Jika Produk Anda Tidak Terjual Di Ebay… Apa Perlu Anda Lakukan?
August 5, 2008
Bulan ini pendapatan yang saya perolehi hasil jualan produk digital mencecah angka RM25,000! Itu baru satu produk sahaja! Itu belum lagi dicampurkan dengan produk-produk digital dan fizikal serta program-program lain yang saya aktif…
Secara kasarnya, pendapatan saya adalah konsisten walaupun saya masih lagi menjalankan perniagaan internet ini secara sampingan.
Oklah..
Topik kali ini saya ingin berkongsi masalah yang sering ditanya oleh pembaca blog ini, malah ada juga pelanggan saya yang masih lagi samar-samar mengenai perniagaan di eBay.
Soalannya;
Jika produk yang saya jual di laman web ebay tidak laku macam mana?
atau
Asal saya cuba jual di laman web ebay, mesti tak berjaya. Tak ada orang nak beli produk saya ke?
Ok, cukup dengan dua persoalan dahulu.
Bagi menentukan kenapa produk anda tidak terjual, saya boleh berikan beberapa kebarangkalian.
1. Anda membuat senaraian pada hari, minggu atau tahun yang salah
2. Anda membuka bidaan terlalu tinggi
3. Anda salah masuk kategori
Jadi.. apakah langkah yang perlu anda lakukan jika produk anda tidak terjual?
1. Buat perubahan pada tajuk dan isikandungan maklumat produk anda.
2. Tukar dan masukkan gambar yang lebih elok
3. Ubah harga permulaan untuk bidaan.
4. Cuba mempertimbangkan satu lagi format jualan (seperti menggunakan format BIN)
5. Membuat tawaran kali kedua (jika menggunakan format reserve price)
6. Senaraikan semula semua produk yang tidak terjual (gunakan arahan “relist”)
P.s: Jika anda inginkan khidmat bimbingan dari saya, pastikan anda memiliki ebook kuasalelong.com dan pelajari ilmu model perniagaan paling popular di dunia hari ini!
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentComments
5 Responses to “Jika Produk Anda Tidak Terjual Di Ebay… Apa Perlu Anda Lakukan?”
Got something to say?





















































[…] saya lambatkan upload gambar-gambar dari sesi perjumpaan dengan IM di Bukit Jalil tempohari. Maklumlah sedang sibuk dengan persediaan untuk satu ‘online […]
Hoho…RM25,000 ??? Banyaknya…..mmg gempak.. Congrats.
fuyooooooooooh….
Selain membeli ebook kuasalelong, saya juga mendapatkan tutor dari noorizam. hari kedua ka ebay, saya dah dapat 1st sale. sekarang dah masuk bulan kedua. alhamdulillah, purata setiap hari or selang sehari ada order. org kat pejabat pos tu dah kenal muka ni……
1. Buat perubahan pada tajuk dan isikandungan maklumat produk anda.
2. Tukar dan masukkan gambar yang lebih elok
3. Ubah harga permulaan untuk bidaan.
4. Cuba mempertimbangkan satu lagi format jualan (seperti menggunakan format BIN)
5. Membuat tawaran kali kedua (jika menggunakan format reserve price)
6. Senaraikan semula semua produk yang tidak terjual (gunakan arahan “relist”)
- saya bersetuju dengan kenyataan diatas..cuma perlu ditambah dan dibuat kajian yang mendalam juga tentang masa. Ini kerana masa di luar negara misalannya tak sama dengan negara kita. Ramai orang menjual produk mengikut masa negara kita (Malaysia) cthnya pada waktu tengahari sedangkan waktu luar negara pada masa tersebut mereka sedang nyanyak tidur…siapa nak membida produk anda masa itu?…oleh itu faktor masa adalah penting.
- pengetahuan anda mengenai ebay….ini penting kerana setiap langkah dan idea anda didalam bisnes ebay perlu bernas. Apa yang paling penting sekali anda mestilah sentiasa berusaha untuk mempelajari beberapa tips, teknik dan panduan mengenai ebay.