Masa Terbaik Withdraw Earning Nuffnang

August 9, 2008

Ada tak sesiapa yang download laporan Nuffnang, sudah withdraw earning? Jika anda, sila kongsikan pengalaman anda di ruangan komen ok.

Isnin lalu, saya dah dapat notis dari HSBC Bank bahawa cek saya akan dihantar dalam masa beberapa hari ini dan dijangka hari ini atau Isnin, cek akan sampai di depan pintu rumah.

Terima kasih Nuffnang sebab semua cek yang dihantar tidak pernah gagal sampai ke rumah saya.

Banyak emel yang saya terima mengucapkan terima kasih kepada saya diatas terbitnya laporan percuma “Panduan Langkah Demi Langkah Menjana Pendapatan Dengan Nuffnang” telah banyak membantu mereka meningkatkan pendapatan.

Kali ini saya ingin berikan sedikit tip kepada anda yang masih baru. Jika anda ingin membuat pengeluaran pendapatan anda, pastikan anda tahu masa yang sesuai dan terbaik untuk request withdrawal.

Tarikh yang sesuai ialah 3 hari sebelum hujung bulan. Bila?

Antara 27-29 haribulan.

Bagi anda yang buat request pada tarikh lebih awal dari itu, ianya tetap akan diproses pada hujung bulan. Sebab itu, ada juga yang komplen kenapa cek lambat sampai.

Proses ini ambil masa 30 hari untuk clear (berdasar pengalaman saya sendiri). Jika anda rasa terlewat atau masih lagi tak terima, jangan gundah, sila hubungi pihak Nuffnang dan tanyakan kedudukan status cek anda.

So far, Nuffnang jawab setiap pertanyaan saya tetapi tak tahulah orang lain. :D

Perkembangan lain pula,

video usahawan

Semalam saya dah terima DVD Usahawan dari team Jomseminar. Hasil kerja diorg ni nampak betul-betul profesional (Di belakang cover DVD ini ada gambar saya!). Mereka berusaha keras untuk menghasilkan yang terbaik. Rugilah siapa yang tak pergi seminar Jom Seminar hari tu.

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Comments

22 Responses to “Masa Terbaik Withdraw Earning Nuffnang”

  1. Afzai Afandi on August 9th, 2008 1:18 pm

    Thanks for the info noorizam…. bulan ni aku akn request ikut apa kata ngko :)

  2. Mohd Hafifi on August 9th, 2008 1:37 pm

    belum berhasil jana pendapatan dari nuffnang..munkin tidak lama lagi..:-)..terima kasih untuk lapora tersebut..sy masih dlm peringkat belajar..

  3. zool on August 9th, 2008 8:19 pm

    Belum capai angka 50 lagi, Noorizam tanya sikit.. APsal buffer earning tak campur ngan earning semasa ek??

  4. zool on August 9th, 2008 8:31 pm

    Ok.. Buffered earning yang dulu dah masuk dah…
    Lagi 9.00 capai 50.00 tapi sebab sikit sangat.. Nak withdraw lepas Ramadhan lah. Boleh dapat cek Raya.. :)

  5. Noorizam Shah on August 10th, 2008 7:46 pm

    Zool: saya pun tak tau apa tujuan utama Nuffnang separatekan earning tu, mungkin untuk memudahkan advertiser untuk masuk mengiklan.

  6. abdfatah on August 10th, 2008 8:46 pm

    aiyooooooooo…. saya request 3 ogos… hahaha.. lambat lagi aaaaa…. awal bulan punya withdraw lain kali laaa pulak… request hujung bulan…

  7. Noorizam Shah on August 10th, 2008 8:51 pm

    Awalnya AbdFatah.. :D

  8. mrkay on August 11th, 2008 2:24 am

    aku jauh lagi nak withdraw.. tp sejak masukkan balik nuffnang ni dan sejak dpt laporan percuma tu, laju sket la earning.. alhamdulillah.. baru skali dpt campaign.. yg lain semua global.. hope bleh dpt cek raya sbb taun ni 1st time aku akan kene bg duit raya.. haha..

  9. Noorizam Shah on August 11th, 2008 11:08 am

    Berikan fokus, tarik traffik.. semoga anda berjaya dapatkan cek! :)

  10. Robb on August 11th, 2008 11:43 am

    Buffered Earnings - Pending Earnings.

    Apabila Nuffnang memperkenalkan kempen metered CPM, istilah buffered earnings juga diperkenalkan. Dalam kempen metered CPM, pengiklan membeli satu bilangan tetap pengunjung blog anda dalam suatu tempoh (2 hingga 4 minggu). Ini bermakna, iklan tersebut akan dipaparkan kepada pengunjung unik blog anda sejumlah bilangan yang pengiklan beli.

    Untuk memastikan semua blog yang terpilih dalam kempen metered CPM ini berjaya memaparkan iklan tersebut kepada bilangan pengunjung yang ditetapkan, pendapatan bagi kempen ini akan diletakkan dalam seksyen Buffered Earnings bagi mengelakkan blogger daripada mengeluarkan papan iklan Nuffnang sebelum habis memaparkan kepada bilangan pengunjung unik yang dibeli pengiklan.

    Apabila blog anda mencapai bilangan pengunjung unik yang telah dipaparkan iklan daripada pengiklan, maka pendapatan anda dari Buffered Earnings akan dipindah kepada satu seksyen yang bernama - Metered CPM campaigns. Pendapatan dalam sekysen ini ditambah kepada pendapatan semasa anda.

  11. Robb on August 11th, 2008 11:44 am

    lama x gune bahasa. sori ye kalau tatabahasa tu karat sket

  12. Noorizam Shah on August 11th, 2008 12:33 pm

    Robb: terima kasih dengan penerangan tu. :)

  13. rinie on August 11th, 2008 8:45 pm

    Tak cukup Rm 50 lagi. Tapi laporan nuffnang tu memang sangat2 membantu bagi org baru macam saya (in fact memang x tahu apa2 pasal buat duit dari blog). Memang sgt2 appreciate di atas laporan percuma tersebut. Tgh blaja tarik trafik…..

  14. Abdul Rashid Basar on August 11th, 2008 11:03 pm

    nuffnang saya baru 50 sen jer..segan pulak nak keluarkan…..ARB Dagang

  15. Noorizam Shah on August 11th, 2008 11:45 pm

    Abdul Rashid Basar: Cuba guna iklan yang lebih besar seperti large rectangle. posisi meletak iklan juga mainkan peranan. Begitu juga traffik yang masuk ke blog.

    Semoga berjaya!

  16. bantingboy on August 12th, 2008 10:02 am

    huhu. Betul tu. Pakailah Nuffnang. JIka tak, korang akan rasa rugi woo..

  17. syuxx on August 12th, 2008 6:54 pm

    sekarang aku dah checkout lagi satu nuffnang cheque.
    huhu. tak sabar nak tunggu satu lagi.
    biasanya, nuffnang ads byk keluar kalau blog kita pasal malaysia.
    haha

  18. zool on August 15th, 2008 8:27 am

    Okay terima kasih atas pandangan..
    Rasanya nak withdraw bulan depan kot..
    Baru nak cecah RM50…

  19. abdfatah on August 23rd, 2008 12:21 pm

    bermakna… sekiranya buat request awal bulan… pending sehingga 30 hari dan diproses hujung bulan.

    sekiranya request time 27-29 tersebut cek akan diproses pada time tersebut dan akan dapat minggu berikutnya di awal bulan. gitu…?

  20. Noorizam Shah on August 23rd, 2008 12:41 pm

    Abdfatah: jika request 27-29hb.. proses tetap akan ambil masa 30 hari.

    Cth: request 27hb Ogos.

    Nuffnang proses 30 hari: 27hb Ogos - 27hb September.

    Bank keluarkan cek: 27-30hb September.

    Dapat cek dalam awal bulan Oktober.

    Kalau musykil.. boleh rujuk FAQ ni http://www.nuffnang.com.my/blogger-faq

    Kalau tak paham lagi.. boleh contact sini http://www.nuffnang.com.my/help

    P.s: kalau Nuffnang tak beri pendapatan yang memuaskan kepada anda. Syor terbaik, tanggalkan iklan Nuffnang dan pasang sahaja iklan lain. Sebab buat apa pasal iklan, kalau ia tak berikan keuntungan kepada kita.

  21. himira on August 26th, 2008 6:07 am

    tq sdra noorizam..baru dapat rm0.50 jek.. kena tggu lagi beberapa ratus klik dulu, baru dapat rm50;)

  22. abdfatah on October 4th, 2008 7:57 am

    hahaaaa… 4 oktober cek sudah dimaklumkan akan kehadirannya… mula dari withdraw dari 3 ogos…

Got something to say?