Selamat Menyambut Hari Merdeka Ke-51
August 31, 2008

Foto kredit kepada: Hanagraphy
Sempena hari ulang tahun kemerdekaan tanahair kali ke-51 ini, saya telah berjaya untuk mencapai matlamat menjadi seorang “Ebay Education Specialist Trained By Ebay”.
Untuk soalan kawan-kawan yang tanya saya, apakah exam yang saya sedang ambil. Ha.. inilah examnya. Dan hari ini, jam 10.00 pagi saya akan ke Klang, Selangor untuk mulakan workshop saya yang pertama. Tapi yang ini lebih kepada one-to-one personal coach istimewa dari saya!
Doakan semuanya sukses!
Malam ini, kita yang beragama islam, akan tunaikan solat sunat terawih dan bermula malam ini, kita akan pasang niat untuk berpuasa sebulan. Sempena kedatangan bulan Ramadhan ini, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada rakan-rakan yang beragama islam dan selamat menunaikan terawih.
Juga buat rakan-rakan usahawan yang sedang sibuk buat persiapan untuk berniaga di bazar ramadhan, saya doakan rezeki kalian melimpah ruah dan berkat. Jangan lupa bayar zakat.
Selamat hari merdeka dan Selamat Menyambut Puasa!
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentBagaimana Untuk Berunding Dengan Pembekal
August 30, 2008
Selamat berhujung minggu. Esok saya akan adakan kelas one-to-one Ebay. Maklumat lanjut boleh rujuk disini.
Bagi anda yang telah pun mempunyai pembekal untuk dijual di laman web eBay, anda boleh menggunakan strategi rundingan untuk mendapatkan harga yang minima.
Lakukan perbincangan dengan pihak pembekal setelah anda mendapati potensi jualan produk tersebut tinggi.
Saya ambil satu contoh,
Anda ingin menjual gelang kesihatan yang diperbuat dari Tungsten. Sebagai permulaan anda boleh membeli 2-3 unit sahaja. Ia bertujuan untuk melihat, adakah produk ini mendapat sambutan di laman web eBay.
Sekiranya, anda mendapati produk ini mendapat permintaan dan terjual, barulah anda membuat keputusan untuk membeli stok yang lebih.
Menyentuh soal rundingan dengan pembekal, anda boleh berkomunikasi dengan mereka, berbincang untuk mendapatkan harga yang lebih murah, andai anda mengambil stok yang besar. Anda perlu sedar bahawa, tidak semua pembekal mampu memberi anda pada harga yang minima melainkan anda mengambil stok yang banyak dari mereka.
Jika anda hanya membeli 2 atau tiga unit sahaja, agak sukar pembekal mahu menurunkan harga dan memberikan anda pada harga yang lebih rendah. Mereka juga mahu untung dalam perniagaan.
Apa yang perlu anda lakukan adalah, skill berbincang perlu dikuasai sepenuhnya. Anda perlu berani untuk berjumpa dengan pembekal dan membuat tawar-menawar. Anda perlu berani dalam hal ini, kerana pembekal juga memikirkan keuntungan perniagaan. Jika anda gagal mendapat keputusan (harga terbaik), anda wajar meninggalkan meja rundingan.
Jangan hanya tumpukan kepada satu meja rundingan sahaja. Banyak lagi peluang lain yang masih ada untuk anda cuba.
Apa yang lebih penting dalam rundingan perniagaan ini, anda perlulah mencari keputusan win-win situation dimana, tidak ada pihak yang mengalami kerugian. Pastikan anda mendapat harga yang minima dan pembekal pula dapat keuntungan hasil dari meja rundingan itu. Apabila pembekal bersetuju, mungkin pada masa akan datang anda dapat bekerjasama dengan baik atau mungkin boleh menjadikan pembekal ini sebagai rakan perniagaan anda.
Tiada yang mustahil dalam meja rundingan!
Jumpa lagi!
Popularity: 8% [?]
Sphere: Related ContentSelepas Malaysia, Singapore.. Kini Philippines pula..
August 28, 2008
Untuk bulan ni, saya dapat earning yang lumayan sedikit. So, tadi saya withdraw hampir RM400 earning Nuffnang. So boleh la simpan duit tu dalam bank.
Hari ini saya jenguk blog Nuffnang dan kini Nuffnang telah buka keahlian untuk warganegara Filipina.
Berikut adalah info yang dipetik dari blog Nuffnang;
Dear Nuffnangers,
Today marks a very exciting day for many of us at Nuffnang for it marks the launching of Nuffnang Philippines (Nuffnang Philippines Inc). In the midst of our daily work of growing Nuffnang in Malaysia and Singapore we have all secretly been working behind the scenes to launch Nuffnang in the Philippines to add to our regional expansion.
Regional expansion for us does not merely mean we’re accepting bloggers from the Philippines now. No what it means is we have set up an office in Manila with a Nuffnang team there fully dedicated to serving the Community there. Nuffnang Philippines Inc is a joint-venture between the Nuffnang Group and Outcomm Inc, one of the largest outdoor advertising companies in the Philippines. With this partnership and with the support that many of the bloggers in the Philippines have given us, including BryanBoy, we are confident that Nuffnang Philippines will grow as fast as it did in Malaysia and Singapore.
If you want to check out Nuffnang PH, go to www.nuffnang.com and click on the Philippines flag
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentMeriahkan Bulan Kemerdekaan Dengan Stiker Percuma!
August 27, 2008

Jom kita meriahkan bulan kemerdekaan kita dengan memasang stiker diatas. Stiker ini anda boleh letakkan di dalam blog anda.
Dari kita memasang bendera Jalur Gemilang secara terbalik, lagi elok kita hiaskan blog kita dengan stiker menarik ini.
Ada 6 jenis warna stiker untuk pilihan anda. Pilih salah satu mana yang anda suka. Untuk dapatkan kod (script) ini, anda boleh rujuk disini.
Copy dan paste kod tersebut selepas <body> tag.
P.s: Jangan lupa kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda!
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentBagaimana Laman Web Ebay Bermula?
August 26, 2008
Mungkin ada juga tertanya-tanya apakah itu ebay dan bagaimana laman web ebay boleh menjadi laman web lelongan paling popular di internet.
Saya akan terangkan secara ringkas sahaja. Selebihnya anda boleh rujuk disini:
http://en.wikipedia.org/wiki/EBay
Laman web ebay telah diasaskan pada bulan September 2005 dan kini laman web ebay adalah antara destinasi laman membeli belah paling popular di internet.
1. Pada tahun 1995 Pierre Omidyar telah melancarkan laman web Ebay.
2. Pada tahun 1998, Meg Whitman telah menyertai dan dilantik menjadi CEO yang pertama.
3. Pada tahun itu juga, laman web Ebay telah dilancarkan kepada umum dan pengguna internet dapat memasuki laman web ni sepenuhnya.
4. Memandangkan sambutan yang luar biasa pengguna internet, Ebay telah melancarkan laman untuk menjual kenderaan yang lebih dikenali sebagai Ebay Motors. Pelancaran ini dilakukan pada tahun 1999.
5. Dan pada tahun 2001, Ebay telah melancarkan laman web store khusus untuk penjual yang ingin memiliki kedai sendiri di laman web ebay dengan mengenakan caj yang berpatutan.
Anda boleh dapatkan lebih infomasi mengenai Ebay disini:
http://en.wikipedia.org/wiki/EBay
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentPendedahan Mutakhir - Saksi Utama Sumpah Saiful
August 26, 2008
Apa yang anda tonton ini ialah, pengakuan saksi utama semasa majlis sumpah ‘laknat’ Saiful di masjid Wilayah Persekutuan 2 minggu lalu. Imam masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi dikatakan telah membuat pendedahan mengejutkan ini, malah dikatakan bersama-sama memohon ampun kepada rakyat Malaysia di hadapan tok guru Nik Aziz Nik Mat di dalam masjid di Permatang Pauh. Wallahualam.
P.s: Beberapa jam lagi, pengundi di Permatang Pauh bakal membuang undi. Selamat mengundi!
Antara rujukan: HarakahDaily.net
Popularity: 31% [?]
Sphere: Related Content




