Gunakan Internet Perkenalkan Perniagaan Offline Anda

August 7, 2008

Pagi ini saya membuka kotak emel. Saya tertarik dengan satu soalan berikut;

Noorizam, saya ni dah lebih 1 tahun berniaga dan mempunyai sebuah spa khusus untuk lelaki dan wanita. Masalahnya sekarang ialah, saya tidak tahu bagaimana hendak mempromosikan spa saya di internet. Harap saudara Noorizam dapat beri pendapat.

Internet bagi saya adalah satu alat pemasaran yang berkesan jika anda mengetahui bagaimana untuk memanfaatkannya.

Dengan Internet anda dapat menambahkan keuntungan perniagaan jika anda tahu dimana tempat pengiklanan yang berkesan.

Berikut adalah contoh perniagaan berbentuk fizikal yang menggunakan internet sebagai alat pemasaran.

1. Membina Laman Web Sendiri

Jika anda punya modal anda boleh membina laman web sendiri. Anda boleh mempromosikan produk atau perkhidmatan anda dengan menggunakan laman web peribadi atau perniagaan.

Saya mengambil contoh laman web saya iaitu Pelamin.net. Pada tahun 2005, saya mula menggunakan laman web sendiri untuk mempromosikan perniagaan perkhidmatan perkahwinan dan pemasangan pelamin.

Untuk pengetahuan anda, kami langsung tidak mempunyai kedai atau butik pada waktu itu. Malah tidak ramai pelanggan yang kami perolehi. Setelah kami membina laman web sendiri, kami dapat melihat bagaimana pelawat di laman web bertukar menjadi pelanggan.

Realitinya, jika tidak menggunakan internet, kami terpaksa mencari pelanggan atau berjumpa pelanggan dan mempromosikan perniagaan secara offline. Masa untuk mencari prospek pula terhad.

Berbeza dengan laman web, pelawat boleh datang ke laman web kita bila-bila masa. Tidak kira pada waktu tengah malam atau waktu subuh. Mereka masih lagi boleh melayari laman web kami dan membuat tempahan.

Jika sehari pelawat yang datang ke laman web 1000 orang, adakah kami mampu berjumpa dengan prospek seramai itu jika kami melakukannya secara realiti?

Inilah potensi internet, anda tidak perlu untuk keluar rumah atau keluar kedai untuk mencari prospek. Prospek secara sendiri akan datang berjumpa anda.

Untuk memastikan pelawat memahami perniagaan anda, seharusnya anda meletakkan segala maklumat perniagaan anda. Jika boleh, sertakan sekali Frequently Ask Question (FAQ) untuk menambahkan lagi pemahaman mereka.

Layari laman kursuswebsite.com untuk maklumat lanjut.

Atau, jika anda tidak mempunyai laman web sendiri, mungkin anda boleh menjual produk-produk berkaitan SPA di laman web Ebay (sebagai contoh) dan gunakan ruangan page “About Me” sebagai memperkenalkan kedai SPA anda kepada pelanggan.

Nota: Laman web ebay, merupakan laman web bertraffik tinggi dan menerima paling ramai pelawat setiap hari!

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Comments

6 Responses to “Gunakan Internet Perkenalkan Perniagaan Offline Anda”

  1. shahraduan on August 7th, 2008 2:28 pm

    Hohohohoho….aku sokong kau nyer pendapat tu… Sekarang zaman IT so..gunalah internet untuk memperkembangkan perniagaan online @ offline anda masing2.

    1. Kaedah Percuma - Guna Blogspot.com

    2. Kaedah Berbayar - Guna website/blog domain sendiri.

    3. Marketing [ Iklan…iklan…iklan ]

    Port Iklan Paling Berkesan

    1. http://www.bharian.com.my

    2. Harakah Daily

    3. Web Lelongan Malaysia

    4. Adwords

    5. Forum-forum internet [ byk yg percuma ]

    ****Saya dalam perancangan nak list 1000 item sehari dlm Lelong. Tak Laku pun takper…janji dapat tarik traffik secara PERCUMA ke blog Adsense pun jadilah kan…hehehehe….[ LETIH…LETIH…LETIH ]

    Dalam aspek nak cari duit @ buat duit kena pandai bermain-main politik meniaga skit..

  2. Noorizam Shah on August 7th, 2008 10:05 pm

    Sememangnya pendapat shahraduan memang membantu newbie lain.

  3. megat on August 7th, 2008 10:10 pm

    ingo bagus, tetiba ada idea lak

  4. Noorizam Shah on August 7th, 2008 11:09 pm

    Tadi ada seorang rakan diluar bertanya: Kau niaga apa kat internet?

    :D

  5. bantingboy on August 9th, 2008 12:09 am

    pakai adword atau PPC lain. Memang traffic banyak gila. Aku pakai bidvertiser. 700k satu minggu impression.

  6. shahraduan on August 9th, 2008 8:06 am

    700k tu dlm web bidvertiser ker web ko sendiri ?

    Kalau impression dlm web bidvertiser 5juta impression pun tak boleh pakai sebab itu random add di paparkan…bukan org klik masuk web kau.

Got something to say?