Tahniah (Datuk) Lee Chong Wei

August 20, 2008

Tahniah Lee Chong Wei! Walaupun tidak dapat pingat emas, semangat juang anda di sukan Olimpik Beijing harus dipuji.

Dengar khabar, kerajaan negeri Pulau Pinang berbesar hati untuk menganugerahkan gelaran Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk.

Ini ahli sukan kedua termuda yang terima anugerah Datuk selepas Datuk Nicol David. Kedua-dua anugerah juga dari kerajaan negeri Pulau Pinang.

Yang paling syok, Lee Chong Wei juga bakal dapat RM300,000 dari kerajaan Persekutuan dan mulai bulan depan (September), beliau akan terima pencen RM3,000 sebulan sepanjang hayat.

Lepas ini, mungkin banyak lagi habuan yang bakal diperolehi Lee Chong Wei. Boleh la kahwin lepas ini. :D

P.s: Jadi ahli sukan juga boleh kaya-raya. Yang penting minat, fokus dan berusaha. Cayalah!

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Comments

20 Responses to “Tahniah (Datuk) Lee Chong Wei”

  1. Din Beramboi on August 20th, 2008 2:13 pm

    Hohoho…bestnya. Nak jadi ahli sukan la pulak pasni..ngeh3. :D

  2. lankapo on August 20th, 2008 2:15 pm

    chong wei layak di beri penghargaan.

    at least tak lah malu sgt negara macam kenya pun dpt pingat haha

  3. cencorot_91 on August 20th, 2008 2:39 pm

    huhu..
    LCW da buat habis baik dah..
    Sekurang-kurangnya dapat jugak sumbang pingat utk malaysia..
    tak dpt emas,perak pon jadilah..

  4. emmnazady on August 20th, 2008 2:49 pm

    aku memang minat chong nie..apa boleh buat dia tak menang…dapat juga RM30000000….

  5. along on August 20th, 2008 2:52 pm

    ok la tu…permulaan… cayalah chong wei….

  6. Duit Banyak on August 20th, 2008 2:56 pm

    Misbun dapat apa? Takkan Sifu tengok je..hehe

  7. adi on August 20th, 2008 4:41 pm

    berjaya jugak melepasi tahap rashid sidek dlm olimpik atlanta 1996.
    tahniah buat chong wei ;)

  8. asraff on August 20th, 2008 5:17 pm

    LCW memang mantap la……
    semua ahli sukan kat negara ni patut ikut smgt die……
    walupun die kalah tp lps jejak kat m’sia je die ckp nk terus berlatih utk kejohanan yg seterusnya…….
    jadi negara kite akan jd tersohor semula dlm arena sukan di peringkat antarabangsa semule……
    ape2 pun chaiyok2 semua ahli sukan negara………
    majulah sukan utk negara…….

  9. Mohd Ashraf on August 20th, 2008 5:19 pm

    Sorang lagi belia akan dapat pangkat Datuk.
    Jelesnya…

  10. Noorizam Shah on August 20th, 2008 5:27 pm

    kita lihat dari sudut positif. Mental dan fokus.

  11. wira on August 20th, 2008 8:48 pm

    saya nak tanya knp sy lum lgi dapt habuan drp ads nuffnang niee,,,,

    atau pun mcm mana nk daptkn hasil dr nuffnang niee..tolong lah sy..huhuhu…

  12. zool on August 20th, 2008 9:21 pm

    Kalau bersungguh-sungguh pasti ada habuannya.
    Tahniah Le CHong Wei

  13. Noorizam Shah on August 20th, 2008 11:11 pm

    wira: apa blog/laman web anda? boleh saya lihat?

  14. titan on August 21st, 2008 12:18 am

    waa..best la dia. :D

  15. shahraduan on August 21st, 2008 3:01 am

    dia ahli sukan kita ahli blog…hohoohoho

  16. Jamal on August 21st, 2008 9:41 am

    Abg Shah…saya dah beli MSS sale baru ini,,,,saya nak tanya kalau saya nak buat website macam abg Shah macam mana…..dot com..dan macam website jualan langsung MRR..????

  17. Shukor on August 21st, 2008 4:17 pm

    Saya takut kalau LCW dah kahwin nanti,prestasi dia merosot…

    Tapi takpe..think positive! Mana la tahu isteri dia boleh jadi sumber inspirasi atau kalau ada anak,anak tu jadi motivasi kejayaan..

    betul tak bro Noorizam?

  18. alfie on August 22nd, 2008 12:45 pm

    Memang patut pun dia dapat ganjaran tuh.Apa yang penting fokus pada perkara yang kita usahakan.

  19. Noorizam Shah on August 24th, 2008 10:41 pm

    BUKIT MERTAJAM 24 Ogos — Kerajaan Negeri Melaka akan menganugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran datuk kepada jurulatih badminton perseorangan negara, Misbun Sidek, sebagai menghargai jasanya mengharumkan nama negara dalam sukan itu.

    Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mengumumkan perkara itu hari ini berkata, darjah kebesaran itu akan disampaikan kepada Misbun oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob di Istana Melaka pada Khamis ini.

    Bercakap kepada pemberita selepas melawat Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Mengkuang Titi di sini, beliau berkata, jasa Misbun amat besar kepada negara.

    “Bukan sahaja beliau berjaya melatih Lee Chong Wei sehingga memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik di Beijing baru-baru ini, malahan beliau sendiri turut mencipta beberapa kejayaan semasa menjadi pemain badminton negara dahulu.

    “Kita menunggu berpuluh tahun untuk mendapatkan pingat pada sukan Olimpik dan setelah saya berbincang dengan Yang Dipertua Negeri, beliau bersetuju menganugerahkan darjah kebesaran Melaka iaitu DMSM (kepada Misbun) yang membawa gelaran datuk,” katanya.

    Mohd Ali berkata, selain menjadi juara kebangsaan sebanyak tujuh kali, antara kejuaraan yang pernah dirangkul Misbun pada kejohanan antarabangsa ialah Terbuka Jerman, Terbuka Sweeden, Terbuka Kanada, Terbuka Malaysia, Terbuka Taiwan dan Terbuka Singapura dan yang terakhir dipilih sebagai jurulatih terbaik. - Bernama

    Rujuk: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0824&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_16.htm

  20. cute_girl on October 21st, 2008 8:07 pm

    cayalah datuk lee chong wei!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! i very proud of you!!!!!!!!!! malaysia boleh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Got something to say?