Panduan Ebay: Kenapa Penjual Suka Mengguna Paypal?

August 2, 2008

Ada juga saya terima beberapa soalan bertanyakan kenapa ramai penjual di laman web Ebay di luar negara lebih suka menggunakan Paypal berbanding kaedah pembayaran lain seperti money order atau cek?

Kenapa mereka memilih Paypal adalah;

1. Ianya pantas
2. Ianya mudah
3. Ianya selamat
4. Paypal adalah sebahagian “keluarga” eBay.

Dari segi kepantasan sistem pembayaran ini, anda boleh menghantar atau menerima transaksi dengan kadar segera. Ia sememangnya dapat menjimatkan masa anda jika hendak dibandingkan menggunakan cek dan anda tidak perlu menunggu masa yang lama untuk disahkan.

Sebagai seorang penjual, anda dapat membuat penghantaran produk kepada pelanggan dengan lebih cepat sebabnya anda telah menerima wang dengan pantas. Terbukti, masa anda dengan pembeli dapat dijimatkan!

Bagi anda yang memiliki akaun paypal, anda dapat memberi lebih pilihan kepada pembeli untuk membuat pembayaran produk khususnya mereka yang memiliki kad kredit. Seorang penjual atau pembeli dapat membuat semakan secara online dan melihat laporan transaksi secara online di dalam satu tempat sahaja.

Anda tidak perlu bimbang menggunakan paypal kerana maklumat kewangan anda lebih terjamin dan ianya diakui pihak Ebay dan Powerseller yang lain.

Jika anda tanya kepada mereka yang menjalankan perniagaan di internet secara besar-besaran, mereka juga mahukan aktiviti transaksi yang selamat!

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Comments

9 Responses to “Panduan Ebay: Kenapa Penjual Suka Mengguna Paypal?”

  1. zool on August 2nd, 2008 6:13 pm

    Paypal memang merupakan pembayaran yang pantas..
    Hm saya masih menunggu debit card dari Public Bank..
    Lambat betul replynya

  2. Noorizam Shah on August 2nd, 2008 9:33 pm

    zool: better contact public bank tanya status terkini.. takut terlepas pandang je.

  3. AmmarZahar on August 2nd, 2008 10:59 pm

    zool: PB memang lambat pun approve.tp diorang akan bg punya la.saya punya dapat dalam 3 minggu lebih.

  4. titan on August 3rd, 2008 12:00 pm

    Kenapa diorang suka? Jawapan yang simple. Senang kene chargeback..:)

  5. EDA on August 11th, 2008 11:30 am

    mcm mana nak guna paypal? mcm mana nak transfer duit dr paypal dlm akaun kita kalu kat malaysia
    mcm mana nak start?

    confuse

  6. Noorizam Shah on August 11th, 2008 11:38 am

    Eda: macam mana nak guna paypal? Anda kenalah ada akaun paypal terlebih dahulu.

    jika belum ada, boleh cuba daftar kat sini https://www.paypal.com/row/mrb/pal=L3PV7ZPQAJCVW

    Cara nak transfer duir dari paypal ke akaun kita, anda boleh dapatkan kad debit public bank visa electron atau al-rahji bank debit kad. Guna arahan withdraw dalam akaun paypal.

    harap jawapan ini membantu.

  7. hyfa on August 11th, 2008 4:23 pm

    akum.saya rasa grup anda adalah rujukan saya yang terbaik.tahniah atas kejayaan org melayu seperti anda.insyaallah dalam masa terdekat saya akan membeli ebook anda di kuasalelong.saya harap awak dapat membantu dan membimbing saya untuk sama2 berusaha mendalami ilmu wang dalam siber ini.tq dan tahniah.

  8. Noorizam Shah on August 11th, 2008 4:37 pm

    hyfa: Kesungguhan anda menuntut ilmu, amatlah dialu-alukan! :)

  9. emiem on September 14th, 2008 2:21 pm

    Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa.

    1. Adakah kita mesti mempunyai kad kredit untuk membuka akaun paypal?

    2. Sekiranyanya kita ingin menerima bayaran (Redeem Payment), akaun mana yang sebaik-baiknya kita buka. (Individu atau Individu Premier).

    Sekian. harap dapat membantu.

    Wassalam.

    emiem

Got something to say?