Ada Can Ke Minyak Turun Sebelum Pilihanraya Kecil Permatang Pauh?

August 15, 2008

Semalam Perdana Menteri Malaysia telah keluarkan kenyataan seperti berikut:

“Harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini jatuh, oleh itu, harapan untuk menurunkan harga petrol cukup cerah. Bagaimanapun, berapa banyak yang akan dikurangkan adalah mengikut pengurangan dalam harga pasaran. Saya tidak dapat katakan berapa banyak yang akan dikurangkan.

“Lebih banyak harga minyak mentah di pasaran dunia turun, lebih baik,” katanya

Ini berlaku kerana harga minyak mentah di pasaran dunia telah turun (sepertimana jangkaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam debat lalu) dan ianya dijangka turun lagi.

Apakah pengumuman ini akan dibuat sehari sebelum hari mengundi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh?

Tunggu lagi…

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Comments

7 Responses to “Ada Can Ke Minyak Turun Sebelum Pilihanraya Kecil Permatang Pauh?”

  1. ijamidayu on August 15th, 2008 12:43 pm

    Dengan dengan penuh kesabaran.. Persoalan yang paling penting!!!

    Adakah harga bahan-2 mentah serta keperluan lain juga akan turut sama turun??!!

    Maka agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab harus mengambil tindakan tegas juga!!

    Jangan setakat keluar statement kat tv jer..

  2. Abdul Rashid Basar on August 15th, 2008 1:22 pm

    Mungkin ya mungkin tidak…..ARB Dagang

  3. Noorizam Shah on August 15th, 2008 2:56 pm

    kita doakan, semoga kenyataan Paklah menjadi realiti. Memang majoriti rakyat berpendapatan rendah rasa tertekan dengan harga minyak sekarang.

  4. megat on August 15th, 2008 10:04 pm

    kalau dilihat dari perkembangan harga minyak dunia memang ia menunjukkan penurunan. tapi adakah ianya akan berterusan!?

    kita tunggu dan lihat!

  5. bantingboy on August 16th, 2008 5:39 pm

    boleh turun kot. mungkin dari 1-10 sen je. HUhu..

  6. Noorizam Shah on August 16th, 2008 6:39 pm

    Saya rasa cadangan nak turun harga minyak tu ada.. sebab mungkin je nak elak Anwar menang pilihanraya.. tapi tak tau la Paklah umum ke tidak. :)

  7. Noorizam Shah on August 22nd, 2008 11:10 pm

    Benar telahan hamba. Harga minyak turun akhirnya!

    Berikut adalah petikan dari BERNAMA

    Harga minyak turun 15 sen mulai esok
    22-08-2008 09:34:42 PM

    (Mutakhir) PUTRAJAYA: Harga diesel dan petrol akan turun antara lapan sen dan 22 sen seliter mulai esok, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

    Beliau berkata Kabinet memutuskan harga runcit petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55 seliter manakala harga runcit petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter.

    Harga runcit diesel akan dikurangkan sebanyak lapan sen seliter daripada RM2.58 seliter kepada RM2.50 seliter, katanya dalam kenyataan akhbar di sini.

    Harga baru bahan api itu ditentukan dengan mengambilkira harga sebenar petrol daripada 1 Ogos hingga 21 Ogos serta penetapan subsidi 30 sen seliter manakala subsidi yang ditanggung oleh kerajaan untuk diesel berdasarkan harga baru itu ialah sebanyak 50 sen setiap liter.

    “Jemaah Menteri hari ini telah mengambil keputusan untuk mempercepatkan tarikh penguatkuasaan pelarasan harga petrol baru,” katanya.

    Abdullah berkata keputusan itu diambil setelah mengambil kira penurunan harga minyak dunia sejak beberapa minggu kebelakangan ini serta peningkatan kadar inflasi ke tahap lebih tinggi pada bulan lepas.

    Harga minyak mentah di pasaran dunia kini adalah sekitar US$121 setong berbanding sebelum ini harganya melonjak sekitar US$140 setong.

    Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi bulan lepas berbanding Julai 2007, yang diumumkan hari ini, meningkat pada kadar 8.5 peratus.

    “Adalah menjadi harapan kerajaan agar pengurangan harga petrol dan diesel ini akan dapat membantu meringankan beban pengguna serta mengurangkan tekanan inflasi, terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Keputusan kerajaan ini juga dibuat berdasarkan perkembangan ekonomi semasa,” katanya.

    Pada 1 Ogos, kerajaan mengumumkan bahawa harga runcit petrol sehingga akhir tahun ini akan diselaraskan pada 1 haribulan setiap bulan, dengan penetapan subsidi 30 sen seliter.

    Namun, Perdana Menteri berkata formula pelarasan harga pam ini hanya akan dilaksanakan sekiranya harga runcit bagi petrol kurang daripada RM2.70 seliter.

    Sekiranya harga pasaran bagi petrol melebihi RM2.70 seliter, maka harga akan tetap berada pada RM2.70 seliter, katanya.

    Pada 5 Jun lepas, kerajaan menaikkan harga petrol sebanyak 78 sen seliter atau 41 peratus daripada RM1.92 kepada RM2.70 seliter manakala diesel sebanyak RM1 atau 63 peratus daripada RM1.58 kepada RM2.58 seliter.

    Ketika itu, harga minyak mentah dunia adalah US$125 setong. Selepas itu harga minyak mentah dunia terus melonjak dan ada ketikanya mencecah sehingga US$140 setong.

    Bagaimanapun, harga minyak mentah dunia menunjukkan trend penurunan sejak awal bulan ini.

    Kenyataan itu tidak menyebut purata harga minyak mentah dunia antara 1 Ogos hingga 21 Ogos.

    Mengikut rekod, harga minyak mentah dunia adalah sekitar US$115 setong minggu lepas dan semalam harganya US$121 setong.

    Dengan pengumuman baru itu, peratusan harga petrol RON97 turun sebanyak 5.5 peratus, petrol RON92 sebanyak 8.4 peratus dan diesel sebanyak 3.1 peratus.

Got something to say?