Kini sesiapa sahaja mampu menjadi Professional Designer

July 30, 2008

Assalamualaikum, dan Salam Hormat

Anda sebagai seorang pembaca akan berfikir bagaimana caranya untuk menambah hasil pendapatan anda. Anda juga berfikir bagaimana nak menjana wang lebih banyak dari internet. Namun adakah anda perasan bahawa dengan satu produk dan satu web jualan, anda mampu membuat duit sehingga 5angka..

TAK MUSTAHIL

Adakah anda perasan bahawa untuk menjadi seperti ini, buat duit dengan hanya satu web jualan, anda perlukan keyakinan daripada ramai pelawat web jualan. Semakin ramai pelawat yakin dengan web jualan anda, kemungkinan untuk mereka menjadi seoran pembeli adalah tinggi. Bukan semua orang mampu menyediakan surat jualan yang membunuh. Bukan semua orang mampu membina senarai email prospek yang besar. Tapi kini, sesiapa sahaja mampu menjadi Professional Designer seterusnya mampu mencantikkan dan menampakkan web jualan untuk kelihatan lebih professional tanpa perlu mengupah mana-mana designer..

Sebenarnya, untuk menjadi seorang usahawan internet,anda mungkin perlu memiliki kemahiran atau paling tidak tahu serba sedikit membina grafik kerana itulah kunci utama menentukan kuasa pembeli.

Saya ada kisah yang ingin saya kongsikan kepada anda

Ahmad mempunyai satu laman web jualan. Dia juga terkenal dengan teknik SEO. Jadi tidak hairanla web jualannya sentiasa berada di ranking teratas di Google, Yahoo dan MSN. Dia juga mempunyai produk yang baik lengkap dengan lesen PLR (Private License Rights). Malah, surat jualannya benar-benar membunuh. Dia juga mampu mendapatkan testimonial dari ramai pakar yang lain.

Hebat berJV juga si Ahmad ni. Setelah sebulan produknya berada di pasaran, Ahmad hanya mampu menghasilkan 10 jualan sahaja. Apakah silapnya? Setelah difikirkan kembali, web jualannya sebenarnya masih tidak nampak professional dan tidak dinaiktaraf.

Danial juga usahawan internet. Danial salah seorang pembeli produk PLR Ahmad tadi. Danial memang masih baru dalam perniagaan internet ni. Namun, satu kelebihannya, dia merupakan seorang pereka grafik professional. Dia kemudiannya menukar kesemua grafik yang terdapat pada web jualan Ahmad.

Malah, dia mampu menghasilkan banner-banner promosi yang nampak sangat menarik. Walaupun masih baru dalam internet serta tidak ada kepakaran seperti SEO, JV dan surat jualan yang membunuh, dia mengatasi semua kelemahannya itu dengan menghasilkan grafik yang menarik.

Dia kemudiannya melancarkan produknya. Isi sama saja dengan si Ahmad ni tadi. Selepas seminggu, sebarang jualan belum dapat dilakukan. Dia tahu mengapa. Ini kerana web jualannya masih belum dapat disedari orang. Dia kemudian melanggan PPC supaya web jualannya mampu berada sederet dengan web jualan Ahmad.

Selepas sebulan, rekod jualannya mencecah 100!! Berkali ganda dari Ahmad yang sudah lama menjalankan perniagaan di internet. Teknik yang membezakan mereka hanyalah GRAFIK! Kedua-duanya mampu menarik pelawat unik setiap hari, tapi pelawat unik tersebut yang tidak pernah mengenali Ahmad dan Danial, lebih yakin membeli dari Danial walau harga yang ditawarkan adalah sama!

Anda nampak bagaimana pelawat web jualan anda memilih produk yang mereka akan beli? Pelawat web anda juga manusia biasa. Manusia memang sukakan yang cantik-cantik saja. Semua orang suka kereta cantik, rumah cantik.. Jadi anda perlu mencantikkan produk anda supaya berjaya memikat pelawat web jualan anda.

Popularity: 8% [?]

Sphere: Related Content

Comments

4 Responses to “Kini sesiapa sahaja mampu menjadi Professional Designer”

  1. megat on July 30th, 2008 5:53 pm

    info bagus!

    satu maklumat berguna sebagai seorang yg memiliki web jualan (killer website)

  2. Noorizam Shah on July 30th, 2008 9:09 pm

    graphic memang banyak main peranan untuk melariskan produk.

  3. bantingboy on July 30th, 2008 9:51 pm

    sekarang, memang senang nak wat webjualan..

  4. solehpolysas™ on October 11th, 2008 11:29 pm

    nice info..bez jugak ni..nnt akan sy datang sini selalu tuk mencari info..

Got something to say?