat carian di internet untuk lihat perkembangan terkini kempen pilihanraya Permatang Pauh.
Alasannya, saya tidak dapat berita yang saya mahu dalam akhbar dan media tempatan. Yang ada hanyalah kisah puji melangit pihak kerajaan dan keburukan pembangkang.
Tapi kalau nak tengok cerita yang “FEAR”, saya suka tonton Astro Awani, siaran 501. Dalam siaran ini, lebih seimbang. Kalau buruk kata buruk, kalau elok kata elok.
Tadi, saya terjumpa satu laman blog yang memaparkan proses kempen pilihanraya Parlimen Permatang Pauh dan saya tertarik pada satu topik yang bertajuk “RAMAI KERUSI DARI ORANG DI FORUM PERDANA SEMALAM”
Bila lihat, saya menjadi musykil. Kemana pergi orang kampung dan orang ramai kat sana? Kalau Permatang Pauh ini majoriti nak dikatakan orang Melayu dan beragama Islam. Takkan program agama macam ni tak dapat sambutan?
Atau mereka melihat siapa penganjurnya?
Lagi bertambah musykil, bilamana seorang Menteri kerajaan hadir dan melihat kepada sambutan orang ramai yang mengecewakan pasti akan ada cerita yang tak sedap didengar.
Tak apalah, mungkin Forum Perdana ini tidak dihebahkan secara berkesan. Mungkin juga orang tidak sedar adanya Forum Perdana di sana. Mungkin juga ada program yang lebih menarik perhatian mereka sehinggakan kerusi lebih banyak dalam forum ini.
Apa komen pak menteri hal ini?
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentComments
9 Responses to “Ramai Kerusi dari Orang… Pulak…”
Got something to say?





















































Terkini: Harga petrol dan diesel akan turun antara lapan sen dan 22 sen seliter mulai esok.
Terdahulu Abdullah mengumumkan bahawa jemaah menteri mengambil keputusan menurunkan harga petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada RM2.55 seliter daripada RM2.70, manakala RON92 kurang 22 sen pada RM2.40 seliter daripada RM2.62 seliter.
Harga runcit diesel akan turun lapan sen kepada RM2.50 seliter.
Besalah nak mengundi kat P.P
tak sampai berapa minit. ada juga yang cari keyword “minyak turun”
http://www.google.com.my/search?hl=ms&q=minyak%20turun&btng=carian%20google&meta=cr=countrymy
takkan penganjur tak sesedar lagi!?
ehem ehem…
orang permatang pauh suka pesta2 kot?tapi takkan sampai macam tu sekali penangan umNO kena?satu malaysia turun bantu calon beend,SB lagi,risikan tentera lagi,komando 69 pun turun bantu umNO pun umNO macam siap2 nak kalah..
kesian umNO…lain kali jangan cari pasal dengan rakyat beb!kan dah dapat bunga2 nya…itu baru bunga belum kena kuntau 16 sept ni…
Gambaran ni memang tak ada dalam media arus perdana..
So kita seimbangkan dengan info yang terdapat di internet. Tak semestinya kat internet semuanya fitnah dan tak betul.
kata orang, tepuk dada tanya selera.
mmg pelik bin ajaib sampai mcm tu skali lengang org xda nk pi dgr ceramah agama……..
sume pi kempen dari rumah ke rumah le tu……
minyak pun dah turun…..
so kita tgk la ape yg akan jd plak lepas nie…..
(Mutakhir) PERMATANG PAUH: Imam yang menjadi saksi sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan, Ustaz Ramlang Porigi di lihat berkempen bersama-sama calon kerusi Parlimen Permatang Pauh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Perda sebentar tadi.
Ceramah yang diadakan di masjid itu turut dihadiri oleh Anwar.
Mstar Online difahamkan Ramlang berada bersama rombongan PKR sejak jam 4 petang tadi.
Beliau dijadualkan akan mengaku serta membuat pendedahan mengenai upacara sumpah yang disaksikannya di pentas ceramah PKR.
Dalam ceramahnya di masjid Perda sebentar tadi, imam tersebut mengaku prosedur upacara sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful adalah salah.
Jelasnya, beliau telah dipaksa untuk menjadi saksi dalam majlis angkat sumpah tersebut.
Turut sama beliau dalam ceramahnya adalah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Difahamkan beliau dalam perjalanan untuk memberi ceramah di Masjid Timah Kg Belah 2, Seberang Jaya dan diakhiri dengan ceramah di Padang Penanti.
Ini merupakan kali pertama beliau muncul dikhalayak ramai selepas kali terakhir beliau dilihat menjadi saksi sumpah laknat Saiful di Masjid Wilayah Persekutuan pada15 Ogos lalu.
Beliau menjadi kontroversi apabila timbulnya risalah edaran yang mempertikaikannya sebagai ahli Pemuda Umno dengan nombor keahlian 03405843 disebarkan dengan meluas ketika ini.
Risalah itu menyebut beliau merupakan ahli Umno Cawangan Seri Macang dalam Bahagian Bukit Mertajam.
Peti undi Ramlang ialah Penanti dalam bahagian Permatang Pauh.
Kandungan risalah itu menyebut: “Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.
“Beliau adalah ahli Pemuda Umno Cawangan Seri Machang dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan kod keahlian 03405843.
“Tidak menghairankan kepada semua ini, bagaimana pantas “imam” ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah Islam.”
Ketika dihubungi mStar Online tiga hari yang lalu, Ramlang berkata beliau merupakan imam yang sah dan bertauliah.
Beliau tidak menafikan bahawa dirinya merupakan seorang ahli Umno yang berdftar sebagai seorang pegundi di Permatang Pauh.
“Ya, saya ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di bawah Parlimen Permatang Pauh,” katanya.
rujuk : http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_f4c61556-c0a85062-16ab2e80-8114ad9f
- - - - - - - - - - - - - -
Noorizam Shah komen: Pulak…..
Nak cite banyak pun dah tak guna..

Anwar pun dah menang kat sana..
dah memang kubu kuat dia, so, BE END jangan haraplah sangat nak menang…
tak hilang wang pertaruhan pun dah kira baik la tu…
sekurang2nye ada lagi orang nak sokong diorang…
2 pun tak tau sampai KERAjaan Pak Lah boleh bertahan..