Sempatkah Anwar Ibrahim Bertanding Pilihanraya Kecil?

July 31, 2008

Muktahir: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Ismail hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Katanya, pengundurannya itu bagi membolehkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi itu dalam pilihan raya kecil.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama dengan Anwar di ibu pejabat parti itu di sini.

Persoalannya, adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat untuk bertanding di dalam pilihan raya kecil tersebut? Ini kerana menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, polis sudah selesai menjalankan siasatan dakwaan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh bekas pembantu peribadinya.

Situasi ini menunjukkan bahawa kerajaan amat berminat untuk melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa di mahkamah atas kesalahan jenayah. Seseorang yang didakwa dimahmakah dan dibuktikan bersalah akan menyebabkan merengkok dalam penjara dan riwayat politik boleh ditamatkan.

Lihat sahaja nanti apakah episod ini menjadi titik hitam dalam karier politik Anwar?

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Comments

12 Responses to “Sempatkah Anwar Ibrahim Bertanding Pilihanraya Kecil?”

  1. Mohd Hafifi on July 31st, 2008 10:54 pm

    Mungkin sempat sekiranya tidak ada dakwaan yang kenakan terhadap Datuk Seri Anwar..

  2. Noorizam Shah on August 1st, 2008 12:48 am

    tunggu sahaja dalam masa 48 jam ni…

  3. along on August 1st, 2008 6:14 am

    ermm…entahlah…kalau tengok keadaan politik malaysia sekarang, macam cerita hindustan pun ada. Haha… penuh dengan birokrasi, kroni dan korupsi (rasuah). Pilihanraya kecil nie memungkinkan samada titik hitam bagi Anwar atau rentetan kejayaan bagi PR. Sama-sama kita lihat penghujung “filem” ini. :)

  4. mohd al-hafiz’s Blog V2.0 - Titik Hitam atau Kejayaan? on August 1st, 2008 6:32 am

    […] Tetapi yang menjadi persoalan sekarang, adakah sempat Anwar bertanding di Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh tatkala Datuk Seri Syed Hamid Albar, Menteri Dalam Negeri menyatakan polis selesai melakukan siasatan laporan Saiful Bukhari? (lagi perbincangan) […]

  5. titan on August 1st, 2008 11:23 am

    kalau menang, sempat la kot.

  6. sheikh on August 2nd, 2008 8:33 pm

    Semua hendaklah berdoa agar saudara Anwar dapat bertanding. Ketentuan Allah tidak boleh disekat . Dia lah yang maha berkuasa lagi amat mengetahui perkara yang nyata maupun ghaib.

  7. Noorizam Shah on August 2nd, 2008 9:34 pm

    Ada yang kata Anwar pilih tempat selamat untuk menang? ada komen ke?

  8. aku on August 5th, 2008 1:22 pm

    takkan ler dia nak gamble cita-cita dia dengan bertanding di tempat yang tak selamat semata-mata nak tunjuk power.. heheh..

  9. musalma on August 5th, 2008 4:08 pm

    aku dah mual dengan ahli lakunan ahli politik melayu. UMNO yang kalah teruk baru ni pun masih tak sedar ke

  10. bdak2 yg da ble pk on August 16th, 2008 8:26 pm

    lpas aku blaja kt form6 aku rase 1 kbodohan yg dahsyat klu ag 2taun aku x sokong PKR…..i’allah sempat…..Allah adil………yg salah ttp slh…..idup anwar utk rakyat malysia…….moge allah balas org yg fitnah anwar…….

  11. bdak2 yg da ble pk on August 16th, 2008 8:29 pm

    idup anwar!!!!……
    cpat2 jd PM…….
    AMIN……………

  12. faizalcatty on August 22nd, 2008 9:48 am

    harap2 dato seri anwar akan menang di permatang pauh…bagi dato arif syah setakat pandai cakap cina dan lahir pada tahun monyet blum tentu dapat menentukan nasib rakyat…sokong laa org yang lebih menunjukkan peningkatan dan bknnya menoleh belakang hanya melihat kesalahan yang pernah beliau lakukan kerana ia belum tentu benar..beri laa peluang kepada dato anwar untuk mengutarakan suara @ idea bernas dalam parlimen..sekiranya pembangkang tiada dalam kerajaan kegiatan rasuah terlalu banyak sehingga laa parti pembangkang masuk dan menang pilihan raya lepas. anda sendiri bleh lihat berapa banyak berita yang dikeluarkan oleh media-media dengan tertangkapnya penyagak2 rasuah ini. yang lebih memalukan orang melayu plak tue,,,harap parti pembangkang dapat hapuskan..
    bantu rakyat tanpa mengira kaum…PKR pun ramai org melayu seperti UMNO juga ada kaum CINA….

Got something to say?