Saiful sumpah Al-Quran… Mahukah Anwar Sahut Cabaran?

August 16, 2008


Foto dipetik dari Agendadaily.com

” Wallahi Wabillahi Watallahi ….Saya, Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pada 26-6-08 iaitu pada tarikh tersebut Dato Seri Anwar IBrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat “

– itulah sumpah mengikut syariat Islam yang dilafazkan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan sambil mengadap kiblat di Masjid Wilayah Persekutuan,Jalan Duta Kuala Lumpur jam 6.15 petang Jumaat.

Berikut adalah sedutan video dari youtube (MalaysiaNews)

Amacam?

P.s: Saya post topik ini untuk menguji keyword dan carian pelawat di search engine ;)

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content

Comments

30 Responses to “Saiful sumpah Al-Quran… Mahukah Anwar Sahut Cabaran?”

  1. megat on August 16th, 2008 5:56 am

    semakin kritikal kes ni klu dah sampai sumpah segala. masalahnya betulkah perlakuan sumpah itu dapat diterima!?

    klu ia benar-benar berlaku tak apa lah. jangan kerana adanya agenda tertentu. wallahuaklam.

  2. zool on August 16th, 2008 10:11 am

    Tarik traffik nampak…

    Ntahlah dah tak tau siapa perlu dipercayai

  3. shahraduan on August 16th, 2008 12:30 pm

    HOHOHOHO…biasalah tu zool..

  4. bantingboy on August 16th, 2008 5:35 pm

    so. sekarang turn anwar la. Kalau anwar sumpah gak. So, kira dah settle la kes ni. Biar k at akhirat nanti settle. Kan senang. Tak yah bising-bising sana sini..

  5. Noorizam Shah on August 16th, 2008 6:37 pm

    Zool: setakat semalam, saya tengok dekat search enjin, keyword “saiful sumpah” berada di tangga ke tiga. :D

    Dan traffik banyak masuk pakai keyword ni. Tak tau la boleh bertahan sampai bila..

    Untuk beberapa minggu ni, keyword anwar ibrahim, saiful bukhari popular la kot. :p

  6. petikan utusan on August 16th, 2008 7:10 pm

    Pas dakwa sumpah Mohd. Saiful tidak ikut Islam
    16/08/2008 11:51am

    Ini statement dari utusan.com.my -

    IPOH 16 Ogos - Pas mendakwa sumpah yang dilafazkan oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan tidak mematuhi hukum Islam sebenar dan merupakan satu kebodohan.

    Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, lafaz sumpah itu dengan memegang al- Quran adalah sama macam orang Kristian yang memegang bible. Oleh itu katanya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu menyahut cabaran untuk bersumpah.

    “Dia (Mohd. Saiful) patut di bawa ke Mahkamah Syariah dan kembali kepada Perkara 121 (1)(A) kerana perkara yang berkait dengan orang Islam wajib di bawah ke Mahkamah Syariah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Utusan

  7. petikan bernama/bharian on August 16th, 2008 7:16 pm

    Sumpah pegang Quran tiada dalam Islam: Nik Aziz

    BUKIT MERTAJAM: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata kaedah sumpah laknat yang dilafazkan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan memegang kitab suci al-Quran adalah satu perbuatan yang menyalahi ajaran Islam.

    Nik Aziz berkata perbuatan memegang atau menjunjung al-Quran sebenarnya adalah perbuatan meniru orang Kristian yang memegang kitab suci mereka.

    “Dalam Islam sesiapapun bebas bersumpah untuk membuktikan dirinya benar tapi bukanlah dengan memegang kitab suci al-Quran kerana ia adalah perbuatan orang Kristian yang memegang kitab mereka ketika bersumpah,” katanya kepada pemberita selepas menyertai rombongan Pakatan Rakyat yang mengiringi calon Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di sini.

    Menteri Besar Kelantan itu bagaimanapun berkata tindakan Mohd Saiful bersumpah laknat itu adalah dibenarkan dalam Islam dan kini terpulang kepada keikhlasan pengakuannya bahawa beliau diliwat Anwar.

    Mengenai saranan supaya Anwar turut bersumpah, Nik Aziz berkata dalam Islam seseorang yang membuat pendakwaan harus bersumpah bahawa dakwaannya adalah benar dan kemudiannya tertuduh perlulah membela diri.

    Semalam, Mohd Saiful membuat sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mendakwa Anwar meliwatnya dalam keadaan paksaan.

    Anwar pula menyifatkan tindakan bekas pembantu peribadinya adalah satu perbuatan politik kotor untuk menjatuhkannya pada pilihan raya kecil itu. — Bernama

  8. Sumpah_seranah on August 16th, 2008 8:36 pm

    Saya rasa elok juga kalau Saiful itu bersumpah yang dia tidak menerima apa2 kewangan atau hadiah dari golongan tertentu. Juga dia bersumpah bahawa dia tidak melakukan sumpah nya itu untuk tujuan politik, kerana timing sumpahnya betul2 sebelum hari penamaan calon. Juga elok kalau dia bersumpah bahawa dia adalah penakut lebih takut lagi dari perempuan, kerana tak berani melawan orang tua yang meliwatnya.

    Jadi kalau kita ikut cara sumpah ini, sumpahnya tak habis-habis. Banyak persoalan yang tak selesai. Malah kita meragui motif Saiful ni, kerana dia tidak berani memberi gambaran yang menyeluruh.

    Juga dalam sumpah nya itu tidak pula mengatakan yang dia diliwat secara paksa. Jadi pada pandangan saya kalau dia menuduh orang lain meliwat dirinya bukan secara paksa(diperkosa) , maka dia kena bawa 4 saksi.

  9. nitrofang on August 17th, 2008 8:50 pm

    saiful sumpah sebab sebelum ni dakwaan bahawa dirinya di liwat, orang pi kata dia BOHONG. jadi saiful berani sumpah untuk membuktikan dia tak bohong! itu sahaja jalan keluar yang dia ada. sekarang dia dah bersumpah dengan nama ALLAH, walahi wabilahi watalahi dia dah kena liwat dek anwar, hangpa nak pertikai lagi buat apa? itu tak kena, ini tak kena. sampai pegang quran pon jadik pertikaian. nak ikutkan cukup syarat dia sebut nama Allah dan walahi wabilahi watalahi pon dah CUKUP.

    aku pelik sebab anwar dok bok bek bok bek konspirasi sana konspirasi sini, tapi pernah tak dia bersumpah dengan nama Allah yang dia tak buat? takde kan? tapi takde sorang pon pertikaikan malah percaya lagi cakap anwar.

    tapi bila saiful sumpah dengan nama ALLAH di pertikai pula. hairan.

    nampaknya kalau seseorang mangsa mengadu di liwat dan bersumpah dengan nama Allah dalam masjid depan orang alim pon tak boleh nak lawan dengan dakwaan anwar tentang konspirasi. betui la anwar ni dah tahap DEWA sebab orang percaya cakap dia lagi yang ntah apa apa dari pengaduan seseorang yang bersumpah dengan nama Allah.

  10. kita on August 17th, 2008 11:08 pm

    rakyat pun dah makin pening sekarang niiii

  11. antipenipu on August 18th, 2008 1:29 am

    nitrofang,
    saya bersetuju bersetuju bersetuju sangat dengan pandangan kau
    apa lagi nak dipertikaikan? Saiful sendiri sanggup mohon dilaknat Allah kalau dia berbohong so apa hal nya yang nak komen berbagai-bagai alasan . Kalau anda percaya dia bohong , apa yang sakit hatinya sebab dia sendiri rela di laknat tuhan tak perlu kamu menyumpah-nyumpah dia.
    Kita perlu muhasabah diri dengan hati tulus ikhlas tanpa ada prejudis pada mana-mana pihak walau sebenar kuman sekalipun untuk memohon petunjuk dari Allah.

  12. Tiger Chan on August 18th, 2008 6:15 am

    Saya ada mendengar satu ceramah Anwar Ibrahim yang dia membaca ayat “wa makaruu wa makar ALLAH, wa ALLAHu khairu l-maakireen” = dan mereka mengatur tipu muslihat, dan ALLAH pula mengatur, dan ALLAH adalah yang sebaik-baik pengatur - tipu muslihat ..[Ali Imran (3) : 54]. Oleh itu secara tidak langsung Anwar bermaksud Allah akan bakal menghukum orang yang menipu. Jika Anwar yang menipu dia sendiri akan menerima akibatnya umpama dirinya sendiri dilaknat. Dalam kes Saiful bersumpah adalah TIDAK menepati kehendak Islam. Pertama, sumpah itu hendaklah dilafazkan banyak kali sehingga dia menjadi letih, akhir sekali disudahi dia Saiful itu dilaknat Allah jika dia bercakap bohong. Kedua, bersumpah itu hendaklah ke atas dirinya sendiri, bukan membabitkan keluarga dan keturunannya. Ketiga, dia tidak boleh menyebut dilaknat sampai kiamat. Keempat, sumpahnya tidak boleh memberi apa-apa kesan hukum terhadap Anwar Ibrahim yang dituduh kerana sumpah itu hanyalah tuduhan, kita tidak wajib percaya kepadanya. Kelima, sumpah yang dibuat hendaklah dibuat dalam mahkamah syariah bukan dalam masjid. Keenam, sumpahan dia boleh menyebabkan dia tidak boleh diterima saksi selama-lamanya kerana sumpahnya ialah munuduh, tak kira dia sebut dengan nama Allah atau tidak. Ertinya, dia secara terbuka mengaibkan maruah orang. Maka dengan itu dia perlu membawa 4 orang saksi yang beriman, kalau tidak dia kena sebat 80 kali. Anwar Ibrahim hanya perlu diam kerana dia berada di pihak yang dituduh. Tambahan pula Saiful bersumpah dengan nama Allah membabitkan soal ugama dan syariah dan tempatnya ialah pengadilan secara syariah. Jadi Saiful sudah mempermain-mainkan ugama, iaitu menolak hukum QAZAF, samalah dia menjadi kufur. Macam tersebut dalam Al-Qur’an: ” a fa tu’minuna bi ba’dhi _l-kitab wa ta’furuna bi _l-ba’dh ” = adalah kamu beriman kepada sebahagian kitab dan kamu kufur kepada bahagian yang lain ? [Al-Baqarah (2) : 85]. Kalau betul sekali Anwar meliwat dia, adalah lebih baik dia diam kerana perbuatannya ialah hukum QAZAF. Kalau dia engkar hukum QAZAF, ertinya dia menolak hukum Islam. Fahamlah sendiri.

  13. nitrofang on August 18th, 2008 2:08 pm

    tiger chan, kamu ni keliru lah.

    saiful bersumpah bukan nak tuduh anwar meliwat, tapi nak keluarkan diri dia dari fitnah orang ramai yang asyik dok kata dia TIPU, itu objektifnya!

    umpamanya, seorang pemuda mendakwa di rogol oleh seorang ketua kampung yang sangat di hormati di kampungnya, tetapi takde sorang pon percaya cakap dia. malah pemuda tadi di hentam dan di hina pula kerana di dakwa cuba menjatuhkan ketua kampung tersebut.

    apakah jalan keluar bagi pemuda tadi?

    saiful bersumpah kerana hendak berhentikan tuduhan terhadap dia, bukannya nak buktikan yang anwar tu peliwat, walau pon pada zahirnya kandungan sumpahnya terang terang kata anwar tu masukkan zakar dalam duburnya! bukti sama ada anwar meliwat atau pon tidak kasi tunggu kat mahkamah nanti lah.

    jadi toksah la pertikaikan sumpah si saiful tu lagi. kalau ko kata sumpah si saiful tu tak ikut anjuran islam yang betul, suruh le anwar yang hebat tu anjurkan lagi satu sumpah yang betul. tuding jari aje kata cara saiful tu silap buat ape sebab saiful dah serahkan segalanya pada Allah.

    aku sangat hairan kenapa isu isu teknikal sahaja di ungkit dalam kes sumpah ni? apakah sangat kompleks islam ni? kenapa nak susahkan lagi? orang nak masuk Islam hanya perlu sekadar sebut dua kalimah shahadah sahaja, dan takde siapa lagi boleh pertikai keislaman seseorang itu. adakah dia kena pi mahkamah syariah, kena sign itu ini, kena beerhadapan dengan sejuta saksi, kena isi borang, barulah keislaman individu tersebut di anggap sah? pada aku, sumpah si saiful tu pon dah kira terlebih, walhal dia hanya perlu menyebut, walahi wabilahi watalahi sahaja.

    jadi tak usah la kondem sumpah saiful, the ball is in anwar’s court! ada berani ka anwar?

  14. kris on August 18th, 2008 2:19 pm

    Kalu dah cara dia salah,nape Imam yg saksi x tegur,baik xpyh jadi Imam?psl Imam pun x btul..Niat dia nak wat sumpah Laknat pun dah wat,br skang nak ckap x betul..kalu dia diam plak msti org ckap dia penipu..kalu dia diam “Minyak boleh Turun ker?” hikhikhik…

  15. 2cent on August 18th, 2008 11:05 pm

    Sepatutnya sebagai permehati biasa cara lebih terbaik berserah saja pd. Allah SWT doa bukitkan kebenaran. Sama2 sedar akan besarnya pengampunan-Nya. Sekiranya tidak tahu hal sebenar eloklah saja kes ini diselesaikan oleh mereka2 terlibat. Anda tidak perlu rumitkan keadaan diri dalam situasi yg boleh mengelirukan minda anda dibimbang emosi mengawal fikiran anda yg sepatutnya jaga sebaik mungkin. Hidup bukan berdasarkan logical akal saja pelengkapnya adalah agama kalau islam, ikut syariat yg telah ditetap garis panduannya.

  16. Tiger Chan on August 18th, 2008 11:25 pm

    Isu “Anwar Liwat Saiful” ini sudah membuka lembaran baru bagi semua pihak, terutama sekali ummat Islam di Malaysia. Apakah kaitannya dengan hukum-hakam Islam. Maka ia hangat diperkatakan. Secara rengkas, sungguhpun Saiful bersumpah untuk menghapus “fitnah” terhadap dirinya, tapi dia telah membuat satu kesilapan besar. Ini kerana dalam percaturan tuduh-menuduh, Anwar Ibrahim telah mendapat the upperhand. Ketika Saiful mendakwa “Anwar Meliwat” itu dalam hukum Islam masuk dalam bab QAZAF. Sekiranya Anwar betul-betul liwat, dan dikira bersalah seperti mana yang didakwa oleh Saiful, tapi Anwar untuk mengelak dia di hukum, dia lebih cerdik kerana cepat-cepat melaporkan perkara tuduhan liwat ke Mahkamah Syariah. Kemudian pihak Mahkamah Syariah kenalah menyiasat perkara ini. Ya, Anwar bersalah kerana meliwat pada pandangan dzahir, tapi pada hukum syara’ dia dikira tidak bersalah …kerana Saiful kena bawa 4 orang saksi yang melihat dengan mata mereka sendiri perbuatan liwat itu. Dalam hal hukum QAZAF, Saiful dikira bersalah walaupun dia bersumpah diluar Mahkamah bahawa Anwar benar-benar telah meliwatnya. Ya, Anwar telah berjaya memerangkap Saiful. Nanti Mahkamah Syariah memanggil Saiful atas laporan adakah benar atau tidak dia menuduh Anwar buat kerja liwat ? Maka Saiful boleh menarik balik tuduhan dia itu (sebab dia tak dapat cari saksi-saksi menurut hukum syara’), maka kes ini boleh digugurkan. Itu, sekiranya Saiful menarik balik atau menafikan sebelum kes itu bersabit di Mahkamah Syariah, dan Anwar boleh menarik balik laporan yang dibuat terhadap Saiful. Perbuatan Saiful bersumpah dikhalayak ramai sudah menjadi bukti bahawa dia menuduh Anwar liwat dan Mahkamah Syariah sudah mendapat bukti yang kukuh bahwa laporan Anwar itu benar, “terlaknatlah” Saiful mengikut hukum Islam, yang Saiful meminta dirinya dilaknat. Sumpahnya telah memakan dirinya mengikut hukum dan kaedah Islam. Saiful dikira bersalah dari segi shara’ , dia patut disebat 80 kali ..atau di penjara 3 tahun, lebih-lebih lagi dia kira sebagai “pembohong” yang kita tidak boleh berkawan dengan atau menyokong Saiful. In the Islamic sense, Saiful will be outlawed , considered a vile man and a liar …even if he thinks or declares he is telling the truth. We have Islamic laws. Jangan sekali-kali tuduh orang berzina atau liwat. Kita ada hukum-hakam Islam yang melindungi maruah seseorang Islam. Saya percaya Anwar liwat, tapi saya TIDAK BOLEH mengisytiharkan secara terbuka kerana itu QAZAF namanya. Saya boleh dihukum mengikut undang-undang Islam, fahamlah dan berimanlah.
    Sekali lagi, mungkin Anwar di pihak yang salah, tapi kita dikira oleh syara’ sebagai pembohong kerana tidak berjaya membuktikan di Mahkamah Syariah. Dalam isu ini Anwar telah berjaya memerangkap Saiful …dan mengusik jiwa kita, apakah kita ini, beriman atau kufur ?

  17. kris on August 19th, 2008 1:19 am

    Sy faham Tiger Chan apa anda maksudkan,
    Dgn kes ini ramai Rakyat Malaysia telah mmbuat dosa2 free dgn pndpt2 yang belum tahu kesahihannya..aku mmg x suke ini berlaku dikalangan msyarakat kita..papepun aku berserah kepada Allah SWT yg lebih mengetahui..Wallahualam..

    Aku syg Agamaku Aku Syg Bangsaku Aku Syg Negaraku…

  18. anakjatipenang on August 19th, 2008 1:36 pm

    Hangpa semua nak tau ka siapa dia DSAI? Dia tu dulu sekolah rendah kat Sekolah Westland,Jalan Padang Victoria,Georgetown,Penang, lepas tu masuk secondary school kat mana hangpa tau?!!! Tu kat MCKK.Berdasarkan info yang aku dapat dari mak aku (otai lama)masa dia kat kolej tu la yang dia terlibat dengan penyakit main belakang nih tambahan pulak kolej tu pelajarnya semua lelaki bukan macam Tun Syed Syeikh Shahabudin kat BM tu.Bila dah masuk UM(tak habis belajar) lagi sakan dia dengan penyakit dia.Orang dok sibuk pi kuliah.dia dok sibuk debat sana,debat sini sampai kena tahan dengan polis.Lepas tu kawin lari dengan Dr.Wan Azizah.Hangpa tanya parent hangpa apa yang berlaku sekitar 1975?Hangpa tau tak,DSAI hampir hilang nyawa sebab bapak mertua dia nak tembak dia dengan senapang.Lepas tu bila ABIM reject dia, Dr.M ajak dia masuk UMNO.Tapi DSAI masuk UMNO dengan agenda tersembunyi dia.Sampailah dia jadi TPM maklumat yang boleh dipercayai melaporkan dia jadi barua AS.Pasaltu la kita hadapi kemelesetan ekonomi yang teruk tahun 1997.Lagi satu Melayu Sungai Pinang,Tanjung Tokong dan Jelutong cukup meluat tengok muka dia.Hangpa bayangkan depa mintak tolong kat dia,dia buat tak paham saja tapi dok hu… sana,hu….sini……sampai tanah Melayu kat BM habis tergadai untuk projek PERDA kalau hangpa pernah dengaq.La..ni aku nak tanya kat hangpa semua:KENAPA GEORGE W. BUSH,CONDOLEEZA RICE DAN PEMUKA WHITEHOUSE MELATAH BILA KERAJAAN SENTUH DSAI?INI MAKNANYA DSAI ADALAH TALIBARUT WHITEHOUSE DAN BILA DIA JADI PM,DIA NAK GADAI MALAYSIA NI KAT AS.SECARA AUTOMATIKNYA,KITA DIJAJAH SECARA FIZIKAL BUAT KALI KEDUA,HANGPA MAUKA JADI MACAMTU???!!!!

  19. Tiger Chan on August 19th, 2008 8:06 pm

    Persatuan Ulamak Malaysia Pulau Pinang (PUM PP) merujuk kepada isu sumpah (mubahalah) yang telah dilafazkan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan (pendakwa - mudda’i) berhubung pertuduhan liwat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.

    PUM PP berpandangan adalah tidak wajar mempolitikkan isu sebegini dan pihak-pihak tertentu yang menggunakan nama Islam dan Syariah untuk kepentingan tertentu harus berhenti sama sekali dari berbuat demikian.

    PUM PP menyarankan agar isu ini diselesaikan mengikut peraturan dan Syariat Islam sepertimana yang digariskan dalam undang-undang Syariah Islam jika benar pihak terbabit ikhlas mahu menyelesaikannya mengikut lunas-lunas Islam.

    PUM PP menyatakan pendirian bahawa bersumpah dengan memegang al-Quran tidak ada dalam tradisi dan Syariat Islam dan tidak wajar dicampur-adukkan dalam sumpah yang dilakukan itu.

    PUM PP juga menyatakan bahawa pendakwa (Saiful) tidak ada keperluan untuk melafazkan sumpah memandangkan beliau adalah di pihak yang membuat pertuduhan.

    Dalam Syariat Islam, kes ini diklasifikasikan sebagai kes Hudud (dalam bab zina) dan pendakwa wajar membawa bukti mengikut Syarak bahawa perlakuan liwat berlaku dan perkara ini akan dibicarakan di mahkamah selaras kaedah feqah ‘al bayyinah alal mudda’i wal yaminu ala man ankara’ ? pihak pendakwa perlu mengemukakan bukti (empat orang saksi) manakala yang menafikan dikehendaki bersumpah.

    Pada asasnya, Islam meletakkan peraturan yang jelas bagi memungkinkan keadilan dicapai melalui proses kehakiman dan pembuktian terlebih dahulu sebelum sebarang sumpah dilafazkan. Sumpah sebegini tidak wajar dilaksanakan sebelum proses kehakiman diselesaikan.

    Perkara yang berlaku ini akan memberi kesan buruk antara lain kepada perlaksanaan sistem kehakiman Syariah di Malaysia apabila pada masa akan datang pelbagai pihak boleh menggunakan ini sebagai ‘precedent’ bagi mendahulukan sumpah terutama dalam kes li’an sebelum proses kehakiman dapat dilakukan.

    Proses pembuktian dan pengadilan akan diketepikan dan pihak yang bersalah boleh memilih untuk menggunakan sumpah (yang tidak memerlukan pembuktian) bagi menyelamatkan diri dari penghukuman.

    PUM PP menyeru semua pihak agar tidak menggunakan nama Islam dan Syariah tanpa mengikuti peraturan Syariah yang sebenarnya bagi tujuan politik ‘Machiavelli’ mahupun kepentingan peribadi.

    PUM PP juga menyeru agar beberapa ulama dan agamawan untuk merujuk dan menerima pandangan ulama dan pakar lain sebelum membuat apa-apa kenyataan yang bakal memburukkan keadaan dan tidak memungkinkan proses keadilan dan penghakiman dapat dilaksanakan dengan sempurna di negara.

    Dalam hal ini dan apa juga masalah semua pihak digesa untuk merujuk kepada prinsip ta’awun seperti mana yang ditekan oleh al-Quran.

    Penulis adalah Yang Dipertua PUM PP

  20. Tiger Chan on August 19th, 2008 9:15 pm

    Syaikh Daud Abdullah al-Fatani menyebut dalam kitab Hidayatu al-Muta’allim[1]: ketika mengulas tentang perlaksanaan hukum hudud zina:

    “(Bermula ) zina yang wajib [hukuman] had itu iaitu orang yang melazimkan hukum [mukallaf] lagi mengetahui dengan haramnya [berzina] dengan memasukkan hasyafah [forehead] atau kadarnya [sekiranya zakar yang tidak mempunyai hasyafah] dengan faraj atau dubur yang haram bagi ‘ainnnya, lagi keinginannya pada tabiatnya [tidak dipaksa] dengan tiada syubhah…….”

    Syaikh Daud menyambung dengan menyebut pengecualian daripada hukum, yakni tidak sampai dihukum dengan hukum hudud tetapi ditakzirkan:

    “Tetapi tiada thabit [hukum had] dengan tiada masukkan [zakarnya] ke dalam faraj seperti bergurau-gurau jua atau dengan di wati isterinya pada masa haidhnya dan puasa atau di wati [disetubuhi] pada dubur[2] [isterinya] atau diwati sahayanya yang ada suaminya atau yang di dalam ‘iddah atau sahaya itu mahramnya atau diwati dengan tergagah [dipaksa] atau dihalalkan oleh orang alim [seperti fatwa ulama shiah tentang nikah mut’ah] atau diwati orang mati atau akan binatang, maka tiada [dilaksanakan] hukum had pada segala perkara itu” [m/s 300-301]

    2-Syaikh Daud Abdullah al-Fatani di dalam kitabnya Fathu al-Mannan[3] yang merupakan terjemahan kepada kitab Safwatu az-Zubad menyebu dengan jelas yang hukum hudud qazaf meliputi tuduhan liwat:

    Dan wajib atas melontar[4] dengan liwat dan zina* didera dulapan puluh bagi orang yang hurr [5] dan muhsana*

    dan bagi sahaya setengah ketahui engkau orang yang muhsana* iaitu orang mukallaf yang Islam lagi merdeheka tiada berzina*

    dan jika berdiri baiyyinah atas yang kena tuduh atas berzinanya* gugurlah seperti adalah benar bagi tuduh atau dimaafnya*

    (Dan wajib) atas orang yang menuduh akan seseorang semada laki-laki atau perempuan dengan liwat atau dengan zina seperti dikatakan “zanaita”, “latta” [yang bermaksud] zinah engkau, atau diliwat engkau atau “lat” bagi fulan , telah liwat dengan dikau sianu atau “ya zani” atau “ya la it”, dan yang menuduh itu orang mukallaf lagi dengan ikhtiarnya , yang bukan usulnya [yang membuat tuduhan bukan ayah atau datuk], maka tiada dihadkan [tiada dihukum dengan hukuman had] kafir atau kanak-kanak dan orang gla atau jahil ia akan haramnya sebab baharu masuk Islam atau jauh daripada ulama’ atau tergagah [dipaksa] .

    3-Syaikh Muhammad Ismail al-Fatani di dalam kitab Matla u’ al-Badraini menyebut:

    (Bermula hukum liwat) seperti hukum zina iaitu dihadkan dia yakni direjamkan dia jika ada ia muhsan, dan dipukul dan didagangkan [buang daerah] akan dia jika tiada muhsan , atas yang mazhabnya [yakni mazhab Imam as-Syafi’ie] ialah yang mu’tamad-nya dan muqabalah-nya [yang tidak mu’tamad] bahawa sanya dibunuh akan dia mutlaqan[apa cara sekalipun], dan kaifiyyat membunuh akan dia itu beberapa wajah, salah suatunya dibunuh akan dia dengan pedang, dan keduanya direjamkan dia dan ketiga dirobohkan jidar [dinding] atasnya atau dicampakan dia daripada tempat yang tinggi, {hukuman bunuh] ini pada fa’il [pelaku] yakni yang meliwatnya, adapun yang kena liwat, maka dipukulkan dan didagangkan akan dia, jika ada ia mukallaf lagi taat [dilakukan secara rela] ia akan dia semada ia muhsan atau tiada, semada laki-laki atau perempuan , jika tiada mukallaf atau yang digagahi[ dipaksa] akan dia maka tiada dihadkan atasnya, maka makna liwat itu [ialah] wati pada dubur laki-laki , jika pada dubur sahaya yang laki-laki sekalipun, atau pada dubur perempuan . Dan wajib had padanya [kesalahan ini] pada yang lain daripada [meliwat] isterinya dan sahaya yang perempuan (m/s 195)

    Syaikh Muhammad Ismail menyebut dalam bab Qazaf dalam kitab ini:

    (Dan tertegah) maqzuf yakni orang yang dituduhkan dia daripada bersumpah kerana bahawa sanya harus bagi qazif yakni yang menuduh ia suruh maqzuf bersumpah atas ketiadaan berzinanya dan jika serta kuasanya atas baiyyinah sekalipun[6], pada [pemahaman] kebanyakan ulama maka [jika] bersumpah maqzuf , dihad-kan qazif dan jika tiada bersumpah maqzuf gugurlah had qazif (m/s:196)

    4-Tuan Tabal, Syaikh Abdul Samad Soleh al-Kelantani dalam kitabnya Minhatu al-Qarib[7] menyebut:

    (dan bermula) hukum liwat (yakni) wati pada dubur orang lain daripada isterinya, ini seperti hukum zina juga atas qaul yang mu’tamad (adapun liwat) pada isteri atau sahaya perempuannya maka ditakzirkan dia jua jika berulang-ulang, jika tiada berulang-ulang maka tiada ditakzirkan padanya (m/s 215)

    5-Syaikh Ahmad Bin Muhammad Zain al-Fatani menyebut dalam kitabnya ‘Unwanu al-Falah, tentang perlaksanaan hukum hudud atasjenayah zina dan liwat, serta syaikh memilih salah suatu qaul daripada menyatakan hukuman liwat:

    Dan disyaratkan pada wajib had itu taklif maka tiada dihad-kan kanak-kanak dan orang yang gila bahkan dita’dibkan keduanya (dan hukum) liwat [sama dengan] hukum zina. Dan orang yang dikerjakan [ orang yang kena liwat] pada duburnya itu had-nya jild [sebatan] semada muhsan atau tiada (m/s 75)

    6- Syaikh Muhammad Ismail al-Fatani dalam kitabnya Kasyafu al-Litham menyebut dalam bab Qazaf:

    (Furu) Harus yang menuduh itu menuntut akan yang kena tuduh itu suruh bersumpah atas tiada ia [orang yang kena tuduh] berzina , dan jika enggan ia [orang yang kena tuduh] daripada bersumpah gugurlah hadnya [had qazaf atas yang menuduh], dan jika bersumpah ia [orang yang kena tuduh]. Dihad-kan dia [yang menuduh] [inilah] kata kebanyakan ulama’, tiada didengarkan dakwa dengan zina dan bersumpah ia atas menafikan dia melainkan pada masaalah ini jua seperti kata dalam [kitab] Syarah Raudah[8]

    Dalam persoalan yang lebih menjurus dicatitkan:

    (Furu) Ditanya akan [Imam} Ramli daripada seorang yang mendakwa ia atas seorang yang lain bahawa sanya ia [yang kena tuduh] liwat dengan dia, maka engkar ia [yang kena tuduh], maka adakah [perlu] bersumpah ia [yang kena tuduh] yakni menuntut suruh bersumpah , dan apabila kamu kata tiada disumpahkan dia [yang kena tuduh enggan bersumpah], maka apabila tiada didirikan baiyyinah [saksi dan bukti yang secukupnya] dihad-kan dia [yang menuduh] yakni akan orang yang mendakwa itu? Apabila maaf maqzuf [orang yang kena tuduh] itu daripada [dilaksanakan hukum] had [ke atas yang menuduh], maka adakah bagi qazif tuntut suruh bersumpah akan dia atau tiada?

    Dan maka jawab ia dengan bahawa sanya ia [yang menuduh] iqrar atas dirinya dan menuduh ia[ yang menuduh] akan di fa’il [yang dituduh sebagai pelaku] , maka [ dalam keadaan ini] jika menuntut ia [yang kena tuduh] akan had qazaf-nya [terhadap yang menuduh], niscaya adalah baginya[yang kena tuduh] menyumpahkan [bersumpah] dia atas nafi liwatnya [meliwat si penuduh], dan jika [sekiranya ] tiada menuntut ia [yang kena tuduh] akan [hukuman] had-nya [dilaksanakan ke atas yang menuduh] maka tiada boleh dituntut bersumpah. (m/s:369)

    Syaikh Muhammad Ismail menyebut ‘rational’ fatwa ini dalam kitabnya yang sama:

    Bermula orang yang mendakwa itu orang yang mukhalafah [menyalahi] oleh [dengan perkataan] katanya akan zahir dan mudda’a ‘alahi [orang yang kena dakwa] itu orang yang muafakat akan yang zahirnya m/s: 455

    8. Sayaikh Daud Abdullah al-Fatani dalam kitabnya Furu al-Masail mencatitkan persoalan yang sama:

    (Soal radiyyallahu ‘anhu ) daripada seorang dakwa atas seorang [yang lain] bahawa ia liwat, maka engkar ia [yang kena tuduh], adakah ia [yang kena tuduh] bersumpah atas ketiadaannya [melakukan liwat tersebut] ? Dan jika kita kata tiada [kewajiban] atasnya bersumpah , makajika tiada [pula] didirikan baiyyinah [oleh yang menuduh] adakah didirikan [dilaksankan hukuman] had atas mudda’ie ? Dan apabila memaafkan oleh yang kena tuduh daripada hadnya [hukuman ke atas yang menuduh kerana qazaf], maka adalah bagi yang menuduh suruh ia bersumpah?

    (Maka dijawabnya) bahawa sanya ia mengaku atas dirinya [diliwat] dan menuduh ia bagi yang berbuatnya dengan dia [yang menuduh], maka jika menuntut [ oleh yang kena tuduh] akan dia [yang menuduh] dengan [dikenakan] had qazaf , harus ia [yang menuduh] menuntut suruh [yang kena tuduh] bersumpah atas menafikan liwatnya, manakala dimaafkan daripadanya [tiadalah dilaksanakan hukum had ke atasnya], dan jika tiada [menuntut hukum had qazaf ke atas yang menuduh] maka tiadalah boleh ia menuntut suruh ia bersumpah[9]. (m/s:323)

    9-Syaikh Abdul Rauf Singkel dalam kitabnya Mira atu at-Tullab menyebut:

    Bermula wajib had zina itu atas orang yang menetap [mukallaf] bagi segala hukum Islam lagi tahu ia akan haramnya dengan sebab memasukkan hasyafah atau kadarnya [bagi yang tiada hasyafah] ke dalam faraj semada faraj itu qubul atau dubur dan semada ia daripada lelaki atau perempuan dan adalah faraj itu faraj yang diharamkan ia kerana ‘ainnya lagi yang keinginannya pada tabiat yang sejahtera dan adalah masuknya itu dengan tiada syubhah dan ada yang empunya faraj itu diupah lagi menghalalkan dirinya atau mahramnya sekalipun. (m/s:447)[10]

    Lihat bagaimana keatanya syarat baiyyinah bagi menthabitkan perbuatan zina yang dijatuhkan hukuman hudud, Syaikh Abdul Rauf menyebut dalam kitab yang sama:

    (Soal) jika bertanya seorang apabila naik saksi orang yang diqabulkan [diterima] saksinya [kesaksiannya] padahal kurang daripada empat orang akan zina seorang, adakah thabit zina dengan dia [orang yang dituduh] atau tiada, maka apabila tiada thabit dengan dia [kesaksian yang tisak cukup empat orang] [kesalahan] zina adakah wajib atas sekelian saksi had atau tiada

    (Jawab) tiada thabit zina dengan dia dan wajib atas sekelian saksi itu [hukuman] had supaya jangan jatuh pekerjaan [practice] itu membinasakan hormah [kehormatan/maruah] manusia dengan rupa saksi. Dan demikian lagi jikalau naik saksi akan zina itu sekelian perempuan atau segala sahaya atau ahli az-zimmi , niscaya wajib [hukuman] had atas mereka itu kerana bukan mereka itu ahlu as-syahadah (yakni) yang bukan patut akan [menjadi] saksi (m/s 450)

    10-Syaikh Muhammad Nur Bin Ismail al-Fatani dalam kitabnya Kifayatu al-Mubtadi menyebut:

    (Dan) hukum (liwat) iaitu memasukkan hasyafahnya atau kadarnya (pada) dubur (lelaki) dan jika sahayanya atau pada dubur perempuan yang bukan isterinya atau gundiknya [sahaya perempuannya sama dengan] (hukum zina) maka direjamkan fa’il yang muhsan dan dipukulkan yang tiada muhsan dan didagangkan dia [dibuang daerah] sepeerti yang telah lalu sebutnya. Adapun yang kena perbuat maka dipukulkan dan didagangkan dia semada muhsan atau tiada, maka iaitu atas mazhab, maka ialah yang mu’tamadnya pada [hukuman] liwat dan muqabalahnya [pendapat yang tidak mu’tamad dalam mazhab] dibunuhkan fa’il-nya dan kaifiat membunuhkan dia itu bersalah-salahan padanya, kata setengahnya dengan pedang dan kata setengahnya direjamkan dia dan kata setengah dirobohkan jidar atasnya dan kata setengah dicampakkan akan dia daripada puncak gunung yang tinggi[11] m/s 310-311

    !1- Dalam Kitab ‘Umdatu as-Salik , sebuah kitab feqah mazhab Imam as-Syafi’ie berbahasa arab, karangan Syaikh Ahmad Ibn Naqib . Terdapat edisi kitab ini yang dibuat ta’liqat oleh Syaikhuna Nuruddin al-Banjari. Kitab ini juga telah diterjemaholeh Syaikh Nuh Hamim Keller ke dalam bahasa inggeris dengan baik sekali. Terjemahan yang saya fahami adalah lebih kurang:

    Apabila membuat tuduhan (qazaf) oleh seorang yang baligh, beraqal dan dengan pilihannya [tidak dipaksa] sedangkan dia seorang muslim, atau seorang zimmi atau seorang yang murtad atau seorang kafir yang diberi jaminan keamanan terhadap seorang yang muhsan, bukan anak kepadanya dengan tuduhan zina atau liwat dengan jelas [sarahah] atau dengan simbolik [kinayah] beserta dengan niat maka dikenakan hukum had

    Khulasah

    Jelaslah dalam matan-matan kitab yang telah dirujuk menunjukkan hukuman hudud bagi jenayah liwat adalah di bawah bab jenayah zina dan hukumannya sama bahkan lebih berat. Sementara tuduhan zina ke atas seorang yang muhsan membawa kepada jenayah qazaf, sudah tentu tuduhan liwat, yang disebut oleh Imam al-Mawardi yang liwat itu adalah perlakuan yang lebih dahsyat daripada zina itu juga diambil kira sebagai qazaf.

    Sementara jika ada seorang yang mengaku dirinya diliwat tanpa mendatangkan baiyyinah atau qarinah yang diiktiraf syara’ ,sedangkan orang yang kena tuduh itu pula menafikan tuduhan tersebut dan dia meminta kepada qadi agar orang yang menuduh itu didakwa sebagai orang yang melakukan qazaf. Dan orang yang menuduh itu kerana menguatkan hujjahnya, dia meminta qadi memerentah orang yang kena tuduh itu bersumpah menafikan yang dia telah meliwat orang yang menuduh. Maka apabila orang yang kena tuduh itu bersumpah maka orang yang menuduh itulah yang dijatuhkan hukuman had qazaf.

    Sekiranya orang yang menuduh itu mempunyai baiyyinah atau qarinah, sepatutnya dia menthabitkan jenayah orang yang kena tuduh itu dengan menggunakan baiyyinah dan qarinah tersebut, jangan diminta qadi memerentah orang yang kena tuduh bersumpah, kerana sekiranya orang yang dituduh itu bersumpah menafikan yang dia meliwat orang yang menuduh, maka hukuman had qazaf jatuh ke atas orang yang menuduh. Itulah kefahaman kebanyakan ulama dalam mazhab Imam as-Syafi’ie. Ini kerana apabila dia meminta qadi memerentah orang yang kena tuduh bersumpah, implikasi undang-undangnya ke atas orang yang membuat tuduhan ialah dia mesti menerima butiran sumpah yang dibuat oleh orang yang kena tuduh

    Bagaimana pula sekiranya orang yang membuat tuduhan itu tidak mempunyai baiyyinah atau qarinah yang diiktiraf oleh syara’ dan mendesak agar orang yang kena tuduh bersumpah? Tidakkah dia takut kepada hukuman lapan puluhan sebatan thabit ke atas zimmahnya, serta dia akan dikira sebagai seorang yang pembohong di sisi hukum syara’. Mengikut Imam as-syafi‘ie dan sebahagian ulama yang lain, sekiranya orang yang melakukan qazaf ini bertaubat sekalipun, maka taubatnya itu di antara dia dan Allah, dari segi perlaksanaan hukum syara’ dia dikira sebagai ‘fasiq’ sampai bila-bila.

    Begitulah perincinya hukum Islam, alhamdulillah keperincian perbincangan hukum itu juga dikupas oleh ulama-ulama jawi dalam kitab-kitab mereka. Kita diwariskan dengan khazanah ilmu yang sangat bernilai dan mendalam sifatnya, rugilah bangsa yang tidak tahu menilai warisan sendiri serta dalam kejahilan mereka itu pun , mereka sanggup memandang orang tua mereka sebagai orang yang tidak memahami Islam yang luhur dan lengkap-melengkapi sebagaimana yang mereka faham sekarang. Aduhai bangsaku, adakah ini nasib kita selepas 51 tahun merdeheka…..

    Alhamdulillah selesai membuat catitan selepas zuhur satu Syawal 1429H. Ia diselesaikan dengan segala keterbatasan ilmu dan faham dan rujukan tetapi memandang dengan sangka yang baik terhadap ‘inayah dan taufiq dari Allah , semoga catitan ini memberi manafaat kepada pencatit yang serba kekurangan dan saudara-saudaranya yang mahu memahami dan menghayati kebenaran.

    ——————————————————————————–

    [1] Naskhah yang dirujuk dicetak Matba‘ah al-Miriyyah pada tahun 1312 H. Alhamdulillah ianya adalah naskhah yang lengkap.

    [2] Anal-sex yang tidak dijatuhkan hukuman hudud itu ialah dengan isteri atau sahaya, bagaimanapun ditakzirkan

    [3] Naskhah yang dirujuk dicetak di Matba‘ah al-Miriyyah pada tahun 1330H. Matan Zubad diterjemah dalam bentuk puisi serta diikuti oleh syarah di dalam bentuk prosa. Sedang kitab asalnya yang berbahasa ‘arab ditulis oleh Syaikh Ahmad ibn Raslan dl-Dimasyqi.

    [4] Melontar maksudnya menuduh

    [5] Hurr orang yang merdeka-bukan sahaya

    [6] Apabila si penuduh meminta agar orang yang kena tuduh bersumpah, bererti dia mengiktiraf apa yang disumpah oleh orang yang kena tuduh.

    [7] Naskhah yang dirujuk di cetak oleh Di. Ya Ikhwan

    [8] Cetakan tahun 1345H

    [9] Naskhah yang dirujuk cetakan Matba’tu al-Misriyyah pada 1307H

    [10]Siap ditulis pada tahun 1184H. Naskhah yang dirujuk dicetak di Matba’atu Ummu al-Qurra pada tahun 1309H.

    [11] Naskhah yang dirujuk cetakan Dar al-Maarif, Pulau Pinang (t.t)

  21. Hassan on August 19th, 2008 9:46 pm

    Saiful bersumpah pada masa yang ada unsur politik. (pilihanraya Permtg Pauh)
    Saiful bersumpah dengan syarat iaitu setelah selesai lapuran polis.
    Saiful bersumpah setelah kes nya terlalu lemah disisi undang-undang
    Saiful bersumpah setelah dia gagal dalam kes Qazaf yang dikemukakan DSAI
    Saiful dibawah jagaan polis.KPN terlibat dengan pemalsuan maklumat kes DSAI
    Saiful bertemu Najib (TPM) kononnya pasal ‘biasiswa’

    Kesimpulannya Saiful bersumpah bukan kerana benar, jika dia benar dia sudah bersumpah awal-awal lagi tak perlu keadaan-keadaan tersebut di atas?.
    Negara Islam Hadhari sepatutnya tak main sumpah-sumpah ni, mahkamah kan lebih bertamaddun.

  22. Pemerhati on August 19th, 2008 11:41 pm

    Satu rahsia tarik traffic yang boleh diguna pakai.
    Koi pun ada buat analisis cam tu, tapi orang kata tak relevant plak dengan tema blog… tapi tak salah gak nak sembang-sembang isu semasa kan..kan..

    Tapi semakan hari nii hanya 13 hits sahaja untuk cari nama Saiful Bukhari, tapi kalau di adun lagi artikel kita dengan nama-nama yang berkaitan… macam kalau nama Anwar Ibrahim ada laa hits dalam 97.

    Jadi kalau di gabungkan macam-macam keyword dalam satu artikel … may be traffic boleh melambak ke blog … amacam … ini comment boleh pakai kaa…

    Nak sentuh sikit Bab liwat-meliwat nii, tapi bukan pasai depa 2 orang tu punya kes.

    Cuma nak ajak sama-sama merenung tentang peristiwa akhir zaman.

    Sabda Nabi :

    “Sebaik-baik kurun adalah di kurun ku , kemudian selepas kurun ku, kemudian selepas kurun itu pula…”

    Lebih kurang maksudnya : Yang dikatakan kurun yang baik itu hanya sekitar 300 tahun sahaja. Kemudian kurun seterusnya tuu dah jadi kurun yang penuh dengan kejahatan.

    Cuma ada sabda Nabi lagi sebagai berita gembira pada umat Islam bahawa di akhir zaman nanti Islam akan kembali gemilang iaitu di zaman Imam Mahdi ( nak pecaya pecaya lah.. tapi kalau kita belajar kat sekolah rendah dulu ( 1974 - 1980 ) adalah di sebut dalam buku agama Islam tentang peristiwa akhir zaman , sebelum kiamat akan datang Dajjal , Imam Mahdi, Nabi Isa, Ya’jud Ma’jud …. akhir sekali Qiamat.

    Yang disebut kemuncak kegemilangan Islam tu suasananya digambarkan oleh Rasulullah …sama macam zaman Rasulullah… sudut akhlak , insaniah manusianya, aman makmurnya, kasih-sayangnya ,rahmat dan berkat akan mencurah-curah.

    Pemimpin yang adil, rakyat yang berkasih-sayang.

    …. cuma… sebelum datangnya Imam Mahdi tuu… macam-macam peristiwa lah yang berlaku…caca merba, kecamuk sudut ideologi, pemikiran, sistem hidup… berkecamuk … macam sekarang lah… rakyat yang jahat akan memilih pemimpin yang jahat. Rakyat yang baik ( berakhlak mulia, pemaaf,berkasih-sayang,jujur,amanah,bertolong-bantu dll ) akan memilih pemimpin yang baik.

    —O.K… ini renungan sahaja, kemelut yang berlaku di dunia hari ini … elok lak kita rujuk pada Al-Qur’an dan Hadis semoga kita tahu kita berada di mana… di zaman apa…

  23. cinta berdarah on August 20th, 2008 11:06 am

    http://wrlr.blogspot.com/

    Mendengar namanya sudah asing. Bila mendapat tahu bahawa dia adalah Imam Masjid Wilayah Persekutuan yang menjadi saksi dalam majlis sumpah Saiful, kepala jadi pening. Risikan matcomot dan topeng perak mendapati tiada imam diMasjid Wilayah Persekutuan bernama Ramlang Porigi. Siapa dia?

    Carian dalam Daftar Pemilih SPR mendapati Ramlang Porigi merupakan pengundi Permatang Pauh! Tapi apa yang jelas, kod negeri yang terdapat dalam kad pengenalannya menunjukkan beliau berasal dari Sabah!. (790726-12-5443.)

    Lihat screenshot daripada SPR ini http://perakexpress.com/?p=722

  24. pakdi on August 20th, 2008 6:12 pm

    berjayalah lu punya testing noorizam. wa caya lah.

    nak komen. tapi malas. tuan-tuan bermubahalah lah di http://pemikir.blogspot.com

    psst.. curik trafik sikit noo ;)

  25. Noorizam Shah on August 20th, 2008 8:05 pm

    pakdi… saya baru baca blog din beramboi.. minat ada kisah menarik dan penuh pengajaran pasal kes sumpah menyumpah ni…. :)

    try la jenguk http://blog.dinberamboi.com

  26. Tiger Chan on August 20th, 2008 8:53 pm

    Kali ini ialah reaksi saya terhadap kenyataan akhbar yang berbunyi: “Sumpah Saiful sah, pegang al Quran tak tiru Kristian- Mufti Wilayah Persekutuan”. Bagi saya samada Saiful bersumpah mengikut cara Islam atau tidak , itu bukan persoalannya. Apa yang saya tekankan di sini memang SAH si Saiful yang bodoh itu, pengakuannya dikira sebagai QAZAF. Ertinya…Saiful menuduh melalui sumpahnya bahawa Anwar Ibrahim berzina/meliwat.

    Yang saya hairan, si mufti yang bernama Datuk Wan Zahidi Wan Teh tidak menyatakan apakah implikasi sumpah Saiful itu. Datuk Wan Zahidi Wan Teh kebetulan adalah seorang yang hardcore UMNO disebalik pangkatnya sebagai seorang mufti. Ya…memang sah Saiful bersumpah dengan Al-Qur’an , di atas masjid , didepan banyak saksi, tetapi sumpahnya bagaimanapun adalah tetap QAZAF. Siapa kata bukan QAZAF ? Banyak orang Melayu suka mempermain-mainkan Islam. Adakah dengan bersumpah dengan Al-Qur’an sudah selesai semua masalah ? Jadi kita semua sebagai orang Islam mesti yakin dan percaya bahawa Anwar Ibrahim meliwat orang ? Sekiranya saya sendiri berceramah di khalawak ramai dengan menyatakan bahawa Anwar Ibrahim meliwat orang, bukankah saya dikira sebagai membuat QAZAF kerana terpengaruh dengan sumpah Saiful ?

    Apa gunanya ada Mahkamah Syariah ? Apa gunanya ada undang-undang Islam jika ia tidak relevan di Malaysia ? Apabila Anwar Ibrahim melapor kepada Mahkamah Syariah, dia berhak berbuat begitu atas membela dirinya. Cerita fasal bermubalah atau bersumpah di luar mahkamah adalah tidak perlu. Jalankanlah proses perbicaraan secara adil di Mahkamah Syariah. Hukum QAZAF adalah tetap QAZAF.

    Apa yang dipermainkan oleh media-massa dan ulama-ulama pro-UMNO ialah hukum QAZAF tidak relevan dan tidak boleh dipakai ataupun kes tuduhan liwat Anwar Ibrahim itu bukan dalam bab Qazaf ? Ataupun adakah dengan sumpah Saiful itu dengan sendirinya membatalkan tuduhan QAZAF ? Saya melihat pemimpin-pemimpin UMNO beriya-iya mencabar Anwar Ibrahim bersumpah dengan Al-Qur’an bahawa dia tidak melakukan liwat. Tidakkah orang-orang UMNO faham bahawa Anwar Ibrahim sudah melaporkan kepada Mahkamah Syariah bahawa dia liwat orang ? Buat apa cabar dia bersumpah pula…bukankah Mahkamah Syariah ialah untuk menjalankan undang-undang Islam ? Adakah undang-undang Islam tidak adil ?

    =======

    Sumpah Saiful sah, pegang al Quran tak tiru Kristian- Mufti Wilayah Persekutuan

    19-08-2008 10:09:35 PM
    KUALA LUMPUR: Perbuatan Mohd Saiful Bukhari Azlan memegang kitab suci al-Quran di tangan kanannya ketika melafazkan sumpah laknat di Masjid Persekutuan pada 15 Ogos lepas tidak bercanggah dengan syariat Islam dan tidak boleh dianggap meniru cara agama Kristian, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh hari ini.

    Beliau berkata kewujudan persamaan zahir dengan apa yang dilakukan oleh penganut Kristian tidak boleh dianggap meniru agama itu.

    “Misalnya paderi Kristian menyebut kalimah “Amin” (Amen) ketika melakukan upacara sembahyang di gereja, maka umat Islam tidak boleh dianggap meniru Kristian ketika menyebut kalimah “Amin” dalam sembahyang dan ketika berdoa,” katanya.

    Beliau berkata sumpah Mohd Saiful juga adalah sah sebagai sumpah di luar perbicaraan atau “alyamin qhairul qadhaiyah” dan bukan sumpah “mubahalah” seperti yang disiarkan oleh media.

    “Ini kerana “mubahalah” memerlukan persetujuan pihak kedua seperti yang dinyatakan dalam ayat 61 Surah Ali Imran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Mengenai hukum memegang al-Quran ketika bersumpah, Wan Zahidi memetik sumber dari kitab “Fatwa Syarriah” oleh AlSheikh Hasanin Muhammad Makhluf, mantan Mufti Mesir dan Sheikh Muhammad Abu Zuhrah dalam bukunya “Fatawa alSheikh Muhammad Abu Zuhrah.

    Beliau berkata AlSheikh Hassanin dalam kitabnya telah memetik pendapat AlImam AlAin iaitu “Jika seseorang bersumpah dengan mushaf, atau meletakkan tangan ke atasnya, atau berkata: Demi Quran ini maka ia adalah sumpah yang sah.”

    Wan Zahidi berkata ini berupakan pendapat Imam Shafie, Imam Hanafi dan Imam Hambali.

    Katanya Sheikh Muhammad Abu Zuhrah dalam kitabnya telah menyatakan bahawa “Bersumpah dengan nama Allah dengan meletakkan tangan ke atas mushaf adalah sumpah yang sah.”

    “Daripada huraian itu dapat disimpulkan bahawa sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful adalah harus dilakukan dan tidak bercanggah syariat Islam,” kata beliau.

    Pada 15 Ogos lepas, Mohd Saiful melakukan sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mengatakan bahawa dirinya telah diliwat secara paksa oleh bekas majikannya yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun lepas.

    Baca artikel asal di mstar.online

  27. nuaeman on August 23rd, 2008 1:11 am

    Entah apa nak jadi dah dengan Malaysia nih.. Rakyat yang pening.. kena suap hari-hari dengan cerita-cerita propaganda.. adei

  28. NLA on August 28th, 2008 1:00 pm

    well..skrg ni org melayu pun dah mcm x betul je kan..im not backing up anyone..but..obviously yg saiful dah bersumph siap sanggup menerima azab,laknat,kutukan dari Allah S.W.T.. kite org islam tahu betape peritnye azab Allah tu..takkan la die berani bersumpah nk ckp bnde2 mcm tu kn klu die berdusta?klu mmg die berdusta,sia2 lah hidup amalan die selame ni..dan kalau Anwar Ibrahim tidak melakukannya..kenape die tidak bersumph jugak? tidakkah itu menjadi pertanyaan? bukalah mata wahai org melayu sekalian..tgk ape jadi dgn negare kite sekrg ni…???saye tidak meyalahkn sesape ats mnyokong mane2 pihak..sebaiknya kite duduk diam dan berdoa lah kepada Allah S.W.T. yg Maha Mengetahui agar kebenaran dan keadilan mndpt kemenangan..hentikan lah tokok tambah cerite atau fitnah..secare tidak langsung kite menmbhkan dosa kepade diri sendri walaupun kite tidak terlibat secara langsung..semoga keadilan diberikan kepada pihak yg benar..InsyaAllah,org yg teraniaya akan sentiasa dibela oleh Allah walaupun tidak dibela oleh orang lain..dan doa org yg teraniaya akan dimakbulkan..insyaAllah

    back to sumpah saiful, sah atau tidak sah itu kite tak tahu..sogokan duit?pun x leh nk ckp..ape yg penting,die dah bersumpah…dan Anwar Ibrahim jikalau betul die tidak melakukannya,pasti die akn bersumpah juga bahawa die tdak melakukannya. Dunie penuh dgn kebohongan sekarang ni..siapa yg boleh kite percaya zaman skarang ni??siapa??? hanya Allah S.W.T…..

    p/s: sekadar mmberikan pendapat..tidak menentang atau menyokong mana2

  29. as on August 28th, 2008 10:59 pm

    assalammualaikum rakyat malaysia……… secara telusnya rakyat perlu membuka mata sendiri melihat situasi yang berlaku…… sepatutnya kita terutamanya rakyat perlu menitik beratkan keadaan situasi yang berlaku ini dengan membandingkan diantara saiful serta Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya tidak menyokong mana-mana pihak kerana saya sedar dengan keadaan situasi semasa. Sekarang keadaan dunia di negara kita menjadi kelam-kabut di atas kesan apa yang berlaku oleh pemerintah sekarang tanpa segan silu melemparkan sesuatu kesalahan kepada seseorang dengan menuduh kes liwat. Padahal jika betul-betul kes liwat ini berlaku kenapa surat akuan pemeriksaan doktor tidak dapat mengesahkan lagi bahawa saiful diliwat. Pada mulanya lagi kita perlu berfikr ketika saiful memberitahu pada pihak media bahawa beliau diliwat secara terpaksa kemudiannya beberapa hari kemudian beliau memberitahu sendiri kepada pihak media bahawa beliau saling suka sama suka dan selepas beliau bersumpah maka beliau memberi kenyataan bahawa beliau melakukannya secara terpaksa.Ini boleh membuktikan bahawa saiful boleh berbohong semata-mata hanya mementingka kesenangan didunia. Rakyat sendiri boleh menilai dengan membandingkan kuasa pemerintahan yang terdapat di negara kita dengan kesan yang berlaku antara mana-mana politik yang lain. Jangan hanya mendengar kata-kata dari pihak-pihak tertentu yang cuba menuduh bukan-bukan bagi mengelakkan kesalahan sendiri supaya rakyat lebih prihatin dengan lemparan yang telah dikenaka tanpa sebarang merujuk kepada bukti yang sahih. Saya hanya ingin menegaskan supaya pandai-pandailah rakyat semua jangan hanya ingin membodek atau melindungi orang yang betul-betul jahil didunia dengan mempunyai kuasa yang begitu besar sehingga membuatkan orang yang tidak berkuasa dihimpit dengan ancaman. Jadilah rakyat yang berfikiran positif dengan memegang pada komitmen bahawa melindungi yang benar dan jangan disebaliknya….. sekian………

  30. Elvera2 on October 3rd, 2008 9:58 am

    EHMM…SATU PERTANYAAN JE..
    KNAPALAH SAIFUL TAK MELAWAN SAJA. DIAKAN BUKAN BUDAK KECIL OR BERBADAN KECIL TAK MAMPU MELAWAN..TAK MASUK AKAL IF ANWAR MELIWATNYA, SEDANGKAN ANWAR DAH TUA..KECUALILAH SAIFUL……??
    FIKIR-FIKIRKAN DAN REUNG-RENUNGKANLAH..

Got something to say?