Update II – WangCyber Gathering
Sengaja saya lambatkan upload gambar-gambar dari sesi perjumpaan dengan IM di Bukit Jalil tempohari. Maklumlah sedang sibuk dengan persediaan untuk satu ‘online exam’.
Exam apa tu? Nanti saya beritahu.
So hari ini saya dah bersedia untuk paparkan gambar-gambar “Macho” mereka yang hadir di sana. Sesiapa nak gambar ini, sila minta izin dulu yea..

Gambar ni saya ambil masa Ubi dok lepak-lepak tepi koridor. Denganya dia sedang menahan frust sebab karyanya telah diciplak oleh IM buta hak cipta! Ubi jangan terjun Ubi!

Mawardee ni baru je lancarkan produk digital di internet, di maklumkan beliau perolehi RM21,000 dalam masa 14 hari je! Cayalah!

Ada banyak benda yang kami berkongsi cerita, terutama mengenai Ebay dan Buku. Bro Zamri Nanyan, memang seorang yang tak kedekut ilmu. Ada rahsia yang didedahkan kepada saya dengan cara tidak sengaja! hehehe

Ini kali kedua saya berjumpa dengan Alang, tak sempat nak borak panjang dengan Alang pasal direktori. Mungkin kalau saya pergi beli pokok bunga kat Sungai Buloh, boleh la kita jumpa lagi!

Fai hari tu jadi tukang jual buku, nampak pemalu, apa pun terima kasih dengan “wish” anda.

Din Beramboi (bukan maskot majalah Ujang tu!), suka juga tegur saya dan anggap saya otai.. Din.. saya bukan otai.. kalau makan petai tu baru betul.. hehe.. Din ada juga hulurkan kertas “projek JV” dia kepada saya. InsyaAllah saya akan pertimbangkan jika dapat drafnya. Earning Nuffnang bulan ni banyak ke?

Mamat ni kalau saya tegur dia.. mesti tersengih2 malu.. ohoho.. Dah dapat RM10k seminggu, nak malu-malu apa lagi? Jumpa juga si Labanon ni.. kurus dan boleh tinggi macam saya juga… makan banyak sikit dik..

Orang kuat saya (my wife) nampaknya bersemangat nak bergambar dengan Dr. Irfan Khairi. Ini lah mentor yang telah menggerakkan saya untuk berkecimpung secara serius dalam perniagaan internet sejak tahun 2005 lagi.

Turut yang ingin bergambar ialah barisan pensyarah dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Shuth dan saya. Rupa-rupanya salah seorang pensyarah ni, kawan lama saya semasa kecil di kampung. Lebih sepuluh tahun, jumpa pula di sini.

Si baju merah ni, saya lupa siapa namanya, Abooain (kali pertama jumpa di jomseminar), saya, Sabri Saifulsham (macam dah kenal lama je kita ni) dan Maizul (saya ingat orangnya tinggi dan seorang guru sekolah.. hehehe)

Saya, Irwan Dahnill dan Sabri Saifulsham. Antara kami hanya mengenali secara online sahaja. Baru masa ni dapat bersua. Tiada apa yang memeranjatkan antara kami. hehehe.. maklumlah ‘orang lama’

Gobala Krishnan ni pun bukan pertama kali saya bersua dengannya. Saya ada buat sales produk beliau di clickbank.com.
Yang lain-lain mungkin tak sempat nak ambil gambar secara personal. Nak saya update review penuh ke pasal Gathering ini? Ke dah cukup takat ni je?
Sphere: Related Content



















































Haha…dah btul otai..mmg patut la dipanggil otai..hehe. Ermmm, nanti saya bagi draft tu dan harap kita leh JV. Kemarin x sempat nak borak byk. Len kali kalau ada peluang lg jumpa nak korek rahsia Ebay byk2..hehe.
ramai IM montel-montel dan comel-comel.. ha3..best jg tgk gambar2 ni..
Hehe… saya sebenarnya dah letih sangat tiba di gath tu.. so hanya mampu tersenyum dan tak banyak cakap. Nak bergambar pun malas walaupun ada bawak kemera hehe..
Nice to meet you bro
Din Beramboi: terima kasih dengan. Saya hargai.
Nabieel: memang ramai juga yang sihat2 kat sana. Maklumlah usahawan berjaya.
Labanon: Cepat2 sket publish majalah IM tu…
Beruntunglah kamu nie ..dapat jumpa…saya kat sarawak susah nak berjumpa macam tu..kalau dapat jumpa kan best..teringin gak nak jumpa…lebanon dah kaya gak……
aku cikguonline je. Gembira dapat jumpa Noorizam di sana.
Saya teringin sangat jadi seperti anda semua cuma saya buntu bagaimana nak mulakan , tolong beri panduan
saya belum ada web site la
Tertanya-tanya tinggi bro baper bro ?
Makan banyak skit bro kang jadi tiang lampu (kawan saya katalah hehehe) jangan marah
tinggi bro ialah 182…hehehehehhe….Byk kali jumpa tp tak pernah kita snap picture bersama…adei..next time sesiapa tolonglah snapkan erk..Takpe nanti sy dtg menyibuk terjah ke rumah bro…suruh si dia masak sedap2..hahahah..ada kena belasah kang
Tak sempat nak bercakap panjang dengan Noorizam kalau tidak memang nak ajak JV punya!
Catzer, kao jangan, kang tak pasal-pasal makan sudu dan garfu……. muahahaha!
Abooain , makan sudu? teringat lak , aritu pergi hospital , pastu nampak 2 orang prisoner tengah masuk kat bahagian “saluran pernafasan” , habis hal ,diorang balik dengan diiringi beberapa pegawai penjara .
Salah seorang dari pegawai tu cakap “mati pun tak pa , tak mati pun tak pa”
, banduan tu tersengih , pastu dia sambung “apa sengih-sengih, kang orang lain makan nasi , hang makan peluru!”
Dlm byk2 gambar2 tu , yg teruja saya tengok gambar Sabri Saifulsham. Sebab saya mula nk blajar bussines internet dgn beliau lah. Saya & suami dah pegi seminar yg dianjurkan. Group mereka nie semua baik2 belaka. Malangnya saya masih belum serius nk start internet business. Sorry saya masih blm oder buku kuasalelong tuan. Apa pun t/kasih atas newsletter yg dihantar pd saya. Insya’llah akan dtg nk beli.
Assalamualaikum…
Alhamdulillah seronok tengok bangsa kita berjumpa bermuzakarah mengenai perniagaan online.Terus terang saya katakan saya agak cemburu kerana tak dapat bersama bergambar dengan “orang2 kuat” yang telah berjaya dlm business nie… walaupun saya agak buta IT namun sampai masa nanti InsyaAllah mungkin saya dapat bersama bergambar dengan tuan2 sekalian.
Formula saya:
“Kebaikan itu keberkatan,keberkatan itu kerahmatan,kerahmatan itu kesejahteraan, kesejahteraan itu kejayaan”
Jadi:
Kebaikan = kejayaan
Doa saya agar semua sentiasa berjaya…
Wasalam.
Muaz: tinggi saya 183cm kot.. kira Catzer meneka dah hampir tepat tu..
Hamid: Kalau belum bermula, sebaiknya bermulalah sekarang. Tetapkan pada diri, anda minat pada apa. Kalau minat jual barang, pilih la produk. Kalau tak minat jual barang, mungkin anda bleh mulakan sesuatu dengan blog.
Yang penting untuk langkah awal ni, fokus pada yang anda minat dahulu.
Rumijuli: Kat sana, bukan bangsa Melayu je yang datang, Bangsa Cina dan India pun ada.
Norah: Sabri memang kool orangnya… Senang untuk dihampiri dan berbual.
Abooain: InsyaAllah… kita boleh terus berJV .. contact saya
Maizul: Itulah, saya ingatkan anda ini cikgu betul2.. hehehe
Ibrahim: InsyaAllah, kalau ada rezeki saya akan ke Sarawak pula.
bestnye kalau dpt jd mcm korang. bro noorizam, sbnrnye saya dh lama baca forum ni tp x pnh join..(maybe skali)..mmg zero psl internet business ni..tp bila selalu tgk forum-forum mcm ni smgt tu makin kuat lak nk involve..kagum tgk korang leh jana pendapatan online..kpd labanon..tabik spring..20k dlm masa 14 hari! kpd bro noorizam, website anda ni sbnrnye byk membantu menaikkan smgt saya utk involve dlm internet business ni..tima kasih byk2..saya rasa kita ada sejarah silam yg sama (agaknye la..hehe)..saya dh start buat blog tp lum ada apa2 sgt sbb x cukup lg ilmu..main belasah je…hopefully dpt tunjuk ajar dr bro & rakan2 lain..
p.s: saya bdk br belajar, ambil galah tlg tunjukkan jln..:)
good job…best …terasa jealoz tgk kejayaan semua anak bangsa melayu …ramai yg telah
suksess..harap saya juga bole sukses mcm anda
Seronok berjumpa dengan Bro hari tu.. Walaupun tak sempat berbual panjang tapi memang seronok juga hari tu..
Thanks Bro atas nasihat hari tu.. Saya amat menghargainya
PS: Wah.. ada jugak gambar saya dgn Dr Irfan.. Thanks Bro..
pergh.. memang caya la bro. tinggi lampai… tak sempat nk bual pjg. hanya dapat aura income ebay
wooops..seronoknya….dapat jumpa sifu2 nie….bila lak saya dapat jumpa derang nie erk?teringin gak nie….
Terima kasih dengan komen-komen anda. saya menghargainya. Terus layari laman blog ini dan dapatkan pelbagai infomasi menarik disini. ok..
Aduyai, nape dlm pix tu i kelihatan sgt tidak ready n tembam sgt ni?
Tak cover langsung la en. noorizam ni.
Sape yg snap ni? nak kena ni..erggh..!
Bestnya boleh bersosial dengan rakan2 siber… Wah Noorizam.. siap bawak isteri lagi. Sporting siut!
Bro Zul.. wife saya ni nak ikut.. so saya bawa je la.. lagi pun tengah pragnet 3 bulan.. susah juga nanti tinggal sorang kat rumah..
Bila kita pula nak jumpa bro?
sungguh seronok bila saya tengok gambar gathering WC tu….sedih juga tak dapat pergi disebabkan tugas dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan. Kalau tak boleh jumpa Noorizam..hehehe boleh bincang pasal eBay…
wah…bersemangatnya tengok korang semua berkumpul walaupun tengok kat gambar….semakin bersemangat pula firadila nak jadi macam korang…ape-ape pun senyum dan ceria selalu….
teringin jugak nak jumpa IM ni…
Salam dan selamat berkenalan…
183 cm? Tinggi saya masa Tingkatan 5, 185 cm. Tinggi sekarang … ??? Tak ukur la pula.
Andai kita mempunyai masa dan ruang (agar tak kena halau), rasanya mau sembang lama juga. Ada sesiapa yang nak buat mini gath tak? Tak yah la formal sangat.
Tapi, jangan dalam masa terdekat sekarang ni, sebab batuk tak lega lagi.
majoriti lelaki kan.. (”,)…
Assalamualaikum wrt. wbrt.
Saudara Noorizam,
TQ krn antar email. Tarikh 5 Ogos ari ni baru sempat baca. Mail box saya penoh dengan surat dari TEs. Hari ada masa saya baca, hari ni saya del je. Tapi email dari saudara dan dari orang lain saya simpan dulu. Ada peluang baca dan balas. Email tawaran tu saya belum baca. Cuma tengok tajuk je.
Fuh cunlah dalam gambar. 183 cm . Kalau saya nak bercakap kena …. Bila date due . Dah ada anak belum? Kalau belum take care.
Pasal Mawardee saya online pun melalui Noorizam, banyak tawaran darinya tapi saya terpaksa hadkan sebab tiada p……. Tengok gambar dalam blognya segak (pandangan sisi) tapi gambar terbaru tu dah jadi okblah.
Teringat kat Samsuriyadi (Raja Adsense) katanya nak kahwin kat Perak (5 Ogos). Selamat Pengantin Baru Raja Adsense (Raja Sehari).
Wassalam.